Pt. 14

751 81 73
                                    

"Mama nak berehat dulu. Bila dah habis main dengan adik nanti, letakkan dalam bilik tau. Mama nak tidur sekejap" Saera menaiki tangga dengan bantuan Sooman.

"Noona, aku nak dukung" Jeno baru pegang dan tangannya ditepis.

"Dukung tak boleh,letak kat paha baru aku benarkan. Kepala dia tak kuat lagi"

Jeno terus ambil dan letakkan di pangku.

"Betulkan kedudukan bantal dia tu. Nanti kepala sakit" Ujar Jaehyun.

Winwin menyelit dan usap kepala Hansol sebab dia pun nak tengok juga.

"Alolo. Adik hyung jangan menangis" Taeyong buka topi kepalanya dan buka penghawa dingin.

"Budak memang selalu menangis dan dengan ini. Saya isytiharkan, kita semua akan hadapi benda sama semula" Ujar Taeil dan membuatkan yang lain kecut perut.

Ternyata, mulut Lee Taeil itu amatlah masin lagi masin dari telur masin.

"HUWARRRGHHH!!! "

"Hansol sayang, janganlah menangis lagi. Mama dah tak tahu nak buat apa lagi ni. Nak, minumlah susu yang daddy bancuhkan ni" Saera menepuk badannya supaya tidur dan dia menjadi Panda kerana lingkaran hitam bawah mata .

"Sini jom dengan daddy. Hansol baik kan? Berhentilah menangis, kesian mama dengan daddy" Sooman bangun dari katil dan mendodoikan tapi semuanya tak berjaya, Hansol makin kuat menangis walaupun suara dah berubah.

Setelah sapu minyak angin dan dodoi walaupun ambil masa yang lama. Akhirnya Hansol tertidur dan akhiri penderitaan Saera dan Sooman walaupun akan terjadi lagi bila-bila masa.

Saera mengelap peluh di dahi. Dia terus tidur sebab terlalu penat. Sooman pula tak boleh tidur. Entah apalah dia fikirkan tu.

++++

"Taeil! Tengokkan Hansol tu! Dia masih tengah belajar jalan lagi!" Sooman menjerit dari dalam rumah sambil mengawasi anak-anak yang tengah main di taman.
Taeil pegang tangan Hansol dan mengira langkahnya.

"Satu, dua, tiga, empat. Hansol pandai, now jalan lagi. Hyung nak tengok"

Taeil lepaskan tangan Hansol dan biarkan jalan sendiri.

Dia baru melangkah beberapa kali dan terjatuh. Nasib baik tak luka cuma terkena habuk pasir.

"Hiks, hiks huwargh..! "

"Jom kita balik, mama dengan daddy dah tunggu" Taeil bersihkan pasir di kaki Hansol dan pulang ke rumah kerana dah nak malam.

++++

Masing-masing tertanya sesama sendiri di ruang tamu. Apa yang Sooman akan beritahu di ruang tamu sampai semuanya berkumpul. Penting sangat ke? 

"Semuanya dah berkumpul. Daddy nak cakap sesuatu, harap semua tak terkejut" Sooman menarik nafas terlebih dahulu.

"Daddy akan berangkat ke jepun atas urusan kerja. Tapi mama dengan mommy akan ikut juga"

Keadaan mula jadi kecoh.

"Sabar, sabar. Dan Hansol akan ikut juga"

"Kenapa kami tak boleh ikut? " Soal Taeyong.

"Kami ada sebab kenapa kamu semua tak boleh ikut. Kamu kena jaga rumah dan Hansol masih kecil. Sebab tu dia kena ikut" Balas Saera.

"Bila berangkat pergi sana? " Soal Johnny, ada pulak manusia ni. Ingatkan bisu.

"ESOK"

"HAH?!! "

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now