Ep 58

23.2K 888 33
                                    

"Aiden! Hmmm, lamanya tak jumpa ... mama rindu Aiden tau." Aleyah memeluk cium pipi Aiden. Hampir seminggu minggu mereka tidak bersua muka.

Fahrin tersenyum dengan lagak Aleyah yang melayani anaknya itu. Sungguh walaupun bukan anak sendiri tetapi layanannya tetap tidak pernah berbelah kasih. Beg pakaian Aiden diletakan di tepi couch tempat mereka duduk.

"Aiden tidur sini ke malam, ni?" tanya Aleyah. Dalam beberapa hari ini hanya mereka berdua sahaja di Villa Puan Seri Jannah ini. Puan Seri Jannah masih lagi di Mekah menunaikan haji.

"Yup! Malam ni Aiden tidur sini." balas Fahrin. Satu keluhan terlepas dari bibirnya.

Aleyah yang sedang memangku Aiden memandang wajah Fahrin yang kelihatan lesu itu.

"Kenapa ni?" tanya Aleyah dengan lembut.

"Nothing," balas Fahrin. Malas hendak diceritakan kepada Aleyah. Semasa berkunjung ke rumah keluarga Sufyna untuk mengambil Aiden tadi, dia bertemu mata dengan Sufyna, bekas isterinya.

***

"Hye! Awalnya you nak ambil Aiden?" tegur Sufyna. Senyum di wajahnya diukir mesra.

Fahrin melepas keluhan. Sakit pula matanya melihat cara pemakaian bekas isterinya ini. Hanya bersinglet putih dengan shortpant paras paha sahaja. Dia tidak tahu ke pasal aurat dengan bekas suami ni? Gerutu Fahrin.

"Why? Macam you tak biasa pula tengok I macam ni? Come on-lah. You had seen more than this. Should I show it again?" Dia faham akan mata Fahrin yang terus sahaja beralih dari memandangnya tadi. Sufyna mula melingkari tangannya ke leher Fahrin. Memancing semula nafsu bekas suaminya itu.

"Stop it! Kita bukan halal lagi. Now, get your sweater or skirt or anything." arah Fahrin. Tangan Sufyna dari lehernya segera dialihkan. Dia tidak mahu Sufyna mengodanya semula. Bodohlah kalau dia turutkan.

Sufyna tersenyum sinis. Dia menghalakan pula bibirnya ke telinga lelaki itu.

"I know you want me badly, just give us one more chance. Like her, giving you that chance." bisiknya menggoda.

Meremang bulu tengkuk Fahrin dibuatnya.

"I said stop this, enough! I'll never make up with you again. You dah sia-siakan semua peluang yang I pernah bagi dulu. Buat apa nak bagi chance lagi? Huh? Beside, jangan nak libatkan Aleyah pasal kita. I know you've been sending me those pictures! Apa? Kau nak cakap yang Aleyah curang pada kawan baik aku sendiri? Kau fikir aku bodoh agaknya?" marah Fahrin.

Selama ini dia diamkan sahaja mengenai gambar-gambar yang diterimanya secara layang. Gambar Aleyah dan Syed Hafizi! Dia memang tahu Syed Hafizi ada hati pada isterinya itu. Tapi dia percaya Aleyah tak akan curang padanya. Kalau dia nak curang, masa aku curangi dia dulu lagi dia dah buat! Getus hati Fahrin.

Sufyna tertawa sinis. Cuba menahan rasa marah kerana rancangan pertamanya tak jalan sangat. Yelah, sekadar nak tunjuk gambar memanglah ramai tak akan percaya. Benda dah lapuk!

"You tak percaya? Terpulang. But I've warn you. Nak tahu tak kenapa dia kena halau dari parents dia dulu?" duga Sufyna lagi.

Fahrin tersentak. Apa lagi yang si Sufyna ni dah buat? Masa lalu isterinya pun dia boleh tahu. Nak mengarut apa lagilah ni?

