Ep 9

33.2K 1.4K 71
                                    

Tok-tok!

"Masuk."

"Sayang ... you busy ke ni?" sejurus dibenarkan masuk, Aisyah terus beraksi manja.

Afzhan melepas keluhan. Serabut kepalanya saat ini. Langsung dia tidak mahu menghadap wajah kekasihnya itu.

"I busy. You tak nampak ke?" suaranya sedikit tertahan dari memarahi kekasih hatinya ini.

"Hurm, ingat nak ajak you shopping ... jalan-jalan," Aisyah memuncungkan bibirnya sambil menguis-nguis lembut bahu lelaki itu.

Afzhan yang sedang menaip di papan kekunci komputer memandang ke arah gadis itu.

"I'm sorry, sayang ... I busy la. Hari ni je I busy. Tomorrow night, I'll be yours, boleh?" pujuk Afzhan dengan janji manisnya.

"Okay ... you promise me." Aisyah jadi terpujuk. Muncungnya turut hilang. Jari kelingkingmya dihulurkan.

"I promise. To be yours ... forever," Afzhan mengenyitkan matanya. Jari kelingkingnya juga ditaut bersama. Namun kata manisnya jangan dipercaya. Semuanya hanya suka-suka. Sekalipun dia tidak pernah serius dengan mana-mana gadis. Walaupun dia telah bersama dengan mereka.

***

"Aiden, jangan laju-laju! Perlahan sikit," Fahrin segera mengejar anak kecilnya yang sedang berlari-lari di sekitar pusat membeli belah.

"Papa, papa, ice cream!" jerit Aidin sambil menunjuk-nunjuk kedai aiskrim yang dilihatnya.

"Aiden, tunggu ..." Fahrin melajukan langkahnya. Aiden segera berlari keriangan seperti dikejar.

"Aiden!" cepat-cepat Fahrin menuju ke arah anaknya.

.

"Ouch! What the- ... Hish!" Aisyah merengus. Baru saja dia berpusing daripada membeli aiskrim, terus dia dirempuh oleh anak kecil. Aiskrim yang dibelinya juga terjatuh ke atas skirt pendeknya.

"I'm so sorry, miss. Dia tak sengaja. Budak-budak." Fahrin segera mencepung Aiden yang terlangarkan gadis itu!

"Hurm, habis aiskrim I tumpah ... baru je nak makan," rengek manja Aisyah. Bibir terikut muncung.

"Saya minta maaf ... saya akan ganti. Miss tunggu ya?" ucap Fahrin serba salah.

Aisyah melihat wajah di hadapannya. 'Nasib baiklah kacak, kalau tak ... terus aku sembur!' desisnya.

"It's okay, tak apa! I tak apa-apa pun. By the way, I'm Aisyah ... you?" terus sahaja Aisyah menghulurkan salam perkenalan.

"Ar ... saya Fahrin. Ni anak saya, Aiden. Minta maaflah, ya? Aiden tak sengaja," balas Fahrin.

"Oh ... yelah. Budak-budak ... it's okay ... anak you ke ni? Hensem macam ayah dia," Aisyah cuba mengusap rambut budak lelaki yang melanggarnya ini.

"Thanks." tersipu Fahrin mendengar pujian itu. Aisyah tersenyum-senyum manja.

"Oh ya, Cik Aisyah tunggu kejap ... saya gantikan aiskrim tadi,"

"No-no-no! Tak apa ... tak apa. Lain kali jelah. I dah lewat nak masuk ofis I. It's okay, really ..." Aisyah pura-pura menolak. Sebenarnya dia mahu dipujuk rayu lagi.

"Oh, kalau macam tu ... tak dapatlah,"

"Yeah, it's okay. Lain kali je," Lain macam pula bunyinya. Aisyah tersenyum kelat.

"Okay, then. Kalau macam tu lain kalilah." Fahrin mengalah.

"Yeah, okay ..." Aisyah membuat isyarat tangan bentuk panggilan. Berharap agar lelaki itu faham.

"Okay, bye ..." Fahrin melambaikan tangannya dan membawa Aiden berlalu daripada kedai aiskrim tersebut.

