S2 16

427 42 24
                                    

Renjun balik dari hospital dan baring di katil kerana mengantuk.

Setiap malam dia akan selongkar peti ais untuk makan dan pipinya mula tembam sehingga jadi mangsa cubitan Jihoon setiap hari.

Perutnya semakin membesar dari hari ke hari dan pergerakan dia jadi lebih terbatas kerana tidak berapa larat untuk bangun.
Tapi dia akan berusaha untuk bangun untuk buat kerja rumah dan makan serta minum di dapur.

Hari ini dia mahu membeli baju bayi kerana telah tahu jantina. Jihoon tak dapat teman kerana dia ada mesyuarat dan kena tolong Minhyun di pejabat tapi dia dah tinggalkan kad bank berserta kata laluan (password) 

Renjun ikat rambut dan berjalan dengan perlahan dan tunggu grabcar datang ambil.

Dia pilih baju dan masukkan dalam bakul. Bahunya dipukul dari belakang dan Renjun menoleh ke belakang.

"Eh Milan! Jebon dengan Dua pun ada kat sini ? " Renjun peluk rakan-rakannya yang telah lama tak berjumpa.

"Tak sangka boleh jumpa kau kat sini. Perut dah besar pula tu. Berapa bulan? " Ujar Milan setelah berpelukan.

"Dah masuk 9 bulan. Tak lama lagi 'meletup' lah perut ni" Renjun berseloroh dan mereka bertiga ketawa sopan. Dahlah juruwang kat situ dah jeling-jeling dari tadi.

"Mana suami kau? Beli barang seorang diri ke? " Soal Dua sambil bermain dengan rambut.

"Ha'ah, dia kerja hari ni tak dapat temankan aku. Tapi dia bagi duit, tulah aku keluar hari ni" Balas Renjun.

"Kau taknak habiskan duit laki kau ke?" Soal Milan, perangai menghasut dia tak pernah berubah.

"Taknak, dia susah-susah bekerja aku senang-senang habiskan semua duit dia. Aku taknak mewah sangat asalkan aku boleh hidup dengan selesa" Balas Renjun dan sambung pilih baju yang berkenan di hati.

"Sebenarnya kitaorang nak tengok wayang ni. Tayangan dah nak mula. Bye, semoga kau selamat bersalin" Jebon melambai dan Renjun membalas semula lambaian.

Selesai dia pilih baju, dia beli barang-barang yang sepatutnya seperti minyak oren berwarna merah, shampu, bedak, stoking dan lain-lain. Renjun turun ke tingkat bawah dan pesan banyak makanan. Lapar ler, ini kalau orang melayu. Makan banyak mesti ada saka.

Jihoon membuka suis lampu dan buka kipas. Dia buka tali dan lempar ke sebarangan tempat.

"Wan, masuklah" Jihoon bawa seorang kawan untuk temankan dia dalam rumah. Dia tahu Renjun akan lambat balik dan Minhyun telah pergi ke luar negara.

Nama kawan dia, Boo Seungkwan atau nama popular dia Mee Wantan sebab dia suka makan wantan bila masuk waktu rehat.

"Mana isteri kau? " Seungkwan melangkah masuk dan terpegun dengan hiasan dalam rumah.

"Dia keluar, aku tak dapat temankan dia. Biasalah perempuan kan? Kalau keluar mesti lama" Jihoon datang dan tuangkan kopi untuk Seungkwan.
"Terima kasih, aku tengok tv kau tahu? " Seungkwan pegang alat kawalan jauh dan Jihoon hanya mengganguk. Dia mahu mandi kerana badan rasa melekit.

Renjun menjinjing beberapa plastik dan buka pagar rumah.

Jihoon keluar dari bilik air dan dia tidak butang baju sehingga habis. Astagaaa.

"Aku dah nak keluar, lainkali ajak teman kalau bini keluar lama" Seungkwan tepuk tangan dengan Jihoon.

"Hahahanat, aku akan ajak" Jihoon berpelukan dengannya dan entah macamana, tiba-tiba Seungkwan tergelincir dan Jihoon tindih badannya.

MASA NI LAH KAU NAK JATUH WANTAN!

Renjun buka pintu, barang yang dipegangnya jatuh.

"Ssa-sayang, abang boleh jelaskan semua ni. Semuanya tak macam yang sayang fikirkan" Jihoon bangun dan Seungkwan masih lagi di kedudukan yang sama.

Renjun beredar dengan airmata bercucuran. Barang yang dibeli tadi dibiarkan cuma dompet saja yang dibawa. Dia tahan teksi dan masuk meninggalkan pekarangan rumah.

Jihoon berlari sambil butang baju tapi sayangnya Renjun telah pergi lebih jauh. Dia masuk kedalam dan letak barang-barang Renjun beli dan ambil kunci kereta serta hantar Seungkwan balik ke rumah.

Hujan turun dengan lebat dan bunyi kilat asyik kedengaran.
Taeyong membuka pintu kerana loceng ditekan berkali-berkali dan Renjun berdiri dengan baju basah kuyup.

"Renjun, kenapa basah kuyup ni? MARK! AMBIL TUALA! " Taeyong bawa masuk dalam dan Renjun mengigil kerana kesejukan.

Setelah mandi dan pakai baju, nasib baiklah ada lagi baju didalam bilik lama dia. Renjun duduk di ruang tamu dan membuka cerita. Minyoo beri coklat panas untuk Renjun minum.

"Dia tengah tindih lelaki lain, butang baju dia terbuka. Renjun tak sangka yang dia main kayu tiga, eh bukan tiga tapi sepuluh terus. " Renjun menghirup sedikit demi sedikit.

"Mana jantan tak guna tu? Biar aku belasah dia sampai lunyai" Jeno mengepal penumbuk kerana terlalu geram.

"Aku tak tahu mana dia sekarang, aku taknak semua jumpa dia" Renjun pegang perutnya kerana rasa sakit.

"Eh, ada siapa-siapa tumpahkan air ke? " Soal Mark.

Renjun cengkam bantal kerana dia rasa dia akan bersalin pada malam itu juga.

"Ini bukan air tumpah, ini.. air ketuban" Ujar Sooman dan semuanya kelam-kabut kerana Renjun akan bersalin.

"Tenang noona, tarik nafas tinggi-tinggi" Haechan cuba menenangkan.

"Aku tak dapat tahan rasa sakit kontrasi " Renjun menangis dan Jeno pegang tangannya supaya bertenang.

-TBC

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now