Pt. 31

511 61 54
                                    

Jisung menaiki tangga dan dia terdengar ada orang memanggil.

"Psstt, Jisung meh sini"

Jisung menoleh-noleh dan terkejut. Mark sedang selubung satu badan dengan selimut.

"Hyung. Kenapa selubung ni? Demam ke? "

"Renjun beli barang lagi ke? Album kan?" Mark menoleh kiri kanan.

"Haah. Regulate punya. Kenapa? " Jisung membungkukkan badan.
"Hyung dah tak mampu nak nasihat dia lagi. Daddy bagi duit untuk dia beli barang keperluan macam shampu, pencuci muka. Barang-barang perempuan. Dia beli album pula, siapa yang dia tergila-gila sangat tu? Mark kan nama dia? Ha betul lah, hyung lagi kacak dari dia" Mark tak puas hati dengan perangai adiknya yang selalu menghabiskan duit.

"Biarlah dia nak buat apapun. Hyung nak ke dia pecahkan tingkap lagi masa dia beli album Cherry Bomb dulu? Highnote dia tu lagi power dari Haechan hyung. Cengkerik milik Jeno hyung pun mati serta-merta. Telefon Yuta hyung, Johnny hyung dan Taeyong hyung pecah serentak sampaikan daddy belikan yang baru" Jisung masuk bilik dan tutup pintu. Mark diluar pula masih terpinga-pinga.

++++

Doyoung mengemas baju dan barang-barang untuk dibawa ke hospital. Bukannya hari tu Yeri akan bersalin.

Disebabkan tarikh bersalin makin dekat. Doktor suruh masuk wad lebih awal.

Yeri didukung masuk kedalam kereta.

"Bang, minyak yuyee dah bawa sekali? Bengkung dah? Stoking? " Soal Yeri ketika pakai seatbelt.

"Dah, saya dah masukkan semua barang dalam bonet. Jangan risaulah" Doyoung pakai seatbelt dan memandu menuju hospital.

Yeri cengkam cadar katil sebagai pelampias rasa sakit ketika epidural disuntik di belakang badan.

"Sikit je lagi" Doyoung mengusap badannya supaya dia bertahan sikit lagi.

"Ss-sakit sangat" Yeri mencengkam cadar dengan lebih kuat. Dan semua telah selesai setelah plaster diletakkan di tempat disuntik.

"Dah selesai ke? " Yeri menoleh ke belakang.

"Dah selesai. Nanti sakit tu hilang " Doyoung menepuk-nepuk bahunya.

++++

"Renjun eonnie !" Jungwoo berlari masuk kedalam rumah setelah dijemput balik dari tadika. Taeyong meletakkan kunci kereta.

Dia tolong ambil Yangyang, Kun, Lucas serta Jungwoo dari sekolah kerana Sooman ada mesyuarat dengan syarikat dari jepun dan Manda pula tak berapa sihat. Ji Ran katanya ada hal nak jumpa kawan.

Kenapa bukan orang lain yang ambil? Taeil ke, Ten atau yang lain-lain. Masing-masing baru pegang stereng tangan dah terketar-ketar. Lupakan lah.

"JUNGWOO SAYANG!! " Renjun berlari ke arahnya sambil kedua-dua tangan didepakan dan bermula babak bollywood dengan slow motion mengambil masa sekurang-kurangnya seminit atau lebih.

"Eih, tolonglah jangan berbollywood kat sini. Ha, kalau Lucas dengan Kun haus atau lapar. Masuk dapur cari apa yang boleh dimakan. Buat macam rumah sendiri " Taeyong baca buku sambil berbaring di sofa.

Dari luar nampak macam takde apa cuma buku tentang masalah percintaaan padahal didalam sebenarnya ada komik, uih ada perempuan seksi.

"Hyung. Kitaorang rasa tak selesa nak buka pintu ais sesuka hati. Memanglah rumah ni milik daddy kitaorang tapi ini rumah korang. Kitaorang tak berani, kitaorang dah makan kat kantin tadi" Ujar Kun dan Lucas serta Yangyang menggangguk setuju.

"Nanti daddy marah kalau tak bagi korang makan. Nanti dia kata hyung mendera korang. Oh ya, tadi kenapa Xiaojun dengan Hendery takde kat sana? Dah banyak kali hyung tekan hon"

"Diorang ada kelas tambahan sebab tu diorang tak keluar tadi" Balas Yangyang. Tapi dia cuba sembunyikan bahawa kedua-duanya kena denda bersihkan kawasan sekolah sebab bergaduh hanya disebabkan sebungkus biskut beruang yang terakhir telah dibagi kepada orang lain.

Renjun pula main barbie dengan Jungwoo di lantai. Kak oi, awak dah besar. Sedar diri sikit.

"SUNGGUH KAU YANG AKU MAHU! BERDOA SUPAYA KAU BERUBAH!! "

Semuanya terkejut dengan suara di tingkat atas.

"MENDAMPINGI KU SELALU!! SUNGGUH KAU YANG KU MAHU!!! "

Manusia itu masih lagi menyanyi walaupun bunyinya seperti ayam getah yang ditekan-tekan.

"Aku tahu suara gerangan siapa yang sungguh teruk ni. LEE YOO TAE! SUARA KAU TAK SEDAP LAH HANAT! " Taeyong baling buku ke lantai.

Yuta tak hiraukan dan mikrofon makin dikuatkan. Lagu lain pula dinyanyikan.

"
I'M SORRY THAT MY WHOLE HEART WAS NOT ENOUGH!
I'M SORRY, IF YOU CAN KEEP IT 'CAUSE I'M COLD AS FARK!
FATHER, PLEASE FORGIVE ME 'CAUSE I'M ON THE FLOOR! "

Taeyong mendengus geram dengan Yuta.

Yang lain takut tengok muka Taeyong.

++++

Doyoung dengan berhati-hati meletakkan bayinya semula setelah diiqamatkan. Atau erti lain diazankan sejurus dilahirkan.

Ya. Doyoung dah jadi appa, dia tak dapat tahan sebak ketika mereka berdua dilahirkan.

"Nyenyaknya diorang berdua tidur" Yeri mengelus jari-jari yang lembut itu.

"Sakit lagi ke? " Soal Doyoung prihatin.

"Masih lagi sakit tapi dah kurang sikit. Ya ampun, comelnya diorang tidur" Yeri menatap mereka berdua disebelah kanan.

"Yang, terima kasih sebab lahirkan zuriat untuk abang. Bawa sana sini selama 9 bulan. Muntah-muntah semua, belum lagi sakit badan tengah malam"
Doyoung mengecup dahi dan menyelimutkan isterinya sehingga paras dada.

Nama diberi Daniel Lee Donghyeon dan Alaska Lee Doyeon. Kembar tidak seiras, hanya beza 4 minit.

Jangan tanya saya kenapa namanya Alaska. Pastikan anda baca berita terkini di media sosial.

"Abang, kalau badan sayang dah tak cantik macam dulu. Abang sayang lagi tak? "

"Mestilah abang sayang. You're my love forever and ever"

-TBC

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now