S2 12

374 49 20
                                    

"Sudikah kamu terima Hwang Jihoon sebagai suami kamu? " Soal Johnny sambil memegang buku menggantikan bible.

"Yes, I will" Renjun mengganguk perlahan. Ten terpaksa berlakon sebagai pengantin lelaki.

Mana Juon eh Jihoon? Keluarganya sedang beli barang untuk pihak lelaki.

Sooman menggeleng kepala bila melihat persiapan yang dilakukan sambil menghirup kopi. Dulu ketika anak-anak yang lain kahwin pun tidak sampai kena buat latihan.

Saera mengelap cermin mata didalam bilik seorang diri. Tiba-tiba setitis airmata jatuh terkena kaca cermin.

Minyoo membuka pintu untuk melihat keadaan Saera. Namun hal lain pula yang berlaku.

"Lah, Saera. Kenapa menangis ni? " Minyoo duduk di katil.

"Saya macam tak percaya lah yang Renjun bakal berkahwin. Rasa macam baru bersalinkan dia dengan yang lain-lain. " Saera letakkan cermin mata di meja dan ambil tisu untuk menyeka airmata.

"Kakak pun sama masa Doyoung, Taeyong, Taeil dan Johnny berkahwin dulu. Tak sangka yang mereka semua dah besar panjang. Agak-agaknya bila Jisung berkahwin pun saya dah takde masa tu" Minyoo juga teringatkan masa ketika dia bersalin dulu.

"Apa pula kata macam tu, Kak Minyoo sepatutnya berharap dipanjangkan umur supaya dapat tengok anak-anak berkahwin" Saera kembali senyum.

"Kakak tak percaya yang Renjun akan berkahwin dulu dalam adik-beradik dia. Akak ingatkan Jaehyun atau Winwin, tapi dah jodoh nak buat macamana. Benda bagus kita percepatkan" Minyoo tersenyum lagi tanpa sebab.

"Nak keluar lah tengok apa yang budak-budak tu buat. Kecoh betul dari tadi, akak nak ikut? " Soal Saera sambil mengangkat punggung.

"Boleh juga" Minyoo bangun dan berpegangan tangan dengannya.

"Kamu berdua sudah sah menjadi suami isteri, ssi-sila cci-cium pengantin perempuan" Ujar Johnny sambil cuba tahan ketawa. Ten cuba mendekati wajah Renjun, tetapi Renjun menjauhkan diri.

"Ikut skrip lah biol! " Bisik Ten dengan perlahan dan barulah Renjun tidak melangkah ke belakang dengan perlahan.

Ten cium pipinya dengan cepat buat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Johnny ketawa dengan terbahak-bahak.

"Lawak syial! Sakit perut aku ketawa! " Johnny baring ke bawah lantai dan berguling-guling seperti bola disepak-sepak.

Renjun hanya menghiraukan dan berjalan dengan kasut masih dikaki. Jeno pegang tangannya kerana takut akan terjatuh lagi.

"Lepaskan, aku boleh jalan sendiri"

Jeno lepaskan dan Renjun boleh berjalan seperti biasa. Haechan yang dari tadi gigit jari akhirnya boleh melepaskan nafas lega.

Mark menyiku tangan Chenle disebelah kiri.

"Psst.. Kenapa kita asyik jadi flowerboy? "

"Anda fikir saya ada masa untuk fikir hal itu? "

"Aku tanya jelah, dari dulu kalau orang kahwin. Memang muka aku yang sesuai jadi flowerboy" Mark mencebik bibir.

"Habistu hyung nak jadi pakcik cleaner ke? Boleh juga, selain berbakri eh berbakti kepada orang. Pahala hyung pun banyak" Chenle menggeleng kepala.

"Aku bukan merungut. Rindu dengan WookHee, bila dia nak datang sini. "

"Anda fikir saya ada masa--"

"WOOKHEE! " Mark berlari mendapatkan Lucas yang baru datang.

"MAH BRADERR! " Lucas membalas pelukan Mark.

"Jungwoo! " Renjun berlari kepadanya dan cium pipinya.

"Eonnie, cantik tak Jungwoo hari ni? Eomma yang mekapkan" Jungwoo menunjuk hasil kreativiti Manda. Serupa badut Pennywise aku tengok.

"Cantiknya, eonnie suka sangat sampai rasa nak buang je mekap tu semua " Renjun mengambil pembersih mekap dan kapas. Hohoho, nasib baik Manda dalam kereta lagi.

"Nenek Ji Ran! " Doyeon berlari ke arahnya yang sedang berpegangan tangan dengan Yangyang.

"Aigoo dah besar dah cucu nenek ni. Nah biskut coklat nenek buat khas" Ji Ran beri sebalang biskut kepada Doyeon.

"Terima kasih nenek! Doyeon sayang nenek! " Doyeon mencium pipinya dan lari masuk bilik.

"Manda, Ji Ran. Bila sampai?" Saera dan Minyoo peluk madu-madu mereka.

"Baru je sampai kak. Ha, ni bunting yang saya nak sponsor hari tu" Manda beri bunting (banner) kepada Saera.

"Terima kasih, buat susah-susah je." Saera mengambil.

"Jungwoo dengan Doyeon jadi flowergirl tahu? Okay tak ?" Soal Renjun bertanya dan Jungwoo hanya mengganguk.

"Cukup dengan hari ni. Kita akan sambung lagi esok" Sooman tepuk tangan untuk dapatkan perhatian.

"Manda,Ji Ran. Makanlah dekat sini malam nanti" Ujar Minyoo.

"Bagus juga tu, kami pun tak pernah merasa makanan madu-madu kami" Ji Ran membalas dengan lembut.

"Baguslah tu" Saera gembira ajakkan diterima.

Hansol naik badan Chenle manakala Jaemin naik badan Jisung. Hendery meniup wisel dan mereka mula berlari.

"Pasukan HanLe mendahului pasukan JaeSung terlebih dahulu. " Johnny dan Taeyong menjadi pengulas manakala yang lain cuma penonton.

"Pasukan JaeSung cuba mendahului HanLe. Nampaknya persaingan ini makin sengit!" Taeyong guna botol sebagai mikrofon.

"Mereka berdua hampir dekat dengan garisan dan ITU DIA! PASUKAN JAESUNG BERJAYA MENGALAHKAN HANLE! " Johnny bangun dan goncang badan Taeyong sehingga dia jadi pening lalat.

"Terima kasih kepada semua peminat yang menyokong kami berdua~" Jisung bagi flyingkiss dan Renjun menjerit seperti peminat-peminat yang kena rasuk.

Mereka semua baling patung Doyeon dan Donghyeon menggantikan bunga. Nasib baik kapas bukan jenis keras.

"Anak-anak semua, mari makan!"

"YEAHH MAKAN!! "

-TBC

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now