S2 30

415 45 14
                                    

Jaehyun dan Winwin melangkah masuk kedalam rumah dengan bantuan Saera.

Manakala Sooman di luar perhatikan Ten dan Mark angkat barang-barang sambil pegang stereng lock, tak boleh percaya betul dengan dua ketul ni kalau takde pengawasan.

Selalu buat kerja separuh jalan kemudian tinggal. Memang patutlah Sooman pegang benda bahaya tu.

Saera buka pintu dan Donghyeon serta Doyeon berlari ke arah pakcik mereka untuk sambut kepulangan Jaehyun dan Winwin dari hospital.

"Mama masuk bilik dulu ya? " Ujar Saera dan mereka berdua senyum sebagai tanda boleh.

"Pakcik! Doyeon rindu dengan pakcik sebab tak dapat pergi hospital sebab budak-budak tak dibenarkan masuk" Doyeon berdiri di depan mereka. Dia mahu peluk tapi takut akan menyakitkan luka bedah.

Winwin mendepakan tangan suruh Doyeon peluk badannya.

Doyeon terus peluk Winwin selepas diberi kebenaran. Jaehyun peluk Donghyeon dengan lama kerana teramat rindu dengannya.

"Ah! Baru teringat, kami dapat anugerah dekat sekolah! Pakcik Jaehyun dengan Pakcik Winwin bangga tak dengan kami? " Kata Donghyeon dan mereka berdua mengangguk sambil tersenyum lebar.

"Nek Minyoo dah cakap dengan kami. Kami bangga sangat" Ujar Winwin dan peluk Donghyeon pula.

Doyoung datang ke arah mereka dengan tuala masih di atas kepala. Baru habis mandi lah tu.

"Doyeon! Janganlah peluk pakcik tu! Nanti diorang sakit macamana? Luka diorang terbuka semula? " Doyoung mencekak pinggang dan Doyeon mula menangis kerana dimarahi.
Jaehyun merendahkan badan dan lap airmata dengan baju yang dipakainya.

"Doyoung hyung, janganlah marah dia. Dia bukannya buat bukan-bukan pun. Lainlah dia datang bawa pisau nak tikam kami ni" Ujar Winwin dan cuba memujuk anak saudaranya daripada menangis lagi.

"Hyung takut dia akan sakitkan korang berdua. Kalau berlaku apa-apa macamana?" Doyoung keringkan rambut dan datang dekat anaknya.

"Jom dengan appa, biar mereka berehat. Sini dengan appa " Doyoung cuba memujuk tapi mereka berdua sorok di belakang pakcik-pakcik mereka.

"Biarlah mereka dengan kami, diorang rindu sangat tu. Biarlah, biasalah budak-budak ada buat kesilapan" Ujar Winwin dan Doyoung masuk kedalam bilik kerana biar anak-anak buat hal masing-masing.

Yuta keluar dari bilik Taeyong sambil mendukung Yong dan datang kepada Jaehyun serta Winwin.

"Macamana dengan korang berdua? Ada rasa sakit sangat ke dekat tempat bedah tu?" Yuta bimbang.

"Rasa sakit tapi tak rasa sakit sangat sebab dah letak ubat. Nanti kena sapu lagi" Ujar Winwin dan Yuta hanya mengganguk faham.

"Comelnya Yong ni, dah besar dah anak buah Pakcik Jaehyun ni" Jaehyun mencubit pipinya kerana terlalu geram. Yong tidak menangis tapi sebalik ketawa.

"Kan, kejap je dah besar budak ni. Aku rasa macam baru semalam aku hantar mak dia nak bersalin. Nasib baik muka dia ikut eomma dia, kalau ikut Taeyong ehh-- aku kutuk bapa dia pula" Yuta pukul mulut dan Yong bergerak seperti mahu minta diletakkan di bawah.

"Mana boleh, Pakcik Yuta nak main dengan baby ucuk ni" Yuta menggeleng dan Yong pasang muka seperti mahu marah.

"Nak ayan! (Nak jalan) " Yong meronta minta dilepaskan tetapi Yuta masih tidak mahu.

Jaehyun dan Winwin meminta diri untuk berehat dalam bilik.

"Kenapa Yong taknak main dengan pakcik ni? Alah biarlah, Pakcik Yuta nak main dengan Yong sebab pakcik belum ada baby lagi"

Yong hanya pasrah kerana Yuta masih mahu bermain dengannya.

Shannon datang dari belakang kerana baru selesai jemur baju.

"Biarlah dia nak jalan, kenapa nak paksa dia?" Shannon ambil Yong dari tangan Yuta.

"Dia ni comel sangat. Saya terbayang macamana muka anak kita nanti. Agaknya ikut saya atau awak? Tapi orang kata genetik mak lebih kuat" Ujar Yuta tanpa sedari kata-katanya telah menguris hati Shannon.

"Saya hantar dekat bilik Kak Yesung. Mungkin dia nak minum susu " Shannon pergi tanpa memandang suaminya.

Yuta menggaru kepala kerana gatal dan buka TV untuk tengok perlawanan bola.

Shannon berdiri tepat di pintu bilik Taeyong. Dia menarik nafas terlebih dahulu sebelum ketuk.

Yesung membuka pintu selepas selesai letak mask hitam di muka. Taeyong sedang baring sambil main telefon dengan pakai mask di muka juga.

"Shannon, kenapa datang sini? Yong ada buat hal ke?" Yesung ambil Yong dari tangan Shannon.

"Saya hantar balik sebab dia dah meronta-ronta masa Yuta main dengan dia. Saya rasa dia nak minum susu" Balas Shannon sambil mengerakkan kaki sehingga membuatkan Yesung pelik.

"Yong dah putus susu badan. Sekarang dia cuma minum susu formula. Terima kasih ya sebab hantar balik" Ujar Yesung dan mahu tutup pintu tapi Shannon halang.

"Saya taktahu yang dia dah putus susu badan tapi saya nak tanya soalan kalau Kak Yesung tak kisah" Shannon senyum kekok.

"Boleh, kalau akak boleh bantu. Akak akan bantu" Yesung letakkan Yong terlebih dahulu dan keluar dari bilik.

Dia tahu Shannon akan tanya berkaitan hal perempuan.

"Dulu masa dapat tahu mengandung dulu. Akak dengan Taeyong oppa berkahwin dah beberapa bulan?" Shannon menelan air liur beberapa kali.

"Kalau tak silap akak, baru 5 bulan. Ha betul lah tu, akak mengandung masa baru berkahwin 5 bulan" Balas Yesung dan pelik tengok Shannon.

"Takde apa-apa, saya cuma tanya je" Shannon meninggalkan Yesung dan berjalan laju.

Yesung pelik dan masuk bilik semula kerana mahu bermain dengan Yong.

-TBC


[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now