S2 3

463 51 38
                                    

Taeil dan Junghee selak buku untuk nama anak dalam kandungan. Jantinanya dah disahkan lelaki, banyaknya hero-hero Sooman ni ;)

"Aku buntu nak bagi nama apa dekat anak dalam perut ni." Taeil menggaru kepala dengan tangan, kaki.

"Aku syorkan bagi Lee Taeyang" Cadang si Taeyong sambil mengendong Yong yang sedang nyenyak tidur.

"Yang nyanyi Mata, Hidung & Bibir dengan Gaun Kahwin tu kah? " Soal Junghee dan Taeyong mengganguk.

"Bagi nama Lee Youngho jelah. Nanti dia kacak macam aku"

Sedikit lagi Taeil mahu naik tangan ke Johnny tapi dia sempat tahan amarah kerana tak mahu anaknya dalam perut terikut-ikut dengan perangainya.

"Aku syor nama Lee Taeyang je. Tapi jangan ambil nama Lee Taehyeong, itu untuk anak kedua aku kalau lelaki"

Taeil baling patung ikan paus ke mukanya kerana tak dapat tahan geram. Tak dapat naik kaki, baling patung pun dah cukup untuk lepaskan geram walaupun dia mahu buat lebih dari itu.

Mujur lah semasa dia baling patung, tak terkena Yong.

Mujur ada pamoga, eh tiberrr.

"KAU NI GELOJOH BETUL. SI YONG PUN BELUM BESAR SIBUK NAK TAMBAH LAGI SEORANG" Johnny marah walaupun dia ada terniat nak tambah anak lelaki. Teruk lah perangai anak-anak Sooman ni :)

"Aku sebenarnya tak berapa suka dengan nama Taeyang. Nanti orang kata entah apa-apa je" Taeil letakkan tangan di dahi. Junghee hanya diam dan mengusap perut yang semakin membesar dari hari ke hari.

"Habis tu kau nak bagi Lee TaeTae?  Bunyi macam tet*k aku dengor"

PPANG!!

"Kau ni.. dah jadi bapa orang pun perangai macam.. harem. Nanti dah jadi atok semoga kau ada perubahan" Ujar Johnny yang geram sehingga tampar(manja) muka Taeyong.

"Astaga, Yong dan baby kat dalam perut jangan dengar tadi" Ujar Taeil sambil mendekatkan kepala di perut Junghee dan mengusap badan Yong.

Yong and baby in tummy be like: Dah dengar pun -_-

"Aku pun dah pening kepala. Sel-sel dalam otak tengah bekerja keras nak munculkan idea. Tapi.. Adakah Taeil akan meneruskan tradisi keluarga kita? " Kata Johnny dan membuatkan Junghee pelik.

"Tradisi? Tradisi apa yang keluarga kita turunkan? " Taeil tak senang duduk dan asyik betulkan kedudukan.

"Kau ni macam tak tahu pula. Isteri tarik rambut suami masa nak bersalin" Taeyong dan Johnny tepuk tangan.

Taeil dan Junghee saling berpandangan dan menelan air liur.

"Tt-tapi masa Yeri bersalin dia tak tarik rambut Doyoung kan en?  Hahaha.. " Peluh menitik-nitik dari muka Taeil.

"Siapa kata tak? Rambut Doyoung kena tarik sampai doktor dan nurse tolong leraikan sia. Dah lama pun kejadian tu, kau baru tahu ?" Tanya Johnny.

"Mana Junghee tahu, kenal Taeil pun tak masa tu" Junghee menggeleng dengan perlahan.

"Aku mana tahu pasal tu, Doyoung pun tak pernah cerita kat aku" Taeil memasang muka pelik.

"Mungkin masa tu mereka sakit sangat sampai tak boleh fikir lain dah. Sebab tu diorang tarik rambut, Junghee akan cuba tahan sakit dan takkan tarik rambut dan maki Taeil" Muka Junghee mula pucat dan takut bila fikir tentang bersalin.

"Yeke noona? Just wait and see" Johnny tersenyum sinis dan kepalanya diketuk dengan selipar jamban milik Taeil.

"Dengan aku tak pernah hormat. Panggil hyung sekali pun tak pernah. Kau pun sama Taeyong! " Taeil dah terlupa yang dia taknak pukul orang kerana takut anak dalam kandungan terikut-ikut perangai.

Senangnya lupa bila marah :)

"Asal aku sekali kena budu? Wehh anak aku nanti menangis! "

"Dengan kau pun nak hormat ke? Kau ingat kau tu anak raja nak kena hormat semua?" Johnny sengaja panaskan hati Taeil.

Taeil pukul badan dan punggung Johnny dengan kuat sebab terlalu dan teramat geram. Semoga Haera tidak berfikir perkara lain bila nampak kesan pukul dibelakang badannya :)

"Aku kena letak budak ni kat bilik. Kang mak dia tuduh aku culik budak ni pula" Taeyong bangun dan buka pintu. Tinggallah Johnny dengan Taeil dan Junghee.

"Aku pun nak minta dulu lah. Kalau dah ada nama nanti, roger-roger bagitahu aku. Anak aku perlukan aku! Caw!" Johnny membuka pintu dan keluar. Lepas tu tutup lah .

-TBC






[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now