Pt. 15

694 82 37
                                    

Minyoo telah dibenarkan keluar selepas hampir seminggu berkampung di hospital.

Jisung masuk dalam bilik Minyoo dan duduk dekat Jaemin yang sedang tidur dengan nyenyak.

Jari kecilnya dipegang, Jisung tak berhenti-henti belai kepala Jaemin yang boleh dikatakan botak walaupun ada rambut.

"Eoh. Jisung? Ada apa masuk bilik mommy ni?" Tanya Minyoo yang baru habis mandi.

"Takde apa-apa, cuma nak tengok adik Jisung ni je" Jisung berhenti kerana dah puas main.

"Jisung sayang adik kan?" Minyoo duduk disebelah Jisung.

"Mestilah, Jaemin kan comel." Jisung balas dengan pendek. Saera masuk dalam bilik dengan bawa makanan dan air untuk Minyoo.

"Kakak kena berpantang elok-elok tau. Kuruskan badan macam dulu" Ujar Saera terketawa sikit ketika letak pinggan di atas meja.

"Aiyo, yelah." Minyoo membetulkan kedudukan baring Jaemin sedikit.

"Dahlah, hyung nak main Chenle hyung ngan Hansol" Jisung mengecup dahi Jaemin dan terus keluar bilik.

++++

7 tahun telah berlalu dan banyak yang berubah. Termasuk lah si Jaemin.

Hari ni hari pertama dia masuk sekolah tapi dia macam tak bersemangat dan tak teruja berbanding yang lain.

"TAKNAK SEKOLAHH!! " Jaemin meraung sambil peluk pagar sekolah.

"Sekolah ada banyak kawan. Kita masuk dalam okay?" Minyoo terpaksa turunkan badan dan pujuknya.

"Jaemin kata taknak sekolah!" Jaemin masih lagi kuat peluk pagar. Jisung terpaksa kerahkan lebih banyak tenaga.

"Adik kena pergi sekolah kalau nak pandai" Jisung berusaha lepaskan Jaemin dari pagar.

"Sekolah best, jomlah masuk nanti cikgu marah masuk lambat" Chenle cuba membantu diikuti pakcik pengawal keselamatan.

"Nanti daddy call EXO suruh buat persembahan kat rumah" Giliran Sooman pula cuba memujuk Jaemin.

"Jaemin takut!! " Jaemin yang masih lagi peluk pagar menangis teresak-esak.

"Kenapa nak takut pula? " Chenle tarik kakinya namun Jaemin masih lagi tidak mahu lepaskan.

"Nanti ada sotong kuning mengajar lepastu nanti dia bunuh orang" Jaemin tetap tak nak mengalah dengan hyung-hyung dia.

"Pengaruh Yuta hyung lah ni" Chenle mengelap peluh.

"Ni mesti Winwin hyung dengan Yuta hyung ajak tengok Assasination Classroom" Jisung berhenti melepaskan lelah.

"Jomlah masuk kelas, nanti cikgu marah masuk lewat" Minyoo masih cuba memujuknya lagi.

"TAKNAK!!!" Jaemin membuat highnote yang boleh buat orang sekeliling terpelanting jauh ke Zimbabwe dan negara lain.

"Dah takde cara lain.. " Jisung dah penat biarpun dibantu Chenle, Pakcik guard, Sooman dan Minyoo.

Macam nak putus asa pun ada. Apa yang dimakan Minyoo sewaktu mengandungkan Jaemin? Kuat bebenor walaupun lima orang tarik dia.

"Aku ada idea" Chenle mengeluarkan handphone miliknya dari poket seluarnya. Galeri dibuka dan gambar Pennywise ditunjukkan kepada Jaemin.

"ARGHHH!! " Dia terus lepaskan tangan dari pagar, Sooman terus mendukungnya. Jaemin asyik meronta-ronta minta dilepaskan.
Mana boleh,nanti terbang ke 'Bulan Taeil' pulak si Jaemin tu.

"Pennywise terbaik" Jisung menepuk bahu Chenle.

"IT merupakan jalan penyelesaian terbaik" balas Chenle.

