Pt. 30

517 57 54
                                    

"Tarikh dijangkakan kamu bersalin bila?"  Sooman mengambil secawan teh dan tiup perlahan.

"6 minggu lagi tak silap. Yeri tahu tak sepatutnya keluar sebab dah sarat. Tapi biarlah Yeri keluar sekejap. Sebab baca kat laman sosial banyak jalan dapat senangkan masa bersalin tu "

"Betul tu, masa mommy , mama, eomma dan ummi mengandung. Daddy selalu bawa pergi taman petang-petang macamni.

"Kami sebenarnya dah lama tahu jantina babies. Tapi biarlah sekarang ni jadi rahsia, buat kejutan orang katakan. Nama pun kami rahsiakan " Yeri picit kepala kerana pening .

"Takpe, asalkan diorang sihat kat dalam tu. Yeri pun kena jaga kesihatan dan makan juga, malam-malam selalu buka peti makan biskut dengan susu. Doyoung minta sikit kena penyepak terus" Sooman tergelak sedikit bila teringat Doyoung kena sepak manja.

"Eh. Tak sangka pula daddy tahu, tapi bilik pun dekat dapur. Kalau haus pergi jelah. Tandas pun ada kat setiap bilik. " Yeri ambil air dan minum.

"Rumah yang dekat busan tu dah dijual ke? Kamu berdua dah tinggal kat sini. Doyoung pun dah bekerja dengan daddy sebagai Setiausaha Lee"

*What's wrong Secretary Kim?  hahaha, serius aku pun tak pernah tengok. Best ke? 

"Ya, kami dah jual dekat orang lain. Lagipun tinggal kat sana takde siapa nak tengokkan. Baba pun duduk kat tempat lain, kat sini sekurang-kurangnya ada Renjun, mama, mommy nak berborak pasal hal perempuan"

"Tu lah kan. Daddy nak ambil Hansol dengan Jaemin kat sekolah. Diaorang ada latihan marathon sempena sukan tahunan" Sooman bangun dari kerusi dengan badan terketar-ketar.

"Hati-hati daddy! "

++++

Minyoo mengetuk pintu dan masuk dalam. Taeil menoleh, kerjanya yang belum siap dibiarkan.

"Mommy kenapa masuk bilik Taeil ni?"

"Nak, mommy teringin nak telekung Siti Khadi--eh menantu" Saera membelai rambutnya.

Taeil menghela nafas berat, cermin mata dibuka. Dia mengenggam tangan ibunya.

"Maafkan Taeil sebab tak dapat bagi satu lagi menantu untuk mommy. Taeil janji bila dah bertemu jodoh yang ditunggu selama ni. Taeil akan kenalkan kepada semua orang , eomma dengan ummi pun sama"

Minyoo tersenyum nipis.

"Mommy tak paksa Taeil berkahwin. Tak berusaha cari ke? Mommy bukannya apa, umur kamu tu dah meningkat. Kamu bukannya muda lagi. "

"Taeil tahu, tapi diri sendiri pun tak terjaga. Adik-adik pun tak berapa pandai jaga. Takkan nak jaga anak orang mom?  Sekurang-kurangnya bagi masa untuk siapkan diri" Taeil menggeleng kepala perlahan.

"Mommy tak marah tapi fikir masa depan. Kamu, Johnny, Yuta, Ten dan Taeyong tu sepatutnya dah berkahwin sekarang. Mommy dah boleh lepaskan kamu semua" 

"Tapi mommy-- Kami rasa kami tak mampu sara hidup anak dara orang. Kami selama ni hidup mewah pun disebabkan titik peluh daddy. " Mata Taeil mula berkaca-kaca.

Ada juga orang sedar diri macam dia. Selalunya orang belagak padahal mak ayah yang kaya ;(

"Percayalah, selepas berkahwin nanti kehidupan lebih berkat walaupun tanggungjawab makin berat dari sebelum kahwin--- Dahlah, mommy cakap banyak-banyak pun bukan nak dengar. Nanti mommy dah mati baru nak kahwin agaknya" Minyoo mengangkat punggung dan pintu bilik ditutup dengan perlahan.

Taeil mula terfikir tentang kata-kata terakhirnya. Adakah patut dia berbincang dengan yang lain tentang berkahwin?

++++

Jisung makan ramen berseorangan diri di dapur. Setiap suapan dinikmati dengan enak dan nikmat. Bahagianya rasanya.

Bunyi hirupan sup yang menyakitkan hati sesiapa yang dengar sehingga boleh membuatkan tangan hinggap di pipi jika imannya tak kuat.

"Hello! Cik Lee Renjun ada di rumah? "

Jisung bangun meninggalkan kerusi dan pintu utama dibuka.

"Ya saya? Lee Renjun? dia ada kat rumah" Jisung pandang bungkusan itu sekilas mata. Mesti album atau lightstick takpun photocard.

"Eh Jisung. Buat apa kat luar ni--- Itu bungkusan saya ke?! " Renjun yang baru bangun tidur terus segar matanya.

"Cik Lee Renjun? "

"YA YA ITU NAMA SAYA! TEPI KAU! " Jisung ditolak ke tepi dan badannya terkena bucu meja yang tajam.

"AWWW NOONAAA! " Jisung terbaring di lantai tapi Renjun hanya menghiraukan.

Dia kesusahan membuka pen sehingga terpaksa gigitnya. Abang posmen terpaksa tengok pen kesayangan digigit dan berlumuran air liur.

"Andwaee.. adik.. jangan gigit.. " Ujar abang posmen dengan perlahan supaya tidak didengari.
Dia menggeleng kepala kerana pasrah Renjun gigit pen miliknya sehingga meninggalkan kesan gigitan.

"Okay bang, kat mana kena sign? "

Abg posmen tunjuk di tempat sepatutnya. Setelah itu barangnya diserahkan.

Renjun hempas pintu dan bungkusan berwarna putih itu dicium-cium. Akhirnya dapat juga mereka bersatu setelah sekian lama menunggu.

Manakala abang posmen diluar meratapi pen birunya yang digigit sehingga tiada rupa pen lagi.

"Aku akan mandikan kau, kafan, kebumikan dan baca talkin untuk kau!!"

Jisung menoleh-noleh ke arah suara yang dia dengar.

"Noona dengar bunyi pelik tu? " Jisung mengosok tangan kerana rasa meremang.

"Tak dengar" Renjun hanya membalas dengan pendek. Pisau kecil dicapai dan bungkusan itu mula 'dibedah'

"YA AMPUN ALBUM REGULATE KU! AKHIRNYA KITA BERSATU SETELAH DUA MINGGU!" Renjun memeluk album edisi Jungwoo--- ehem.

"Patutlah lambat sampai. Sebab dia REGULATE. Kalau REGUFAST barulah cepat ke kita" Jisung belek-belek album itu dan kena headlock dengan kakaknya.

"Kau diam boleh tak? Tadi kena bucu meja. Akan datang kena bermalam kat hospital pula"

Jisung merajuk dan masuk dapur. Sebab nak basuh mangkuk cawan yang digunakan tu lah.

-TBC
























[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now