S2 43

343 45 28
                                    

Haechan cuba mencapai cawan berisi air di meja sebelah belah kiri tapi tidak boleh kerana dia tidak dapat berganjak walaupun sedikit kerana kaki kanannya sakit.

Dia tidak putus asa, dia cuba capai lagi dan hampir berjaya tetapi sayangnya cawan itu ke lantai.

"AKH! " Haechan tidak sengaja tergerakan kaki kanan semasa cuba ambil air. Dia pegang cadar katil sebagai pelampias rasa sakit.

"JENO! JENO! " Haechan pegang cadar dengan lebih kuat kerana rasa amat sakit di kaki.

"Haechan dekat dalam bilik, tak tahulah dia buat apa kat dalam tu. Huh? Maaflah sebab tak bagitahu tadi malam, kitaorang kelam-kabut masa itu nak hantar Haechan. Okay bye. Muah! " Jeno tamatkan panggilan selepas selesai telefon Saera di tempat lain supaya tak menganggu Haechan berehat.

"Jeno.. " Haechan hilang suara selepas menjerit banyak kali. Jeno masuk bilik semula dan terus meluru ke katil Haechan.

"Eh, kenapa dengan kau?! Kaki kau sakit sangat ke, nak aku panggilkan doktor? " Jeno bimbang dan Haechan menggeleng kepala. Dia pandang lantai yang basah dan Jeno baru faham yang dia cuma nak minum air.

"Aku nak minum air, kemudian cawan tu terjatuh masa aku cuba ambil. Aku bergerak dan kaki yang kena pasang besi ni sakit sangat. Sekarang dah kurang sakitnya tapi aku nak minum air. Tekak aku kering" Suara Haechan berubah serak dan Jeno buka laci meja ambil botol mineral bersaiz besar di dalam.

Jeno bukakan penutup botol dan suapkan Haechan supaya tidak kena baju yang dipakainya.

"Laju kau teguk, mesti haus sangat ni" Ujar Jeno dan Haechan terus minum seperti bayi kecil yang disusukan oleh ibu.

Jeno alihkan botol air dari mulut Haechan dan ambil tisu lap sekitar bibirnya.

"Jeno, aku lapar, aku nak makan. Nurse tak masuk bagi makanan lagi" Haechan mengosok perut yang asyik berbunyi kerana belum diisi.

Jeno mengetap gigi dan baru teringat roti yang dibelikan Sooman di kantin hospital.

"Kau nak makan roti tak? " Soal Jeno, mata Haechan bersinar-sinar seakan anak anjing dan mengganguk kepala.

Jeno membuka laci sekali lagi dan ambil sebungkus roti sandwich ikan tuna.

Haechan tepuk tangan seperti anjing laut dan buka mulut minta disuapkan. Jeno menggeleng kepala tengok Haechan, walaupun sakit tapi tetap kacak-- tiber.

"Nom nom nom nom dapnye " Jeno membuat suara sambil koyakkan roti kepada bahagian kecil supaya Haechan senang makan.

"Aku nak sentiasa sakit lah lepas ni. Ada orang jaga, ada orang prihatin. Masa sihat macam tak wujud je" Haechan makan dengan gembira dan tak sengaja tergigit jari Jeno semasa suap dia makan.

"Orang sakit kita kena raikan" Jeno gerakkan tangan bagi hilangkan rasa sakit. Gigi Haechan tajam bukan main.

"Orang sakit kena raikan? Kalau aku mati? Kau nak buat perayaan untuk aku ke? " Haechan menjeling Jeno, Jeno hanya ketawa terkekeh-kekeh.

Seseorang ketuk pintu dari luar dan membuatkan Haechan berhenti makan. Sooman menjengahkan kepala sedikit dan tersenyum melihat Haechan yang terkejut.

Sooman masuk dan tutup pintu dengan perlahan. Dia duduk di kerusi satu lagi, Sooman mengusap pipi Haechan dengan perlahan dan matanya merah cuba menahan sebak.

"Kenapa mata daddy merah? Daddy sedih ke yang Haechan terlantar kat sini sekarang ni?" Haechan menundukkan kepala melihat Sooman cuba sedaya upaya menahan airmata dari tumpah.

