S2 42

386 48 11
                                    

Jeno ketuk pintu bilik Sooman dengan Haechan masih di belakang badannya. Sooman buka dan terkejut kerana muka Haechan pucat dan kakinya diikat dengan tuala untuk sementara waktu.

Sooman segera capai kunci kereta dan mereka bertiga pergi ke hospital pada malam itu juga.

Jeno letakkan Haechan di kerusi roda dan dia dibawa ke bilik kecemasan untuk rawatan selanjutnya.

Jeno duduk di kerusi yang disediakan manakala Sooman asyik mundar-mandir kerana risaukan Haechan.

Doktor keluar dari bilik dengan keputusan x-ray yang telah keluar dan jelaskan kepada mereka berdua.

"Kaki dia patah kepada dua bahagian, di fibia serta fibula. Dia kena jalani pembedahan untuk pasang besi pada kakinya. Kami perlukan keizinan encik untuk jalankan pembedahan pada dia" Ujar doktor dan Sooman hampir terkena serangan jantung.

"Berapa masa untuk dia pulih kalau pasang besi pada kakinya? " Soal Jeno sambil tenangkan Sooman.

"Sekurang-kurangnya setahun atau lebih. Dan dia kena jalani pemeriksaan untuk tengok keadaan pula"

Jeno hanya mengganguk faham dan Sooman tandatangan borang kebenaran. Haechan dibawa keluar dari bilik menuju ke bilik pembedahan.

Jeno dan Sooman mengusung katilnya sekali. Haechan bingung dan cuba bangun tetapi tidak boleh kerana badannya sakit akibat jatuh tergelincir.

"Daddy, Jeno. Kenapa Haechan kena usung ni, Haechan pakai baju pembedahan kan? Diorang nak buat apa dengan kaki Haechan! " Haechan lihat kaki kanan yang telah dipasang penyokong dan mula menangis kerana ketakutan.

"Doktor nak pasang besi dekat kaki kamu sebab patah dua. Nanti kamu tak boleh berdiri dalam masa jangka yang agak panjang" Balas Sooman.

"A-apa?! " Mata Haechan terbeliak dengan besar dan mereka mula masuk bilik pembedahan. Jeno dan Sooman tunggu di luar dan duduk di tempat yang disediakan.

Jeno letakkan kepala pada bahu Sooman dan tutup mata kerana dia tahu pembedahan akan lambat habis.

"Kaki saya sakit sangat-sangat! Mama, kaki Hyuck patah! "

Didalam bilik bedah, Haechan meronta-ronta kerana tidak dapat menahan rasa sakit sehingga menangis dan jerit dengan kuat.

"Makin adik meronta dengan meraung tu. Makin sakit kaki adik tu, adik kena tenangkan diri baru lah kurang sakit tu" Seorang jururawat perempuan mengusap rambut Haechan supaya bertenang.

"Ss-sesakit sangat. DADDY!!" Haechan meronta sekali lagi.

"Adik kena bertenang, kamu berdua pegang tangan dia jangan bagi bergerak! " Arah doktor yang sedang pegang picagari.

Dua jururawat lelaki pegang tangannya dan doktor pakaikan topeng ringkas dan suntik ubat bius pada tangan.

Ambil masa sedikit untuk Haechan menutup mata. Mereka memulakan pembedahan setelah dipastikan dia betul-betul tidak sedarkan diri.

Scapel diberikan kepada doktor dan mula membelah kulit sedikit demi sedikit. Topeng ringkas dibuka lalu dipasang tiub ventilator. Bunyi mesin nadi memenuhi ruangan bedah dan bunyi nafas yang tidak teratur.

Jeno terbangun kerana termimpikan sesuatu yang ngeri. Haechan tak dapat berkahwin, dia pandang Sooman disebelah yang telah tidur juga.

Jeno pakai selipar yang dibuka tadi dan berjalan cari tandas kerana mahu 'lepaskan hajat'

Doktor selesai menjahit luka yang terbuka dan segala wayar yang diletakkan pada badannya dicabut kerana telah selesai.