"Aiden, look what you done. Tak baik tau." Fahrin segera meneguri anak kecilnya itu. Aiden sekadar terkulat-kulat berdiam. Entah faham atau tidak.

"Ceh, bengap ke bapak orang ni?" perli Aisyah.

***

"Miss, hari ni AzAf Contractors ada call lagi ..." Mira cuba menyampaikan pesanan kepada majikannya.

"Diorang nak apa?" Aleyah sekadar bertanya tanpa menoleh.

"Pasal projek jambatan tu ... diorang nak minta claim awal untuk sambung projek tergendala tu,"

"Bukan last week diorang dah minta ke? Kenapa nak minta lagi?" Berkerut dahi Aleyah. Kontraktor berpengalaman pun tak habis-habis nak duit cepat.

"Tulah ... saya dah cakap macam tu. Tapi, C.E.O dia minta lagi sekali ... so, saya tak tahu lah nak cakap macam mana lagi. Macam tak faham bahasa pun ada. Marah-marah pula tu." Mira menggaru-garu tudungnya. Runsing dengan sikap manusia yang memaksa.

Aleyah mengeluh. Dia faham, bukan mudah bagi gadis itu. Dan dia juga tahu, memberikan kepercayaan wang kepada kontraktor lantikkan juga bukan mudah. Silap hari bulan, duit habis diminta, kerja sikit pun tak maju. Terpaksalah syarikat ini yang menangung kerugian. Amanah dan kejujurannya juga menjadi taruhan.

"Nantilah ... abaikan saja dulu. Ada banyak lagi kontraktor yang dah siap buat kerja, tapi kita belum selesaikan tuntutan wang. Selesaikan dulu mana yang patut. Kalau dia call lagi, sambung terus pada saya." putus Aleyah.

"Okay, miss ..." Mira tersenyum. Mujur dia tidak dimarahi.

"Oh ya, miss. Hari ni miss punya shawl tu cantiklah ..." sempat lagi Mira memberikan pujian kepada majikannya.

Aleyah yang mengenakan shawl berwarna ala krim pastel sekadar tersenyum. Sudah lama dia tidak mengayakan warna lembut seperti itu.

'Cantik sebenarnya kalau miss Aleyah ni senyum banyak-banyak.' puji Mira lagi di dalam hati.

***

"Fahrin dah makan?" soal Puan Seri Jannah.

"Dah ..."

Puan seri Jannah mengambil tempat duduk di atas sofa ruang tamu berhadapan Fahrin.

"Aiden mana? Dah tidur ke? Tak nampak pula kelibat budak kecik tu."

"Hurm ... baru saja Fahrin tidurkan. Umi kenapa tak tidur lagi? Kan dah lewat ni," tegur Fahrin pula.

"Umi tak dapat tidur ... tak tahulah, dah tua-tua ni macam makin susah pula nak tidur. Banyak sangat nak difikirkan, kot ..." balas Puan Seri Jannah.

"Umi fikir pasal Aleyah ke?" keluh Fahrin.

"Pasal Al ... pasal Fahrin, Aiden pun umi fikir jugak ..." ujar Puan seri Jannah. Memang kalau difikirkan semula, hal Aleyah lah yang banyak difikirkannya. Tak tahu apa sebenarnya rahsia hati gadis itu hingga tinggi benar egonya.

"Fahrin pun asyik fikir pasal Aleyah je. Kenapalah dia jadi macam tu? Besar sangat ke salah Fahrin pada dia?" luah Fahrin pada uminya.

"Umi tak rasa pada Fahrin je dia kecewa. Mungkin sebelum tu dia dah lama terluka. Tapi kita tak pernah nak ambil tahu. Terus paksa dia kahwin dengan Fahrin dulu ... makin umi fikir, kadang-kadang umi rasa serba salah juga," keluhan berat terlepas saat Puan seri Jannah menyatakan hal Aleyah.

"Tak apalah, umi. Mungkin betul umi cakap dulu, Aleyah perlukan masa. Fahrin akan cuba bagi dia masa ... manalah tahu nanti dia akan buka semula hati dia," ujar Fahrin penuh mengharap.

✳✳✳

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now