"Kalau you nak tahu, kawan baik mummy I, aunty Rose dulu pernah serang dia, sebab, dia mengoda suami aunty Rose. Nak duitkan, godalah lelaki kaya macam Datuk tu. Well, kalau you tak percaya, cuba you fikir, macam mana dia boleh rapat dengan arwah abi you dulu? Sampai arwah abi you sanggup bagi segalanya pada dia? Termasuklah diri you sendiri. I don't think yang dia tu baiklah. Sama je macam you. Pregnant kan I sebelum kita nikah." kata Sufyna. Ayat terakhirya sengaja ditekan keras.

Fahrin tersentak. Ya, itu memang kesalahannya dahulu. Sebab itulah dia bergegas hendak segera balik ke Spain selepas urusan pengkembumian Abinya selesai. Satu kesalahan dan dosa besar yang telah dilakukannya.


"I tak percayalah yang dia tu macam tu. Jangan you nak canangkan rumah tangga I pulak. Keep those as a secret! Kalau you nak duit, I akan bagi, untuk tutup mulut you tu. I tahu, I salah dulu. But it is in the past. You pun relakan saja. So? Who is the worst?" balas Fahrin.

Sufyna tergelak sinis. Wajah Fahrin yang menahan marah mencuit hatinya.

"You takut ke? You takut kalau dia tahu masa lalu you tu? Huh? Kalau dia tahu, memang jijiklah dia pada you, kan?" ejek Sufyna lagi.

"Shit! Kalau tak ingat yang you ni dah pun I ceraikan. I cekik kepala you tu!" Gertak Fahrin. Dadanya berombak kencang. Sufyna masih ingin bermain dengan pedang lidahnya.

"Well ... I tak takut pun ugutan you tu. Macam manalah agaknya perasaan parents dia pula, kalau diorang tahu, apa yang you dah buat pada hati anak diorang? You tinggalkan dia macam tu saja selama tiga tahun! Hahahaa ... I'm dying to imagine that face. Macam mana, ek?"

Sufyna masih sengaja memancing kemarahan Fahrin. Afzhan memang bijak menggunakan otaknya. Mudah sahaja dia mendapatkan maklumat mengenai Aleyah Nurhani melalui lelaki itu.

Fahrin jadi tidak keruan. Susah-payah Aleyah menjagakan nama baiknya di hadapan keluarga mertuanya, senang-senang pula Sufyna hendak mengugut mengenai hal itu.

"Don't you dare! Kalau you buat juga. I tak kan benarkan Aiden balik sini lagi! Biarlah parents you nak kata apa pada I!" ugut Fahrin.

"Well my sweatheart. Kalau I buka case hak penjagaan anak di Malaysia ni, for sure I akan dapat Aiden. He is below 8 years old. Hak penjagaan akan lebih berat kepada ibu yang melahirkannya. You nak I bukak, ke? Sekarang kan you dah balik pada isteri pertama you, buatlah anak baru lagi. Atau, she's barren?" Sufyna semakin mengejek.

Fahrin kehilangan kata-kata. Betul juga, kalau undang-undang di Malaysia ini, hak penjagaan anak di bawah 8 tahun akan jatuh secara automatik kepada ibu. Kecuali ibu dalam keadaan yang benar-benar tidak dapat menjaga anak tersebut, contohnya pesakit mental! Apa yang membuatkan dia lebih tergamam ialah ayat terakhir Sufyna!

"You tak layak nak hina dia apa-apa! Sekali pun dia tak dapat bagi I anak, I tetap akan sayang dan cintakan dia sampai akhir hayat I. Apa yang buat I menyesal ialah, I terjumpa dan tercintakan you dulu. Sayangnya you sendiri yang padamkan perasaan I tu! Baik kita cari kehidupan masing-masing saja. Tak kan you nak Aiden nampak perangai you pula nanti?" balas Fahrin.

"Abang?" sekali lagi Aleyah menyapa lembut bahu Fahrin. Entah apalah yang difikirkannya? Jauh betul menungannya.

Fahrin yang baru tersedar dari lamunannya melepas keluhan berat. Memang dia tidak layakkah untuk Aleyah? Sudahlah dia pernah menyakiti hati isterinya ini, mengenangkan masa lalunya lagi?

Kalau Aleyah mungkin tidak kisah, bagaimana pula keluarga Aleyah? Masihkah mereka boleh terima aku kalau diorang tahu hal yang sebenarnya?


.
1067
Edited,
7 January 2019
13:15
.

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now