S2 37

382 52 19
                                    

Sedang mereka sedang berborak. Renjun teringat sesuatu dan ambil beg serta keluarkan sesuatu dari beg. Dia bagi kepada mereka bertiga.

"Maaf sebab rahsiakan daripada korang selama ni. Dah lama nak bagitahu tapi takde kesempatan"

Mereka bertiga tengok beberapa keping gambar ultrasound yang diberi Renjun.

"Noona pun..." Jisung pandangnya dan Renjun mengganguk.

"Yes, noona pun mengandung juga dan perhatikan gambar tu dengan teliti"

Mereka semua tengok semua dengan teliti dan terkejut.

"Dua kantung.. Renjun! Kau mengandung kembar ke?! " Mark pukul bahu Chenle kerana terlampau teruja.

"Ya, doktor cakap 70% jantina mereka lelaki. Maaflah sebab masuk 4 bulan baru bagitahu" Renjun menggaru tangan kerana malu.

"Ah takpe, mesti diorang semua kalau tahu mesti gembira senyum sampai telingga ni! Tapi.. Kak Shannon " Jisung dan Mark serta Chenle saling pandangan.

"Noona tahu, Yuta oppa pernah telefon sambil menangis tentang Kak Shannon tu. Dia dah tak tahu macam mana nak pujuk lagi" Renjun pun taktahu macamana nak tolong.

"Nanti adalah rezeki untuk Yuta hyung dengan Kak Shannon nanti. Tapi masa noona masuk tadi, Chenle perasan perut noona dah buncit. Ingatkan melantak tak ingat dunia" Chenle ketawa dan bahunya dipukul oleh Renjun.

"Kau ni, noona melantak pun tetap kurus. Ini sebab bawa dua orang dalam perut" Renjun ketawa sambil letak tangan di mulut.

Jeno dan Haechan keluar dari bilik kerana terdengar bunyi bising dari luar. Jaehyun dan Winwin menyusul keluar dari bilik tak lama kemudian.

Jisung bagi gambar ultrasound kepada Jeno. Pada mulanya dia bingung kerana baru bangun tidur.

Setelah gosok mata, mulut dia melopong dan pandang Renjun serta gambar ultrasound berkali-kali. Haechan terus peluk Renjun kerana terlampau gembira.

"Wah, dah tiga orang mengandung serentak. Lepas ni siapa pula" Jaehyun beri gambar ultrasound kepada untuk Winwin dilihat.

"Ini rasanya nampak macam ada gochung (cili). Kecil je aku nampak, kembar lelaki ke? " Winwin bagi kepada Renjun untuk simpan semula.

"Doktor cakap 70% lelaki sebab tak pasti lagi. Kena tunggu berapa bulan lagi untuk pastikan jantina. Haechan, janganlah menangis. Air liur kau tu mengalir nanti kena baju aku" Renjun cuba tolak Haechan tapi dia masih tak mahu lepas.

"Noona kena jaga kandungan ni baik-baik. Jangan cakap yang bukan-bukan, jangan bunuh haiwan. Jangan buat-- buat apa-apa jelah! " Haechan tarik hingus dan masih lagi peluk Renjun.

"Yelah, dahlah. Noona yang mengandung kau yang lebih-lebi dah kenapa? Tapi kenapa rumah sunyi semacam ni? Renjun tahulah semua kerja tapi macam takde orang je kat rumah" Renjun hanya biarkan badannya dipeluk Haechan.

"Ah, mama dengan mommy keluar beli barang-barang dengan kakak ipar kita. Budak-budak pun ikut sekali, takde masa nak hantar dekat pengasuh. Sebab diorang dah takut tengok berita kat tv tentang penderaan kanak-kanak di tempat penjagaan"

Ujar Haechan yang telah berhenti menangis. Hingus yang keluar telah dicalitkan pada baju Chenle tapi disedari.

"Patutlah kita borak-borak tadi takde nampak muka diorang. Jaehyun oppa dan Winwin oppa dah sihat sikit? " Renjun pandang mereka berdua yang dah duduk di sofa.

