S2 21

407 47 69
                                    

Semuanya sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan. Ada yang pasang lampu, meja makan dan duduk.

Saya rasa anda semua tahu siapa yang bakal berkahwin.

Dohee, Yong dan Younghee telah lincah berjalan dan selalu kejar mak bapa sendiri. Taehan pula asyik ikut Taeil walaupun bapanya nak membuang di tandas.

Areum masih lagi sedang belajar berjalan. Renjun dan Jihoon pegang tangannya dan berlatih untuk bertatih. Bunyi kasut setiap kali berjalan membuatkan mereka makin teruja bila dia berjalan.

"Jalan lagi! Areum pandailah! " Jihoon gembira melihat Areum membesar dengan sihat. Di hatinya dia agak rasa bersalah kerana semasa Areum kecil dia selalu tiada di rumah kerana kerja.

Doyoung dan Yeri berlari ala-ala bollywood dan membuatkan ramai orang seperti mahu muntah pelangi.

Haechan berjalan sambil berpegangan dengan Doyeon dan Jeno dengan Donghyeon mengelilingi gereja. Nak usha makcik dan akak biarawati ler tu.

Ten duduk dalam gereja dan menangis seorang diri. Selepas ini dia dah takde geng membawang mengunyit lagi.

"Kenapa adik nangis ni? Ada sesuatu ke? " Seorang lelaki datang untuk berdoa dan ternampak Ten lap airmata dengan tisu.

"Ah, takde apalah. Saya gembira yang abang saya nak kahwin tapi selepas ni saya dah takde geng. Esok dia nak kahwin pula" Ten gosok hidung sehingga merah.

"Yang kahwin tu ke? Oh, tahniah dapat kakak ipar" Lelaki itu senyum dan bangun pergi ke tempat lain.

Ten ambil tisu yang ke 10 dan lap airmata lagi sebelum balik. Esok mereka semua kena bangun awal.

++++

Yeri membuka suis lampu dan menghampiri Doyeon dan Donghyeon yang sedang tidur lena. Yeri mengejutkan mereka berdua dengan lembut.

"Sayang, bangun semuanya. Hari ni Pakcik Yuta kahwin" Yeri mengejutkan dan menguap.

Donghyeon mengeliat dan tarik selimut selubung satu badan. Doyeon terus duduk dan gosok mata.

"Abang, bangun. Pakcik Yuta kahwin hari ni. Bangun cepat nanti atok dengan nenek marah kalau lambat" Yeri menampar pipi sendiri supaya segar.

"Eugh.. Kenapa semua tak kahwin serentak?.. Penatlah abang macam ni.." Donghyeon mamai dan tak sedar apa yang dikatakan. Yeri tidak menunggu lama, dia angkat anak lelakinya masuk bilik air dan mandikan mereka serentak.

Doyoung memandikan Dohee, budak kecil itu bermain dengan buih yang banyak dan tiup sehingga kena muka ayahnya.

Doyoung hanya membuat tak endah dan membersihkan daki yang menempel di seluruh badannya. Dohee siram air kepada Doyoung sehingga bajunya basah.

Doyoung sekali lagi buat bodoh dan balut badan Dohee dengan tuala kerana telah habis mandi.

"Im Junghee! Anak awak ketuk pintu rasa macam nak roboh ni! Saya nak membuang tinja pun tak tenang! " Taeil terasa 'fedup' dengan Taehan yang selalu kacau dia dalam tandas.

"Ala, biarlah dia ketuk pintu tu! Bukannya masuk pun" Junghee keritingkan rambut dan mekap.

Taeil rasa mahu menjerit dalam tandas.

Younghee masuk kedalam bilik ibubapanya dan naik ke katil. Dia melompat-lompat sehingga kedua-duanya terbangun. Haera membuka penutup mata untuk tengok apa sebenarnya yang terjadi. Johnny peluk Younghee dan beri ciuman pagi.

"DEDI! WAKE UP NOW" Younghee mencubit hidungnya dan Johnny hanya diam.

