Pt. 29

479 60 20
                                    

"Banyaknya baju yang sayang beli. Penuh satu troli ni hah" Ujar Doyoung sambil membawa troli.

Yeri yang kini telah pun sarat masih lagi melihat-lihat baju.

"Abang, baju ni cantik kan? "

"Ya, awak pilih je yang mana awak nak lepastu kita bayar kat kaunter nanti" Doyoung tutup mulut kerana menguap.

"Minyak yuyee dah beli belum? Stoking lagi, ha! buaian dengan bengkung baby! " Yeri tolak troli ke tempat lain dan Doyoung hanya mampu pasrah.

"Ya tuhanku. Berikan lah hamba kekuatan untuk menghadapi semua ini. Nasib lah dia mengandung, aku pun sayang dekat dia" Doyoung mengikuti Yeri pergi kemana-mana.

Doyoung tengok telefon sekejap dan tak sedar Yeri telah melencong ke tempat lain.

Tiba-tiba badannya dipeluk dari belakang.

"Sayang nak apa--"

"Baby I miss you so much " Perempuan itu masih lagi peluknya. Doyoung dengan serta-merta tolak dia.

"Kau pahal peluk aku? Kita bukan mahram! Aku dah kahwin! " Doyoung merasa seperti dicabul--ehem, lelaki pun ada gangguan seksual. Bukan perempuan je yang kena.

"Kenapa kita tak getback macam dulu? " Betina tu-- eih dia alihkan rambut ke belakang.

"Kau dahlah tinggalkan aku sebab lelaki tu tinggi empat inci dari aku! Kau pun tinggalkan aku semata-mata untuk mamat yang sewa baju gucci prada balenciaga tu semua . Padahal bapa aku tu boleh je belikan! Lebih dari mampu tapi kitaorang beli je baju kat bundle uptown semua tu! " Doyoung lap tangan dengan tisu basah yang diambil dalam beg Yeri yang dipegang. Takut bakteria jahat perempuan tu membiak kat badan -_-||

"Tinggalkan dia!--- PANG!!"
Perempuan itu jatuh tersembam.

"JAUHKAN DIRI KAU DARI SUAMI AKU!! " Yeri tengok semua yang berlaku dan tangannya rasa gatal nak menampar orang.

"Padan muka kau Ah Buja! " Doyoung gelak jahat. Buja pegang wajahnya yang bengkak kerana ditampar dengan kuat.

"Lah, nama betina ni Ah Buja? Patutlah perangai selekeh semacam nak rampas suami orang. Woi! Langkah mayat aku dulu kalau nak rampas dia. Balik rumah kau tanam jagung lah! Perangai kau sebijik dengan Georgia dan Husna yang suka merampas hak orang! " Yeri menengkingnya di hadapan orang ramai. Ada yang rakam dan tularkan di media sosial.

Well, biasalah orang suka tolong, tolong tengok.

"I jumpa dia dulu sebelum You kahwin dengan dia! You lah perampas yang sebenar! " Buja pertahankan diri sendiri.

"Kau nampak perut aku yang boyot ni? Untuk pengetahuan kau, tak lama lagi zuriat kitaorang akan lama lahir. So better angkat kaki dan cari lelaki lain yang boleh kau kikis duit dia. Kau kan perempuan materialistik, spesies haiwan yang jarang ditemui" Yeri lantang berkata sebab terlalu geram, dia tahu mengandung sepatutnya kawal mulut dari cakap kasar. Tapi dia teramat geram dengan haiw--manusia didepan dia.

"Don't believe her! Dia tak mengandungkan anak you! Dia mesti ada buat dengan mana-mana lelaki! "

PANGGG!!

"Aku boleh terima orang hina aku, maki aku tapi aku tak boleh terima ORANG HINA DAN FITNAH ISTERI AKU! JANGAN JUMPA AKU LAGI KALAU TIDAK! BERSIAP SEDIA LAH CHECK-IN PENJARA! "

"Dongyoung! I need you!  I need you! "

"NAESONEUL JABWA!!  MODEUN GUYREO! CAN'T LIVE WITHOUT YOU~~~~!"

"SHUT UP!!"

Seseorang dalam kedai sambung lirik dan dimarahi. Dia keluar dari kedai dengan perasaan sedih.

"Dimana kita? Oh yeah, jangan jumpa aku lagi kalau tidak, jangan lupa siap-siapkan beg nak pergi ke 'hotel' " Doyoung tarik tangan Yeri suruh berdiri dibelakang dia.

Dua polis datang setelah dihubungi orang awam untuk meleraikan pergaduhan. Lama betul nak sampai, mesti ada traffic jam ni.

"Cik, kami terpaksa menahan cik kerana buat kekecohan di tempat awam dan cubaan mahu mencederakan" Seorang polis perempuan menggari tangannya.
"Eih. Apa ni? I tak cuba cederakan dia lah! Dia rampas milik I! You all tangkap dia lah! Tu yang mengandung anak harem tu!! " Buja sempat lagi memaki hamun walaupun ditarik masuk kereta polis.

"Puan tidak apa-apa? Dia ada cederakan puan? Maafkan kami sempat lambat sampai" Seorang lagi polis wanita menunduk maaf.

"Takpe, saya pun takde apa-apa. Terima sebab bertanya" Yeri mengusap dada kerana terlalu cemas.

"Berdasarkan maklumat yang kami dapat. Dia adalah pesakit hospital gila yang terlepas ketika menerima rawatan"

"Dia-dia apa? Pesakit mental? " Doyoung terkejut dengan cakap pengawai polis.

"Kami difahamkan teman lelaki dia tinggalkan dia. Dan dia pun menjadi terlalu tertekan"

"WHAT? SAYA PUN BEKAS TEMAN LELAKI DIA! BERAPA KAKI--EIH LAKI DIA TAKEN NI!"

"Kami tidak tahu, kami meminta diri dahulu" Dia menundukkan kepala dan mereka berdua juga melakukannya.

"Kita lupakan kejadian tu dan mari bayar barang ni" Doyoung menolak troli menuju kaunter pembayaran.

"Dah, takde orang bergaduh lagi" Yeri menyuruh semua orang pergi dan semuanya bersurai(?)

++++

"Cucu-cucu atok, lamanya pergi shopping dengan eomma appa." Sooman letakkan suratkhabar di tepi. Doyoung dan Yeri letakkan beg plastik di bawah dan kedua-duanya menarik nafas.

"What happen? " Soal Sooman.

"Tadi masa shopping. Ex Doyoung minta getback padahal dah bagi tahu yang Doyoung dah lama lupakan dia. Dia maki Yeri dan cakap babies ni bukan darah daging Doyoung. Kemudian polis datang dan tangkap dia, baru tahu yang dia ada masalah mental. Dia terlepas dari hospital sakit jiwa. Nasib baiklah takde perkara buruk terjadi" Doyoung menceritakan semua dengan laju.

"Ish. Bahayanya orang gila terlepas. Nasib baik cucu-cucu daddy tak apa-apa. "

"Kitaorang nak masuk bilik kejap. Nanti baru hias bilik bayi" Doyoung mengangkat barang-barang masuk dalam bilik.

-TBC


















[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now