Mereka berdua mengganguk dan Renjun menarik nafas lega.

Mark tengok jam di dinding dan pukul tangan Jisung kerana baru teringat tentang wayang.

"Appo hyung! Kenapa? " Jisung tiup tangannya supaya rasa sakit di tangan hilang.

"Kita kan nak pergi tengok wayang nanti. Cepatlah siap, nanti hyung tinggalkan" Mark bangun dari kerusi.

"Jap, wayang? Asal tak cakap awal-awal? Kitaorang pun nak ikut juga" Jeno bangun dari kerusi dan masuk bilik untuk ambil dompet.

"Kita semua nak pergi ni, nak guna duit siapa? Korang ada ke duit nak pergi tengok wayang? " Renjun pandang mereka semua.

Haechan, Jeno, Mark, Jaehyun dan Winwin keluarkan kad bank dari dompet masing-masing.

"Don't worry noona, kami semua ada duit dalam bank. Kami akan belanja noona, cakap je nak apa" Haechan masukkan semula dalam dompet.

"Bestnya adik-adik noona belanja, mesti daddy masukkan duit ni. Babies, pakcik kamu nak belanja tu. Kamu berdua nak apa? " Renjun mengusap-usap perutnya.

"Mestilah babies nak makan! Haha ADUH! Padah ketawa inilah akibatnya" Winwin pegang bahagian lukanya yang belum kering.

"Oh ya, Jaehyun oppa dan Winwin oppa boleh pergi jalan ke? Takpe ke? " Renjun pandang Jaehyun dan Winwin kerana bimbang dengan kesihatan mereka.

"Takde apa lah, boleh jalan walaupun lambat. Luka ni kena sapu ubat je"

Jeno ambil kunci kereta dan berdiri depan mereka.

"Hari ni aku bawa kereta, jangan risau. Aku ada lesen dan boleh memandu dengan berhemah kecuali ada kecemasan" Ujar Jeno dengan bangga sehingga buat mereka meluat.

Mereka semua keluar dari rumah dan kunci rumah serta tekan kata laluan. Orang kaya, sistem keselamatan rumah pun canggih.

Jeno tekan kunci dan masuk dalam van kerana ramai yang ikut. Chenle, Jisung dan Haechan duduk paling belakang.

Jaehyun dan Winwin duduk di tempat duduk yang kedua.

"Sini jom duduk dengan Pakcik Chanchan " Haechan ambil Areum dari Jisung.

Renjun duduk di bahagian depan sebelah kerusi pemandu.

"Dah ready semua? Mari kita bergerak pergi mall! " Jeno tekan gear dan pegang stereng dengan kemas lalu keluar dari perumahan. Pagar tertutup secara automatik.

Orang belakang mula pegang pemegang di atas. Renjun tutup mata kerana tak sanggup tengok Jeno memandu.

"Jeno! Bawa van ni perlahan-lahan. Kau bawa banyak nyawa termasuk dalam perut aku ni! " Renjun pegang tali keselamatan dengan kuat dan tak buka mata langsung.

"Aku bawa perlahan lah ni. Aku sayang orang lain dengan anak buah aku lah! " Jeno pusing stereng dan masuk tempat letak kereta. Dia matikan enjin dan tarik kunci kereta.

Renjun buka tali keselamatan lalu keluar dengan berhati-hati.

Jeno perhatikan sekeliling sebelum melintas jalan. Dia pegang tangan Renjun kerana jalan terlalu lambat.

Chenle dan Haechan bergosip di belakang mereka.

"Orang sekali tengok mesti ingat suami isteri" Chenle membisik dan Haechan yang dukung Areum hanya mengganguk sebab setuju.

Winwin dan Jaehyun menggeleng tengok adik-adik mereka yang membawang tak habis-habis. Mark angkat tangan supaya pemandu yang lain biar mereka melintas dulu.

-TBC

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now