Tiub ventilator yang berada di mulut dibuka dan badannya diangkat kerana dialihkan ke katil lain pula. Jururawat selimutkan badannya dan kaki yang telah dibedah diletakkan bantal supaya tinggi sedikit.

Jeno keluar dari tandas dan kejutkan Sooman dari tidur kerana Haechan telah diusung keluar dari bilik bedah.

"Misi, bila Donghyuck akan bangun? " Soal Sooman kepada salah seorang yang menolak katil Haechan.

"Saya tidak tahu tapi rasanya esok dia akan sedar semula sebab orang takkan pengsan lama lepas pembedahan " Balas jururawat disebalik topeng muka yang dipakai.

Sooman hanya mengganguk dan masuk bilik yang menempatkan Haechan. Jururawat membetulkan tiang IV bag dan periksa kesihatan Haechan sebelum keluar dari bilik dan meninggalkan Jeno serta Sooman.

"Aku minta maaf sebab mulut celupar suruh kau tergelincir tadi. Aku tak sangka yang kau akan terkena sampai kena bedah terus. Aku minta maaf sangat-sangat" Jeno cuba menahan airmata daripada dari tumpah tetapi tidak boleh. Tangan Haechan dipegang dan digenggam dengan erat.

"Mungkin itu cuma kebetulan, ini bukan salah Jeno atau siapa-siapa pun. Dah memang nasib dia tak baik kali ni" Sooman pegang bahunya suruh bertenang.

"Jeno rasa bersalah bila bergurau dengan dia macam tu. Jeno memang tak sangka semua ni akan berlaku"

Sooman hanya mendiamkan diri melihat Jeno yang berasa amat rasa bersalah.

"Daddy nak beli makanan untuk kita berdua dan untuk Haechan juga kalau dia dah sedar nanti. Jangan lupa bagitahu orang rumah yang Haechan kena tahan kat hospital. " Sooman tepuk bahunya dan keluar dari bilik.

Jeno tatap muka Haechan yang masih lagi belum sedarkan diri. Besi penghadang di katil diturunkan dan Jeno letakkan kepala sebelah Haechan.

++++

Haechan perlahan-lahan membuka mata. Mata digosok dengan perlahan sehingga penglihatan mula jelas semula.

Haechan terpandang kaki kanan yang telah dipasang besi. Dia kejutkan Jeno yang tertidur semasa jaganya.

"Jeno.. Lee Jeno" Haechan mengoyangkan bahunya dengan perlahan dan serta-merta Jeno terbangun dari tidur, dia segera tutup mulut kerana menguap dan meregangkan badan sekejap.
"Haechan, kau nak apa-apa ke? " Jeno gosok mata sekali lagi dan bersihkan tahi mata dengan tisu.

Haechan tidak membalas sebaliknya dia lihat infus yang bersambung di tangan kanan.

"Mana daddy... Sebelum masuk bilik bedah tadi, aku nampak dia tolak katil aku" Haechan cuba bangun tetapi tidak berjaya. Jeno menyuruh untuk baring saja ekoran dia baru sedar.

"Daddy lepak kat kantin sekejap, dia tadi bawakan makanan untuk aku sebelum turun lagi. Kau nak apa-apa tak? Bersihkan badan dengan kain basah ke apa" Jeno mengalihkan rambut depan Haechan kerana halang pandangannya.

"Jeno, aku minta maaf sebab tak jadi kahwin dengan kau. Aku dah rosakkan segalanya. Aku minta maaf sangat, tinggal berapa minggu lagi je ni" Haechan menangis lalu genggam tangan abang kembarnya.

"Kau boleh pakai kerusi roda masa majlis nanti. Kesian Hyejin kalau kau batalkan macam tu, mana dia nak letak muka dekat saudara-mara dia? " Jeno mengusap rambutnya supaya bertenang dan tidak takut.

Haechan hanya mengganguk dan berborak dengan Jeno sambil menunggu Sooman balik dari kantin.

-TBC

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now