"No, I don't want" Johnny menggeleng dan Younghee mencebik.

"Honey, you should wake up now" Haera bangun dan ambil tuala untuk mandi. Younghee menjelir lidah kepada Johnny yang masih lagi baring di katil.

"URI BUTO NAEKKO NAEKKO YA NAEKKOYA! " Taeyong membuat karoeka dalam bilik dengan Yong.

"NA YA NA! NA YA NA!  " Si Yong pula sambung dan Taeyong joget.

"PICK ME PICK ME PICK ME!! "

"Awak nyanyi tu sampai bergegar rumah ni dibuatnya"  Yesung keringkan rambut dengan hair dryer.

Taeyong keluar dari bilik dengan Yong. Yesung menoleh dan terkejut dengan mereka berdua, hari-hari nampak tapi entah kenapa Yesung rasa hari ni mereka rasa kacak.

Semuanya berkumpul di ruang tamu dan kira semuanya takut ada yang tertinggal. Renjun pakaikan kasut untuk Areum.

Ten sebagai pengapit Yuta haruslah berdiri sebelah. Johnny kemaskan baju Yuta supaya segak dimata orang.

Sooman melihat jam dan mengira sekali lagi. Setelah dipastikan jumlah. Barulah mereka berangkat, 10 kereta yang digunakan. Dan kereta yang dihias dengan reben merah jambu dan biru itulah kereta pengantin.

Yuta pandang Shannon disebelahnya yang bergaun putih dengan kain labuh sehingga mencecah lantai. Dan jangan lupakan senyuman dia.

Paderi selesai bertanya kepada Shannon dan beralih kepada Yuta pula. Yuta tegakkan badan seperti tentera.

"Lee You Tae, sudikah awak terima Shannon Clarissa Anne-Marie Rose Lee sebagai isteri kamu? "

"Anne-Marie? Oops, I got 99 problems singing bye, bye, bye?"

Semua memberikan pandangan tajam kepada Yuta kerana main-main.

Paderi berkata dalam hati : Semoga tangan aku tak lepas ke muka budak ni.

"Nama dia panjang, tapi sepanjang nama awak. 300 karangan terus" Doyoung menyiku Yeri disebelah.

"Perempuan yang ada nama 300 karangan ni jugalah sekarang permaisuri di hati awak" Yeri menggeleng kepala.

"Kali ni last, jangan main-main." Paderi menarik nafas terlebih dahulu. Yuta mengganguk faham.

"Lee You Tae, sudikah awak terima Shannon Clarissa Anne-Marie Rose Lee sebagai isteri? "

"Yes, I will"

Semua bertepuk tangan untuk meraikan. Donghyeon menarik nafas lega kerana akhirnya habis juga. Dia memberikan pandangan tajam ke arah pakcik-pakciknya yang masih lagi bujang.

Mark yang perasan terus tanya.

"Kenapa pandang pakcik macam nak makan? Ada apa-apa ke?" Mark cuba bertanya dengan baik-baik.

"Pakcik Ten, Winwin, Jaehyun, Mark, Jeno, Haechan, Chenle dan Jisung berkahwin serentak nanti. Abang taknak tengok orang kahwin lagi, penat" Donghyeon mencebik dan Jeno dukungnya.

"Okay, nanti kami kahwin serentak" Jeno picit hidung Donghyeon dan mengenyit mata pada yang lain tandanya dia cuma tipu. Yang pun membalas dengan mengenyit supaya tidak kantoi.

"Kenapa dengan mata semuanya? Sakit ke? " Soal Doyeon.

"Mata kami ada habuk masuk tadi, jahat habuk tu" Haechan kononnya keluarkan habuk di mata dan pijak sehingga lunyai. Doyeon ketawa dengan gelagat pakciknya.

Tibalah masanya untuk bergambar. Abang jurugambar hanya pasrah untuk tangkap gambar mereka. Dia adalah jurugambar ketika Renjun berkahwin, Taeil, Johnny dan Taeyong serta Doyoung berkahwin.

-TBC

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now