Pt. 26

510 59 53
                                    

Ten keluar dari bilik air dengan terhuyung-hayang kerana baru habis muntah.

"Rasanya aku tak salah makan pun duhh. Kenapa aku moontah-moontah ni! Dahlah takde isi cuma air je yang keluar. SUNGGUH MENYEKSAKAN!" Ten baring dikatil dan Taeyong datang dekat.

"Kau muntah ke? Nak aku ambilkan ubat tahan muntah ke? " Taeyong tolong urutkan badannya. Kurang sikit loya tu.

"Aku baru makan ubat tu kemudian aku terus masuk bilik air. Seksa weh! " Ten meletakkan tangan di kepala. Taeyong ambil minyak panas dan urut bahu Ten.

"Kau ada salah makan tak?"

"Aku makan roti sandwich dengan susu je! Si Johnny tak guna tu tumpahkan kopi ke kaki Lucas! Aku takut terkena mabuk orang mengandung macam si Taeil tu terkena masa Mommy mengandungkan Jaemin. EUGHH URUT LAGI! LAGI KE BAWAH PULA EUHH SEDAPNYAAAAAAAA! SEDAP BODOH KUAT LAGII!!!"

"KAU NI PAHAL! ORANG BOLEH BERFIKIR BUKAN-BUKAN TAU TAK! KAU NI MEMANG OTAK KOTOR DENGAN SAMPAH SARAP DARI DULU! " Taeyong letakkan minyak kapak di meja dan keluar dari bilik.

Ten rasa loya semula dan berlari ke tandas.

"UWEKKKK!! "

Alhamdullilah, dia sempat masuk tandas :)

++++

Taeyong turun tangga dan pergi ke ruang tamu tumpang duduk dengan Doyoung tengok TV sekali.

"Korang buat apa duh kat atas sampai si Youngheum tu mengerang kesedapan macam tu sekali. Nasib baik aku tak tendang pintu korang, sia-sia aku rosakkan" Doyoung meletakkan tangan di bahu Yeri tetapi ditepis.  Syedih :(

"Dia muntah-muntah tak henti. Aku suruhlah dia makan ubat lepastu dia kata dah tapi keluar balik. Aku kesiankan dia and then aku pun urutlah badan dia dengan minyak panas, sekali dia buat bunyi pula" Taeyong rampas bantal di tangan Doyoung.

"Kau taknak bawa pergi klinik ke? Takut makin teruk je penyakit dia. Nanti melarat mulalah nak tulis wasiat"

Yeri pukul tangan Doyoung sebab terlepas cakap.

"Tak baik awak cakap macam tu. Nanti kata-kata awak termakbul macamana?"

"Hmm. Yelah sayang oi. " Doyoung hanya menggerakkan bahu.

"Kau pun tahu yang dia tu keras kepala dari budak lagi. Tadi dia cakap jugalah kalau-kalau dia terkena mabuk orang mengandung macam Taeil terkena dulu. Masalahnya siapa yang mengandung kalau tekaan dia tu betul? "

Mata Yeri membulat serta-merta.

"Kau ke Yeri? " Taeyong tunjuk jadi kepadanya. Dia cepat-cepat menggeleng kepala tanda tidak.

"Sayang pasti dengan sayang cakap tu? Period datang tak? Kalau dah lama takde kita pergi klinik " Tanya Doyoung.

"Awak pun tahu yang period saya tak teratur. Lagipun saya tak muntah-muntah pun, sakit badan pening kepala pun takda."

"Tapi masa Mama mengandungkan Hansol. Daddy yang muntah lepastu Mommy mengandungkan Jaemin, si Taeil yang terkena mabuk. Mommy bagitahu perkara sebenar baru mabuk tu hilang" Taeyong mencelah.

"Uishh, sampai macamtu sekali" Yeri letakkan kepala di bahu suaminya.

"Kau paksalah si Ten tu pergi klinik. Aku hantarkan nanti akulah yang bayar ubat dia . Kalau boleh, aku nak hantar Yeri buat pemeriksaan sekali-sekala. Aku dah pergi hari lain" Doyoung mengoyangkan tangan Taeyong.

"Kau pun tahu kan yang dia tu keras kepala?"

"Kau paksa je. Kau tu abang jangan jadi lembik sangat tak boleh paksa adik sendiri! " Doyoung cubit Taeyong sehingga tangan jadi merah.

++++

[Klinik Titanic ]

"Awak dah berapa lama muntah-muntah ni? " Doktor Alif Aziz letakkan stelekop di dada Ten dan dengar degupan jantung.

"Baru hari ni, seksa betul asyik ulang alik tandas sampaikan dah tak larat nak bangun lagi" Ten ambil tisu yang dihulurkan Taeyong dan lap hidungnya.

"Ada batuk-batuk tak? Suhu badan panas sangat ke? " Doktor Alif Aziz suluh matanya dan lihat kerongkong pula.

"Takde! Sumpah saya cakap saya muntah-muntah je. Abang-abang saya yang paksa saya pergi klinik ni! UHUK--" Taeyong tolong tepukkan badan Ten.

"Uhuk-uhuk maceh big brotherr" Ten pegang tangan Taeyong yang berada dibahu.

"No problem my lil' brother"

"Mengikut gejala yang awak rasakan ni. Saya terpaksa cakap yang awak-- YA ALLAH RINGANKAN MULUT AKU NAK CAKAP NI"

"APA DIA!? JANGAN BUAT SAYA TERTUNGGU-TUNGGU! "

AWAK--- AWAK MENGANDUNG--"

"HAAAAA?!!"

"K joke , awak takde apa-apa mungkin cuma tersalah makan. Saya bagi senarai ubat ni dan bagi kat nurse dekat farmasi nanti"

Ten ambil surat dari doktor, tulisan cacing lagi.

Taeyong buka pintu dan Ten duduk di kerusi yang disediakan sementara tunggu nama dipanggil.

"Loya kau dah kurang ke? " Soal Doyoung.

"Bolehlah, terima kasih hantar aku. Esok menanggung kesakitan lagi lah kalau asyik ikut ego ni. Yeri pula macamana? " Ten menggosok-gosok hidung.

"Okay je. Nanti aku cakap sesuatu bila balik okay? "

"Apasal kat rumah pula--"

"Lee Youngheum! Ambil ubat di farmasi sekarang!"

-TBC














[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now