S2 35

386 49 28
                                    

Taeil datang ke hospital selepas diberitahu Junghee pengsan di rumah. Dia nampak Jeno dan Haechan yang menunggu di bilik kecemasan dan hampiri mereka.

"Hyung! Nasib baik hyung datang tepat pada masanya" Jeno peluknya dan selepas itu Taeil peluk Haechan pula.

"Apa yang doktor cakap? Atau belum keluar dari bilik lagi? " Soal Taeil dan mereka berdua mengganguk.

Taeil menghela nafas dan nampak Taehan duduk di kerusi yang disediakan sambil menangis teresak-esak.

"Anak appa, macamana boleh berlaku? Boleh ceritakan tak? " Taeil pegang wajahnya, Taehan hanya menggeleng tanda tidak tahu.

"Tadi kitaorang tanya pun dia tak mahu jawab. Kita kena bagi masa untuk dia cakap kepada kita. " Haechan pegang Taeil supaya bersabar.

Doktor keluar dari bilik dan tanggalkan stelekop di leher.

"Ada tak suami kepada Im Junghee ?"

Taeil mengangkat tangan dan dia pergi kearahnya.

"Saya dua berita, satu berita buruk satu berita gembira. Yang mana satu encik mahu dengar dulu? "

Taeil pandang adik-adiknya. Mereka berdua minta untuk dengar berita baik dulu.

"Saya nak dengar berita baik dulu" Ujar Taeil lalu silang tangan menunggu balasan dari doktor.

"Berita baiknya adalah, awak akan jadi ayah lagi dan tahniah saya ucapkan"

Mereka semua terkejut dan gembira tapi mereka teringat tentang berita satu lagi.

"Berita buruknya adalah, ada ketumbuhan berdekatan dengan rahim. Jadi kandungan Puan junghee berisiko"

Taeil seperti mahu terduduk dengar kata yang keluar dari mulut doktor.. Ha! Doktor Sungwoon.

"Maksudnya, kakak ipar kami kena gugurkan kandungan tu ke?" Jeno bersuara.

"Tidak, tapi risiko untuk gugur tu tinggi. Jadi untuk buang ketumbuhan, kita kena tunggu sehingga tarikh yang sesuai dan jalankan pembedahan" Sungwoon terangkan dengan terlebih terperinci.

Taeil lihat isterinya yang masih belum sedar dari pintu. Dia rasa gembira bercampur sedih.

"Maksudnya Junghee noona kena bedah lagi lah! Dulu masa mengandungkan Taehan pun sama juga" Haechan dan Jeno saling berpandangan.

"Betul dan sekarang dah dibenarkan untuk melawat Puan Junghee. " Sungwoon pergi dengan senyuman lebar.

Taeil masuk dengan Taehan manakala Haechan dan Jeno menunggu diluar sambil main telefon untuk hilangkan bosan.

"Eomma.." Taehan beranikan diri untuk sentuh muka Junghee yang masih lagi belum sedarkan diri.

"Taehan, dalam perut eomma ada adik kamu. Cuba kamu sentuh atau letak kepala dekat perut eomma" Taeil letak tangan di perut Junghee dan Taehan ikut saja yang dilakukan oleh ayahnya.

"Appa, aegi! " Ujar Taehan dengan kuat selepas letak tangan di perut Junghee. Dia teruja akan dapat adik.

"Adik sekarang tengah berehat, kita tak boleh kacau dia sangat. Sekarang kita tunggu eomma bangun okay? " Taeil suruh Taehan letakkan kepalanya di bahu.

"AHHHHHH ADA LEMBU MASUK RUMAH! " Junghee menjerit dan buka mata sehingga buat mereka terkejut.

"Eomma, eomma tak pape? " Taehan mengerakkan tangannya. Junghee pegang dadanya kerana terkejut dengan mimpi yang dialami.

"Takde apa-apa, Taehan nak makan--- Eh, kenapa eomma dekat hospital ni? " Junghee pandang sekeliling dan lupa apa yang terjadi apa dirinya.

"Awak pengsan kemudian Haechan dan Jeno bawa ke sini. Nasib baik anak kita pandai, dia cari pakcik dia minta tolong" Taeil tersenyum melihat muka bingung Junghee.

"Lepas ni kita balik kan? Tak suka pula dengan bau ubat-ubatan kat sini. Tiba-tiba jadi sensitif pada bau pula" Junghee menggosok-gosok hidung dan Taeil serta Taehan pegang perutnya.

"Kenapa ni hah? Nak panaskan badan dengan letak tangan kat perut eomma ke? " Junghee masih belum sedar dan sambung gosok hidung.

"Awak tu bawa perut lah. Anak kita akan jadi abang tak lama lagi. Awak kena jaga kesihatan, jaga makan. Tak boleh stress selalu, banyak tengokkan muka saya dari Taeil NCT dengan Taeil Block B tu "

Matanya terbeliak dan mulutnya terbuka luas sehingga boleh muatkan satu tan gajah.

"Alamak, si Yesung dengan saya mengandung serentak. Silap hari bulan bersalin katil sebelah-sebelah je" Junghee bangun dan beranikan diri pegang perut sendiri.

"Peyut eomma ada aegi (bayi). Han suka" Taehan cuba naik ke atas katil tapi tidak boleh. Taeil letakkan di atas dan dia cium pipi Junghee. Mereka terkejut dengannya.

Senyuman di muka Taeil mula pudar bila teringatkan sesuatu. Dia tak pasti sama ada Junghee akan terima atau tidak.

"Yang, abang nak cakap sesuatu. Sebenarnya awak kena bedah bila bersalin nanti, ada ketumbuhan dalam rahim tu. " Taeil terasa ringan bila dapat luahkan. Junghee tersenyum bila dengarnya, dia sedih tapi kalau asyik sedih tak guna juga.

"Takpe, dulu saya pernah kena. Demi anak, saya sanggup buat apa sahaja" Junghee peluk Taehan dan turunkan.

"Taehan. Keluar bilik ni boleh tak? Appa nak jaga eomma kat sini, cakap dekat pakcik suruh hantar balik. Appa kalau nak balik nanti boleh guna grab takpun quulo" Taeil membelai rambutnya.

Taehan mengangguk faham dan keluar tinggalkan mereka berdua.

Tangan Jeno serta Haechan ditarik. Mereka dongak dan faham yang mereka perlu hantar anak saudara mereka pulang ke rumah.

Sepanjang dalam kereta, Taehan tak berhenti cerita tentang adik baby. Haechan dan Jeno cuma melayan juga angguk kepala sebagai balasan kalau dah terlalu malas.

-TBC

So... Macam mana kali ni? Puas hati tak?




[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now