Ep 47

26.6K 948 17
                                    

"Aleyah masak apa hari ni?" tanya Fahrin.

Melihat isterinya sedang memasak, terus saja dia menuju ke arah dapur. Hari ini, genap sebulan mereka tinggal serumah. Umi sudah seminggu di tanah suci Mekah. Kalau umi dapat panggilan agung, dia dan Aleyah pula dapat panggilan cinta. Ahaks!

Alhamdulillah, rumah tangganya kini semakin baik. Aleyah pun sudah tidak bersikap dingin lagi. Malah semakin hari semakin sweet dan manja saja. Itu yang dia semakin sayang tu. Heheh. Fahrin tersenyum sendiri memikirkan perubahan hubungannya dengan Aleyah.

"Hari ni saya nak cuba masak me basah. Simple je, guna mee kuning ni, lepas tu buat kuah sos pekat pakai sup ayam dan campur sikit tepung jagung yang dah bancuh dengan air, last sekali bila dah mendidih, gaulkan kejap dan masukan putih telur." terang Aleyah.

Perlahan-lahan Aleyah memasukan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur, ke dalam sup yang mendidih itu. Kemudian digaulnya. Usai merasa keenakan masakan, api dapur lantas dimatikan.

"Abang tolong salinkan sup ni dalam bekas mangkuk atas meja tu. Saya nak celur mee kuning ni kejap." arah Aleyah.

"Okay,"

Fahrin mengangguk lantas membantu. Senang saja nak senangkan hati isteri ni. Bantulah, walaupun kerja dapur yang remeh seperti ini. Sup yang disalinkan dihirup menggunakan sudu kecil.

"Emm ... sedapnya, tak sabar nak makan," satu lagi, pujilah. Dah susah-susah isteri masakan, pujilah masakan mereka. Biarpun tidaklah sehebat rasa masakan chef kelas antarabangsa. Asalkan dapat menyenangkan hati mereka, itu sudah cukup. Fahrin cukup berpuas hati dengan kelebihan isterinya yang bukan sahaja bijak di pejabat malah juga bijak dalam urusan rumah tangga.

"Ish, janganlah rasa macam tu. Tak baiklah, tak kan saya dengan Aiden nak makan bekas sudu abang pula?" tegur Aleyah.

"Bekas abang jelah. Bukan orang lain pun." tukas Fahrin.

"Tak baiklah. Nanti Aiden belajar cara macam tu. Abang kenalah jadi contoh papa terbaik," nasihat Aleyah lagi.

"Hm ... yelah. Umi tak ada, dia pula gantikan." Hal kecil pun nak bebel. Perempuanlah katakan. Fahrin memuncungkan mulutnya.

"Laa ... saya cakap benda salah ke?"

"Taklah. Betul, semuanya betul puan,"

Aleyah tergelak halus. Kadang-kadang perangai Fahrin ni lebih lucu dari perangai Aiden. Mana satu budak? Mana satu bapak budak ni? Aleyah bergeleng kepala.

"Dahlah tu, jangan merajuk ... nanti makanan cepat basi. Abang panggil Aiden, ya? Saya siapkan meja makan." kata Aleyah.

Fahrin menurut. Sambil dia berjalan, sambil dia garukan kepalanya. 'Haih, sedar diri sikit. Dah ada anak takkan nak merajuk lebih-lebih pulak? Nasib baru sorang, kalau dua orang? Buat malu je.' getusnya.

***

"Alhamdulilah, selesai juga nikah ayah dengan ibu," ucap Amir penuh syukur.

Hari ini, Mansor dan Imah dinikahkan semula di Jabatan Agama Islam Persekutuan. Oleh kerana selama empat tahun ini Mansor menumpang hidup dengan Imah dan anak-anak, Amir mencadangkan kedua ibu bapanya itu bernikah semula. Yang berlalu biarlah berlalu. Tidak terlambat lagi buat kedua ibu bapanya itu diberikan peluang kedua untuk hidup bersama semula.

Aisyah mencebik muka. Hal kecil pun nak sengih-sengih ke? Gumamnya.

"Alhamdulillah, terima kasih Imah sebab sudi terima abang balik. Amir, ayah nak ucapkan terima kasih banyak-banyak. Sejujurnya ayah malu pada Amir dan adik-adik ... kenapalah dulu ayah sanggup tingalkan kamu semua? Ayah masih dibayangi perasaan serba salah ayah pada kamu semua. Ayah malu." tulus ucapan Mansor.

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now