Pt. 33

515 63 49
                                    


Ten mengipas badan dengan kipas cina kerana bekalan eletrik dalam gereja terputus.

"Bila majlis nak mula ni?! " Doyoung tarik tangan Donghyeon kerana dia asyik nak merayau-rayau

. Manakala Yeri memangku Doyeon.

"Sabar dulu, elektrik pun takde lagi ni." Yuta mengipaskan badan dengan surat khabar.

Renjun membetulkan mekap yang cair dan angkat kain yang terlalu kembang sehingga menyusahkan orang lain.

Lampu dah menyala semula dan kipas berpusing dengan laju.

Majlis segera dimulakan. Piano dimainkan dan ketiga-tiga pengantin perempuan berjalan dari pintu utama.

Minyoo menghembus hingus pada tisu. Dia tak sangka akan dapat menantu lagi.

"Adakah kamu semua bersedia untuk kahwin?"

Keenam-enamnya menggangguk.

"Kita mulakan dengan yang paling tua dahulu. Lee Taeil, adakah kamu sudi menerima Im Junghee sebagai isteri kamu? "

"Yes" Balas pengantin lelaki.

"Im Junghee, adakah kamu menerima Lee Taeil sebagai suami kamu dan tidak akan meninggalkan dia? "

"Yes, I will" Balas pengantin perempuan pula.

"Kamu berdua sudah menjadi suami isteri yang sah. Sila sarungkan cincin ke jari pengantin perempuan dan cium" Ujar paderi. Sooman menghulurkan kotak cincin kepada Taeil.

Taeil menyarungkan cincin ke tangan Junghee. Penutup muka dibuka dan Taeil perlahan-lahan mendekati mukanya. *CENSOR*

Doyoung dan Yeri tutup mata anak-anak mereka.

Johnny dan Taeyong menjadi lebih gemuruh kerana selepas ini giliran mereka pula.

"Kita teruskan dengan.. Lee Youngho? "

"Yes"

"Adakah kamu sudi menerima Choi Haera sebagai isteri kamu? "

"Yes"

Paderi beralih ke Haera pula dan bertanyakan soalan yang sama.

"Yes. " Haera mengganguk.

Doyoung dan Yeri tutup mata anak-anak mereka untuk kali kedua dan yang akan datang.

"Donghyeon nak tengok pakcik" Dia cuba mengalihkan tangan ayahnya tapi tidak berjaya. Yeri memberi isyarat supaya bagi dia bagi tengok. Jika ada lagi 'babak' itu baru dia tutup lagi.

Kaki Taeyong menggeletar dengan hebat. Taeil pegang bahunya supaya bertenang.

"Yang terakhir.. Lee Taehi? Lee Tora?.. Atau Lee Tahi? "

"Lee Taeyong"

"Lee Taeyong, adakah kamu terima Kim Yesung sebagai isteri kamu? "

Jeno cuba menahan ketawa sebab nama bakal kakak ipar dia hampir sama dengan nama penyanyi abang idola dia.

Tapi dia tak dapat tahan ketawa. Johnny menjeling dari jauh. Cukuplah cuma Doyoung seorang yang jadi mangsa kasut terbang dia. Janganlah ada lagi yang jadi mangsa.

"Senyap lah, hormat lah majlis ni" Minyoo mencubit tangannya. Saera pun tambah lagi banyak.

"Kita sambung balik yang tertangguh tadi. Lee Taeyong, adakah kamu terima Kim Yesung sebagai isteri kamu? "

"Ya"

"Uhuk-uhuk, Kim Yesung. Adakah kamu menerima Lee Tahi eh-- Lee Taeyong sebagai suami kamu? " Paderi tersalah sebut nama dan buat satu gereja ketawa. Taeil dan Johnny berdoa dalam hati supaya cepat habis. Mereka tak tahan nak berdiri lagi.

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now