S2 57

400 44 35
                                    

Yuta keluarkan Alessia dari katil bayi kerana menangis tidak henti-henti dan buat dia susah hati.

Susu dan puting susu diberi tapi ditolak mentah-mentah. Alessia menangis dengan lebih kuat dan tidak mahu berhenti.

"Sayang nak apa? Papa taktahu Alessia nak apa" Yuta cuba mendodoinya tapi tidak berjaya. Susu disuapkan ke dalam mulut tapi dia tolak dengan tangan.

Jaemin masuk ke dalam bilik Yuta kerana tak tahan. Tapi selepas dia nampak yang sedang berlaku. Dia tidak jadi marah dan hatinya berubah dengan cepat.

"Yuta hyung, kenapa Yoonra tak henti menangis? Dia lapar atau ada sesuatu yang dia nak? " Jaemin ambil dia dari tangan Yuta dan cuba pujuk.

"Hyung dah cuba suapkan susu tapi dia tolak. Puting susu pun sama juga. Makin kuat merengek adalah" Yuta tunjukkan barang yang dipegang tadi. Jaemin mengganguk faham dan cuba mendodoikan Alessia.

Hansol masuk pula kerana tidur petangnya terganggu dan cuba tolong mereka. Alessia diambil dari Jaemin dan rambut nipisnya diusap dengan perlahan.

"Hyung tak pandai dodoikan budak ke? Asyik menangis tak henti-henti" Soal Hansol yang sedang pening kepala.

"Hyung dah cuba macam-macam tapi dia tetap tolak. Susu dengan puting pun sama. Kau nak tolong ke? " Yuta menggaru kepala dan cuba pujuk Alessia di tangan Hansol.

"Yuta hyung ingat kitaorang ni kecil lagi?  Kami ni dah biasa jaga anak saudara" Balas Jaemin dan Hansol mengganguk setuju.

"Hyung, kalau tak keberatan. Ada tak baju mendiang Kak Shannon yang belum basuh lagi? " Hansol tanya dan Yuta menggaru leher kerana pelik.

"Baju belum basuh, nak buat apa tu?  Kalau tak silap, hyung ada satu lagi yang tinggal sebab nak cium bau dia selagi tak hilang" Balas Yuta.

"Ha, baguslah kalau ada lagi. Bagi kat kitaorang" Ujar Jaemin, Yuta terus selongkar almari dan beri baju jubah berwarna biru bercorak bunga matahari kepada mereka.

Jaemin ambil dan balutkan ke seluruh badan Alessia. Selepas selesai, Hansol tepuk pehanya supaya tidur dan dia terus tutup mata dan tiada lagi tangisan.

"Dia nak bau mak dia" Ujar Hansol dan bagi kepada Yuta semula. Alessia diletakkan dalam katil semula kerana tangan telah lenguh.

"Tapi bau tu takkan bertahan lama. Lama-lama akan hilang juga, macam mana kalau dia menangis lagi? " Soal Yuta dan mereka berdua gelengkan kepala kerana tidak tahu.

"Kami berdua pun tak tahu. Tapi maaf kalau jauh menyimpang sikit soalan ni. Hyung taknak carikan ibu susuan untuk Yoonra? " Soal Hansol dan Yuta menggeleng kepala.

"Hyung tak fikir langsung tentang tu, hyung tahu yang susu ibu tu penting tapi kita boleh bagi susu formula dekat dia" Balasnya dan mereka hanya mengganguk faham.

"Tu lah kan, mommy pun pernah cakap yang Jaemin ni satu-satunya anak yang tak minum susu badan sebab masa mommy mengandung dulu pun umur dah berapa, dah nak monopous pun" Balas Jaemin yang faham.

"Hansol pun sama juga, kami berdua dulu minum susu formula je. Orang kadang tak faham kemudian asyik salahkan  mama sebab tak dapat bagi" Hansol mengangguk kepala kerana dia juga faham.

"Terima kasih sebab jaga anak hyung. Hyung tak tahu macam mana nak balas---" Kata-kata dia terpotong kerana bunyi bising diluar bilik.

"Alah Yuta hyung. Itu perkara biasa yang kami lakukan. Biarkan jelah orang kat luar tu melalak macam babun" Jaemin menyilangkan tangan dan senyum memanjang.

Yuta keluar dari bilik kerana mahu tahu apa yang terjadi. Mereka berdua ikut dari belakang seperti itik mahu pulang petang.

