Ep 32

28.9K 1.1K 14
                                    

Aleyah berjalan melewati kebun mak tok Fahrin. Sampai sahaja di bawah pohon rambutan, dia terus duduk pada bangku kayu yang tersedia. Kawasan kebun mak tok yang luas terbentang itu diperhatikan.

Aleyah kagum melihat hasil cucuk tanam wanita itu. Biarpun telah berusia, tetapi mak tok masih kuat untuk berkebun di belakang rumah. Terdapat pelbagai jenis sayur dan ulam-ulaman yang mak tok tanamkan. Lada, terung, kacang panjang, buah tomato dan macam-macam lagi.

"Patutlah awet muda betul. Suka makan sayur, tanam sayur sendiri lagi." gumam Aleyah. Dia tersenyum melihat keberhasilan titik peluh wanita itu.

"Tengok apa tu?" sapa Fahrin. Dia yang baru saja melangkah keluar dari pintu rumah terus sahaja menuju ke pohon rambutan di mana Aleyah berada.

"Ha? Tengok kebun mak tok awak ... cantik, terjaga rapi," balas Aleyah.

Fahrin mengambil tempat duduk di sisi Aleyah.

"Aiden mana?" tanya Aleyah pula.

"Tengok tv dengan umi,"

"Oh ..."

Suasana sepi seketika diantara mereka berdua. Masing-masing melayani perasaan.

"Aleyah, nak jalan-jalan tak kat kampung ni?"

"Pergi mana?"

"Jom," Fahrin menghulurkan tangan kanannya.

Aleyah merenung huluran tangan itu. Perasaannya,

"Jomlah," tidak mahu menunggu lama, Fahrin mencapai tangan Aleyah. Jika ditunggu, sampai esok pun belum tentu Aleyah akan menyahut huluran tangannya itu. Fahrin menahan senyum di bibirnya.

Aleyah terkedu apabila tangan Fahrin kemas mengengam tangannya. Terasa hangat dan hatinya terasa senang dengan sentuhan itu. Tanpa berkata apa-apa dia turutkan saja langkah kaki Fahrin.

Fahrin membawa Aleyah menyusuri jalan kampung di sekitar rumah mak tok. Pemandangan serba hijau menyejukan mata memandang. Kebun-kebun orang kampung mengeliling kiri dan kanan perjalanan mereka.

Aleyah merasa tenang melihat kehijauan itu. Hilang segala tekanan kerjanya. Selalunya sampai ke hujung minggu, Aleyah akan menghadap kertas putih dan skrin komputer yang penuh dengan data-data syarikat yang perlu disiapkan segera. Dia baru tersedar, sejak dilantik menjadi CEO syarikat itu, belum pernah lagi dia bercuti sebegini.

"Best kan kampung mak tok ni?" tanya Fahrin.

"Hmm, tenang ..." balas Aleyah sambil tersenyum.

"Okay, lepas ni kita pergi kat hujung sana. Kat sana lagi best tau," Fahrin menuding jarinya ke arah hujung jalan.

"Ada apa?"

"Wait and see ..."

Aleyah mengerutkan dahinya. Tidak faham kenapa Fahrin tidak mahu memberitahunya. Namun dia turutkan jua kerana rasa ingin tahu.

Beberapa minit kemudian, mereka berdua sampai ke kawasan pondok kecil berdekatan sungai. Keadaan pondok itu biarpun kecil namun masih utuh dan cantik. Di kelilingnya terdapat beberapa pokok berbuah.

"Kita tunggu kat sini kejap. Kalau ada rezeki, dapatlah Aleyah makan durian fresh." Kata Fahrin.

"Durian?"

"Ha'ah, durian ... Aleyah tak makan durian ke?"

"Ma-makan, tapi ... ni siapa punya dusun? Takkan nak ambil sesuka hati?"

Fahrin tertawa mendengar kerisauan isterinya itu.

"Aleyah jangan risau, ditanggung halal. Kita makan banyak mana pun takkan kena marah punya," ujar Fahrin.

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now