Pt.8

821 98 51
                                    

Taeil masuk pula ke dalam bilik Yuta. Dia membuka suis lampu dan Yuta masih lagi dalam alam mimpi.

Taeil tak membuang masa, dia datang ke katil Yuta lalu sepak punggungnya sehingga jatuh dari katil.

Yuta tersedar dan menggosok punggung dengan perlahan.

"Aduh.. Hyung! Apasal perangai macam iblis laknat sangat hari ni! Tak reti bangunkan cara elok ke? "

Taeil menghulurkan tangan kepada Yuta lalu tersenyum kambing dan menggaru leher.

"Sorry lah, kau tu jenis susah bangun. Dahlah, cepat siap nanti bas tinggalkan kau!" Taeil keluar dari bilik Yuta dengan berjalan gaya Michael Jackson.

Yuta jalan dengan lambat kerana punggungnya terlalu sakit.

Yuta membasuh muka dan mengosok gigi sebelum berhenti kerana terdengar sesuatu.

"HUWARGHHHHHHH!!"

"MAMA!! HUAAAAAA! "

"Kejap, bunyi ni macam ku kenal....CHENLE DENGAN JISUNG TERBANGUN!" Yuta keluar bilik dengan berus gigi masih dimulut dan terus masuk bilik Saera dan Minyoo. Dia dukung kedua-dua adiknya dan bawa pergi ke dapur.

Minyoo menuang susu dalam cawan untuk Winwin dan Jaehyun. Taeil dengan Johnny duduk dimeja setelah siap pakai baju sekolah.

Ten,Doyoung dan Taeyong datang menyusul tak lama kemudian. Ketiga-ketiganya rasa macam nak tumbuk Johnny dan Taeil sebab dah buat telinga diorang jadi pekak sementara.

"Mana Yuta? Mommy dah cakap pergi kejutkan dia kan? Kenapa susah sangat nak minta tolong ni" Minyoo menyilangkan tangan tengok Taeil yang sedang makan dengan muka tak bersalah.

"SOMEONE TOLONG AMBIL CHENLE DARI AKU!"

"Kenapa dua-dua boleh bangun serentak ni?" Minyoo ambil Jisung dan Chenle dibagi pada Johnny.

"APASAL AKU KENA DUKUNG CHENLE WEH? AKU NAK MAKAN KALAU TIDAK AKU GASTRIK KAT SEKOLAH NANTI" Johnny bagi pula kepada Doyoung disebelah.

"Aku dah cakap budak-budak ni mesti bangun punya sebab kau ketuk kuali tadi. Diorang yang tengah tidur terus terbangun. Aku dari tadi nak je smackdown kau tapi aku fikir aku kena simpan tenaga" Doyoung terpaksa bangun dari kerusi dan tepuk belakang badan Chenle supaya tidur balik.

Yuta pula masuk bilik balik kerana takut lambat bersiap ke sekolah.

Yang lain terus sarapan cepat-cepat.

"Mommy, mana triplet dengan mama daddy? Minhyeong tak bangun ke? " Soal Ten yang perasan cuma ada beberapa orang kat dapur. Selalunya pagi-pagi macam ni dah kecoh sebandar.

"Jeno, Haechan dan Renjun demam serta muntah-muntah tadi pagi. Daddy bawa diorang pergi hospital tadi pagi sebab takut apa-apa terjadi. Minhyeong pula masih tak masuk tadika lagi sebab tu mommy biar dia tidur dulu" Balas Minyoo sambil menyusukan Jisung.

Yuta datang selepas siap kemas beg dan pakai baju sekolah.

"Chenle ni macamana? Dari tadi Doyoung berdiri, takkan macamni je. Orang pun nak makan juga"

"Kat stor ada kerusi bayi, letak dia kat situ. Nanti pandai-pandailah mommy jaga dua orang budak ni lepas korang semua pergi sekolah. "

Yuta sepak kaki Taeil yang tengah makan.

"Kau, pergi ambilkan kerusi budak sekarang. Kalau tidak aku makan roti kau" Yuta menggugut dengan mata tajam.

"No, don't eat my bread" Taeil bangun dan pergi bilik stor.

Yuta duduk dan makan roti Taeil tanpa tinggalkan sisa atau serbuk.

"Korang semua jangan bagitahu, biar dia tahu sendiri" Yuta teguk dan habiskan air oren dengan cepat.

"Tapi Chenle? Dia dah pandai cakap tau walaupun belum masuk dua tahun. Nanti dia mengadu hah ambik kau" Balas Doyoung.

Taeil datang balik dengan bawa kerusi bayi. Dia tiba-tiba menjadi kaku, dia mula mahu menangis tapi ditahan dari keluar.

Yuta ambil kerusi dari Taeil dan letakkan Chenle didalam.

"Y-you ate my bread, you lied!" Taeil duduk sebelah Minyoo dan mengosok mata.

Minyoo memujuk Taeil jangan menangis. Ianya cuma roti, dia pun boleh beli kat mana-mana.

"Owh, he crying" Johnny mengusik Taeil yang makin lama makin kuat tangisannya.

"Jangan bersedih brader, nanti pakcik motor tu lalu kawasan kita lagi. Kau boronglah roti dia banyak-banyak tapi guna duit daddy lah" Ten yang malas nak tengok Taeil alihkan muka ke tempat lain dan sambung makan dengan aman.

"Cepat makan nanti bas tinggalkan korang semua kalau lewat" Minyoo mengingatkan. Terus semua jadi ikan piranna habiskan makanan dengan cepat.

Mark datang pula dengan rambut serabai kerana baru bangun tidur. Bunyi hon bas kedengaran didepan rumah dan semuanya beratur nak ambil duit belanja.

"Belajar elok-elok" Pesan Minyoo serta mencium dahi masing-masing sebelum naik bas.

-TBC

Aku tergelak giler part Johnny buat bunyi makan roti tu! Lain macam aku dengar 😂😂

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now