Pt. 11

794 93 21
                                    

"Anak-anak. Tidur sekarang, esok nak pergi sekolah nanti terbangun lambat" Minyoo tutup semua lampu dalam rumah. Memang setiap hari dia tengok-tengok keadaan rumah sebelum tidur. Takut ada yang jadi burung hantu.

"Jaehyun, dah gosok gigi belum? " Soal Minyoo yang ternampak Jaehyun minum susu di dapur.

Jaehyun letakkan kotak susu dalam peti ais semula dan mengganguk.

"Lepastu pergi tidur, jangan lupa tutup lampu dengan suis yang tak digunakan" Pesan Minyoo dan Jaehyun balas dengan mengganguk dan naik tangga perlahan-lahan sebab dah lampu dah ditutup.

"Samsung, Ruby. Bukan ke aku dah letakkan korang dalam sangkar? Macamana boleh terlepas ni? "

Kedua-dua kucing tu cuma menghiraukan dan sambung menjilat bulu serta 'bola' masing-masing.

Minyoo angkat kedua-duanya dan masukkan dalam sangkar. Selepas semuanya selesai, barulah dia masuk bilik untuk tidur.

Jisung yang telah tidur dicium dahinya dengan perlahan-lahan. Kadang-kadang dia tidur dengan  Minyoo walaupun dah dibagi bilik berkongsi dengan Chenle.

Minyoo ambil selimut dan tutup badannya supaya tak kesejukkan. Rambut Jisung dibelai-belai.

"Rasanya, kamu lah anak terakhir mommy. Selepas Hansol lahir nanti. Mommy tak rasa akan ada lagi ahli keluarga baru kita. Cukuplah dengan 14 yang dah nak masuk 15 ni"

Selepas habis cakap, Minyoo terus pengsan atau lebih tepat tidur.

++++

Saera terbangun dari tidur dan keluar dari bilik kerana nak minum air sejuk dalam peti ais.

Selepas minum, dia naik tangga semula untuk masuk dalam bilik.
Tidak semena-mena, dia baru melangkah dan tergelincir.

"Semoga sesuatu yang buruk tidak berlaku pada anak aku. AHHH---" Saera mengerang kesakitan dan darah mula mengalir dari celah kelangkangnya.

Dia menjerit dan memanggil supaya sesiapa dapat tolong bawa pergi hospital.

Chenle yang satu-satunya bangun dan dia menggosok mata. Setelah penglihatan lebih jelas. Dia terus berlari ke Saera yang berlumuran darah.

"Mama!.. DADDY! MOMMY! HYUNG! NOONA!!! " Chenle cuba dirikan Saera tetapi tak berjaya kerana Saera berat.

"Chenle, perut mama sakit hiks hiks. Mama taknak apa-apa buruk kat kandungan mama"

Chenle mengigit bibir dan tinggalkan Saera seorang diri.

Dia naik ke atas dan pintu bilik terus dibuka kerana tidak dikunci.

"Daddy! Mama jatuh!  Pastu-- mama ada darah! "

Sooman ambil cermin mata di meja dan tidak buang masa dan terus dukung Saera masuk dalam kereta.

Chenle ketuk bilik yang lain dan yang terbangun terkejut dengan darah yang banyak di tangga.

Chenle masuk dalam kereta untuk temankan Saera dan Sooman.

"Mama, jangan tidur. Kita dah nak sampai hospital ni" Chenle terpaksa tampar muka Saera. Sebab kalau tertidur, mungkin dia akan kembali ke tuhan.

"Chenle!  Pastikan mama tak tutup mata sebelum kita sampai hospital! " Ujar Sooman yang bawa kereta dengan laju.

Sampai di hospital, Saera dibawa masuk bilik pembedahan.

Sooman dan Chenle tunggu diluar bilik pembedahan.

Chenle menangis kerana takut berlaku benda buruk kepada ibunya dan adik dalam kandungan.

Sooman bangun dan mundar-mandir di hadapan Chenle kerana terlalu risau.

Chenle tersedak kerana menangis terlalu lama.

Manakala di rumah pula. Minyoo membersihkan darah sambil dibantu Yuta dan Taeyong.

Haechan mengigit jari, Renjun tengok kerja membersih tanpa berkelip mata. Mark yang terbangun duduk di satu sudut.

"Yang lain-lain tu semua sambung tidur balik. Biar mommy dengan diorang bersihkan darah mama ni" Minyoo mengemop kawasan sekitar dengan Yuta dan Taeyong yang mengemop juga.

"Macamana nak tidur kalau asyik terfikir pasal mama je? Entah macam mana lah mama dengan Baby Hansol. Jeno taknak fikir bukan-bukan! "  Jeno pukul kepalanya sendiri.

"Kita doakan yang baik-baik untuk mama. " Ujar Taeil.

"Sekarang semua masuk dalam bilik. Kalau tak boleh tidur, tutup mata je sampai terlelap. Mesti boleh punya. Jangan fikir yang bukan-bukan anak-anak semua" Ujar Minyoo yang dari tadi tidak henti-henti mop lantai.

"Mark mimpi ada sesuatu yang buruk akan berlaku!! "

"Mark! Jangan cakap macam tu! Tak baik, itu kan cuma mimpi. Mainan tidur " Ten marah. Sebab terlajak perahu boleh diundur, kalau cakap?

"Sekarang, masuk dalam bilik masing-masing. Kalau tidak, mommy rotan satu-satu! "

-TBC


[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now