"Dah-dah. Jom pergi kelas Jaemin" Minyoo menarik tangan Chenle dan Jisung.

"Terima kasih Pakcik, sebab tolong tadi" Ujar Chenle dan Jisung.

"No Problem" Balas Pakcik guard sambil pegang misainya yang macam Wak Doyok.

+++++

"Apa khabar semua. Nama saya Cikgu Luna. Tahun ini saya akan mengajar kamu semua" Cikgu Luna (FX) perkenalkan diri di hadapan semua murid 1-A.

Bukan luna pensil colour tu okay.
Kemudian semua murid kenalkan diri kat depan dan selesai dengan jayanya. Ada yang buat lawak hambarrudin, pickupline tak menjadi , yang buat dushmash pun ada gak.

"Maafkan kami kerana lambat" Sooman membuka pintu kelas sambil mendukung Jaemin.

"Nampaknya ada seorang rakan kita yang datang lambat" Cikgu Luna datang ke arah Jaemin.

Jaemin ketakutan. Dia mula bayangkan Cikgu Luna itu akan bertukar menjadi sotong kuning yang membunuh orang.

"Sila kenalkan diri kamu pada kelas, siapa nama kamu? " Cikgu Luna mendekatinya. Peluh Jaemin mula jatuh ke bawah lantai.

"Nama saya... Lee.. DADDY!! " Jaemin terus peluk Sooman yang berada sebelah.

"Kenapa pula dengan Jaemin ni? " Sooman mengusap belakang badannya. Minyoo menepuk-menepuk bahu Jaemin.

"Cikgu tu nak jadi sotong goreng kunyit lepastu nanti dia bunuh orang! " Jari Jaemin tunjuk kepada Cikgu Luna.

"Mworago?" Cikgu Luna terpinga-pinga dengan situasi itu.
Satu kelas dah gelak macam hilang kawalan. Ada yang guling-guling bawah lantai macam kak cong.

Ada yang ketawa sambil pukul - memukul orang sebelah. Tampar menampar pun ada juga.

"Maafkan saya cikgu, dia ingat cikgu ni jahat sebab dia tengok kartun dengan hyung - hyung dia pasal cikgu pembunuh"
Minyoo tampil memberi penjelasan.

"Oh.. Patutlah" bisik hati Cikgu Luna.

"Jaemin duduk sebelah Choi Hansol ya" Ujar Cikgu Luna sambil menunjukkan tempat duduknya. #Caratzen

"Macamana cikgu tahu nama saya ni? " Tanya Jaemin dengan hairan.

"Kan daddy kamu dah sebut nama"

"Jaemin jangan nakal tau, balik nanti daddy jemput" Sooman mengusap perlahan rambut Jaemin.

"Belajar rajin-rajin nanti dapat kalahkan Taeil hyung" Ujar Jisung sambil cubit pipi Jaemin.

Meanwhile Taeil kat tempat kerja..

"Uhuk uhuk ,siapa sebut nama aku ni? " Taeil tercekik air batu dalam minuman Texas Chicken.

Kesian dia meh sini aku tolong. Eh back to the story.

Jaemin duduk di tempat yang telah diberitahu. Beg dibuka dan buku dikeluarkan.

"Hai, nama awak Jaemin kan? " Hansol menyapa dan tangan dihulurkan.

Jaemin menggangguk perlahan sebelum membalas jabat tangan.

"Nama saya Choi Hansol Vernon" Hansol tayang gigi putihnya yang boleh membuatkan orang buta kerana sinarannya yang menyilau.

"Woh. Patutlah muka awak macam Jack dari Titanic! Awak kacukan rupanya" Jaemin pegang kulit Vernon yang bagi dia boleh dikatakan terlalu cerah.

"Eh takdelah. Saya tak cerah mana pun" Vernon malu dengar kata Jaemin.

"Saya pun ada abang nama Hansol! Tapi dia tak kacak mana pun" Jaemin sempat lagi kutuk. Vernon menggeleng kepala dan pandang papan putih di depan.

-TBC

sapesial cameo, Luna F(x) bukan pencil colour dan Vernon Dicaprio from Tujuhbelas.












[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now