"Takde apalah, mata daddy masuk habuk tadi. Jangan risaulah, oh ya. Daddy kena pergi pejabat sekarang, kalau ada apa-apa, cakap dengan Jeno sebab dia yang jaga Hyuck " Sooman bangun dari kerusi lantas mencium dahi Haechan dengan lama.

Haechan lambai tangan dengan perlahan, Sooman membuka pintu dan pandang Haechan yang masih melambai dari katil dengan Jeno.

Sooman pergi ke katilnya semula dan gosokkan hidung Haechan, Haechan juga gosokkan hidung sebelum peluk Sooman.

"Daddy jaga diri baik-baik tahu? Jangan risau tentang Hyuck, Jeno ada kat sini jaga" Haechan peluk Sooman dengan erat seperti tidak mahu lepaskan.

"Daddy pergi dulu tahu?  " Sooman menepuk belakang badan Haechan dan buka pintu.

Jeno dan Haechan melambai-lambai sehinggalah Sooman hilang dari pandangan mereka.

Haechan senyum dan pandang roti yang dipegang Jeno.

"Suap aku balik" Haechan mencebik dan Jeno dengan menyampah suap semula.

"Sebenarnya kan, daddy ada belikan 3 roti dengan telur dadar. Tapi aku tahu yang kau tak boleh makan nanti luka kaki bernanah" Ujar Jeno tapi Haechan hanya menghiraukan lalu mengulingkan mata kerana nikmat makan. Gila budak ni.

Saera dan Minyoo berlari sekitar koridor hospital cari kaunter pertanyaan. Johnny berhenti mengejar mereka kerana mereka terlalu laju.

"Mama! Mommy! Berhentilah, Youngho dah penat kejar" Johnny menepuk dada kerana sesak nafas. Namun mereka berdua hanya menghirau Johnny yang semput di belakang.

"Nurse, saya nak tanya. Pesakit bernama Lee Donghyuck diletakkan kat mana? " Ujar Minyoo dan jururawat di kaunter segera menyemak nama di komputer.

"Lee Donghyuck ada ramai, yang mana satu yang Puan maksudkan?" Soal jururawat itu dan mereka saling berpandangan.

"Remaja lelaki, dia dimasukkan tadi malam kerana kaki patah dan dia jalani pembedahan kerana terpaksa pasang besi di kaki. Dan ayah dia bernama Lee Sooman " Balas Saera lalu gerakkan jari di meja perlahan.

Jururawat itu mengganguk faham dan segera semak nama semula.

"Lee Donghyuck ditempatkan di tingkat 4 dan bilik dia bernombor 200. "

Mereka berdua menarik nafas kerana lega.

"Terima kasih cik" Saera dan Minyoo menunduk sebagai tanda terima kasih.

Minyoo tarik tangan Johnny yang baru labuhkan punggung di kerusi. Johnny terpaksa pasrah mengikut ibu-ibu dia yang tak kenal erti penat.

"DONGHYUCK ANAKKU! " Saera buka pintu bilik dan segera peluk Haechan yang baru selesai makan.

Johnny masuk dan kaku melihat besi yang dipasang di kaki kanan Haechan.

"Macamana boleh patah kaki ni? Bengkak teruk kaki tu" Minyoo mengusap rambut Haechan.

"Haechan masuk bilik nak mandi tapi tergelincir. Ada sabun buku jatuh dari singki dan Haechan terpijak, Haechan ingat cuma seliuh biasa tapi tengoklah sekarang. " Ujar Haechan dan mereka mengganguk faham.

"Sekarang macamana? "

Mereka semua pandang Johnny yang bersuara.

"Macam mana apa? Apa maksud kamu Youngho? " Soal Minyoo.

"Majlis, takkan kita nak batalkan? Tinggal beberapa minggu je ni" Johnny duduk di sofa dan Haechan cuma senyum.
"Haechan boleh pakai kerusi roda. Takkan nak batalkan?  Pihak kita dengan pihak perempuan dah capai kata sepakat" Ujar Jeno bagi pihak Haechan.

"Sekarang jangan susah hati. Kita buat macam takde apa yang berlaku" Kata Minyoo.

-TBC

1003 PERKATAAN.

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now