Mereka pandang dari tingkat atas dan malas turun ke bawah.

"Huk aloh, bodoh mu. Tak pening ke lari-lari? Takkan dapat lawan Usain Bolt pun" Johnny menggaru leher tengok Haechan yang gembira semacam sambil pegang sesuatu.

"WUHOOO AHAHAHA!" Haechan berlari sepanjang ruang tamu dan mereka hanya tengok. Hyejin tutup muka kerana teramat malu.

"Kau ni, berhenti lah lari kemudian bagitahu kitaorang apa yang terjadi boleh tak?" Jeno halang Haechan dari lari berterusan.

Haechan pandang mukanya dan beri yang dipegang kepada Jeno.
Jeno ambil dengan teragak-agak dan mata terbeliak selepas melihat.

"CONGRATS WEH! " Jeno terus peluk Haechan dengan erat dan mereka datang dekat kerana tidak faham apa yang terjadi sebenarnya.

"Hae.. Haechan bakal jadi ayah" Dia cuba mengambil udara kerana terlalu penat asyik berlari. Mereka bingung dan menggaru kepala.

"HAHA! MUKA MUDA MACAM KAU NI NAK JADI BAPA ORANG? KAU BIAR BETIK! " Ten tepuk tangan dan ketawa kerana tidak percaya sedangkan ada prenancy test sebagai bukti.

"Eh hyung, betul lah yang Hyejin mengandung" Balas Jeno sebagai wakil pihak Haehan, Ten melangkah ke belakang kerana tidak percaya dan jatuh pengsan.
Nasib baik Johnny sempat tahan badannya dari jatuh. Kalau jatuh kemudian kepala terhantuk, hilang ingatan dah satu hal.

"TIDAK! Tennie ku, jangan mati dulu! Anak kita macamana? Doyoung! Bagi aku kain kafan biar aku tanam dia! " Johnny tampar muka dia berkali-kali dan Ten tak bangun-bangun.

Saera menggaru kepala tengok drama yang berlaku di hadapan dia.

"Kamu ni, toksahlah berdramarama sangat. Kamu ni dari dulu memang suka sangat tempah sesuap kaki" Sooman cuba angkat Ten dan letakkan di sofa.

"Daddy, dia tak kunjung bangun. Kita nak bagi dia makan ubat apa?  Ubat cirit birit, sakit hati, sakit perut, ubat nyamuk, ubat gegat, ubat pensil tekan pun ada. Nak yang kecil atau besar? " Balas Johnny yang sedang lap airmata palsu dan dapat 'hadiah' percuma dari Taeyong berupa penampar.

"Nanti dia sedar balik lah tu.  Tolong bawa dia masuk bilik" Ujar Sooman dan tunjuk jari kepada Chenle dan Jisung.

"Mama tak sangka yang dua menantu mama akan mengandung serentak. Mama tak marah sebab mama pun gembira juga, tapi bukan ke terlalu awal untuk kamu bergelar ayah Lee Donghyuck? " Ujar Saera dan Haechan dengan Hyejin hanya menunduk.

"Jeno dan Haechan, korang berdua ni memang gelojoh. Siapa yang ajar? Johnny hyung kan" Winwin petik nama Johnny dan buat dia tersedak.

"Kau ni! Tahulah aku ni kacak, tak payah petik nama aku sangat" Ujar Johnny dan Haera terus pulas telinganya sehingga merah.

"Sekarang ni, kita buat tiada apa yang berlaku dan sambung buat hal masing-masing" Taeil sebagai anak yang paling tua cuba tenangkan keadaan.

"Entah si Haechan ni, aku nak buat anak pun tak senang" Balas Johnny dan sekali lagi telinga ditarik.

"Awak cakap lagi sekali, AMBOI SENANGNYA CAKAP!" Haera pulas dengan sekuat hati dan seret Johnny masuk bilik semula untuk belasah cukup-cukup sampai lunyai.

Sesungguhnya Johnny itu takut bini.

Hyejin mahu masuk bilik semula dan Haechan ikut dari belakang.

"Sayang! " Haechan terus peluk badannya didepan pintu bilik mereka.

"Jangan cakap dengan saya. Saya malu dan penat dengan awak" Hyejin lepaskan pelukan dan tutup pintu tak bagi Haechan masuk.

-TBC

PANJANGNYA AKU TYPE NI!

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now