S2 26

417 50 6
                                    

Winwin dan Jaehyun diletakkan dalam bilik yang sama atas permintaan Sooman dan Saera.

Saera masuk kedalam bilik yang menempatkan mereka berdua setelah diberi keizinan oleh doktor.

Jaehyun dan Winwin masih lagi belum sedar sejak keluar dari bilik bedah. Saera berdiri dan pegang tangan mereka.

Dia sedih melihat anak-anaknya sekarang terlantar di hospital dan masih belum sedarkan diri.

Winwin dipakaikan tiub ventilator manakala Jaehyun pula nasal cannula. Hati Saera sedih melihat wayar yang selirat di badan masing-masing dan bunyi mesin nadi yang memenuhi bilik.

"Sayang, bangunlah jangan asyik tidur. Mama datang ni nak, daddy cakap nak bawa pergi jalan-jalan dekat luar negara kalau kamu berdua dah sembuh"  Saera meletakkan tangan Jaehyun dipipinya.

Dia menangis dan dia berharap semoga sakit yang dirasakan mereka berdua boleh beralih. Kalau boleh dia mahu menanggung tapi apakan daya.

Rambut yang menutup muka mereka dialihkan. Saera berborak dengan mereka walaupun tiada balasan yang diterima.

Dia tahu yang mereka berdua boleh dengar walaupun dalam keadaan tidak sedar.

Sooman masuk dan menyuruh Saera balik tetapi dia menggeleng kepala tidak mahu kerana berat hati tinggalkan Jaehyun serta Winwin tanpa pengawasan.

"Awak kena balik, mandi bersihkan diri. Makan elok-elok sampai kenyang. Diri awak dah tak terurus sejak mereka masuk hospital" Sooman cuba memujuk tetapi Saera menggeleng dan pegang tangan mereka dengan lebih erat.

"Saya tak mahu tinggalkan mereka, saya yang mengandungkan mereka selama 9 bulan. Saya sakit bila melihat mereka sakit dan terlantar macam ni" Saera menarik hingus supaya tidak keluar.

"Tapi awak tak boleh macam ni, mereka akan sedih bila tengok awak tak terurus macam ni. Doktor cakap yang mereka juga boleh dengar cakap bukan? Walaupun mereka dalam keadaan belum sedar" Sooman menepuk bahu Saera kerana dia tidak mahu berganjak.

"Kalau saya pergi, siapa yang nak jaga mereka nanti?" Saera tetap dengan pendiriannya.

"Doktor dengan jururawat ada untuk jaga mereka. Anak-anak kita yang lain pun boleh ganti awak"

Saera bangun dan mengikut Sooman untuk balik. Dia membuka pintu dan menoleh ke arah dua katil di belakang.

"Mama dengan daddy nak balik. Yoon Oh dan Sucheong jaga diri baik-baik"

++++

Saera keluar dari bilik air kerana baru habis mandi dan duduk di ruang tamu dengan tuala masih di atas kepala. Ten suapkan bubur ke mulutnya kerana dia tidak ada selera makan.

Walaupun cuma ibu tiri, tapi Saera juga adalah ibunya.

"Mama dah kurus sebab dah berapa hari tak jaga makan. Makan lagi ya? Ten suapkan " Ten ambil tisu dan lap mulut Saera yang comot.

"Mama nak air jarang tu"

Ten ambil dan suapkan dengan berhati-hati. Minyoo tersenyum melihat Ten suap madunya.

Minyoo duduk disebelah Saera dan peluknya.

"Kak harap Saera kuat dengan ujian ni, mereka berdua pun anak akak juga. Akak harap Saera kuat demi mereka berdua"
Minyoo faham dengan perasaan Saera, mereka berdua juga ibu.

"Saya taktahu kenapa Winwin yang kena. Mungkin sebab dosa yang saya buat masa muda dulu" Saera lap mulut yang basah sebab air.

"Kenapa Saera cakap macamtu? Kamu kena tabah dan kuatkan diri, mungkin dia dapat penyakit tu dari belah Sooman. Dia pun tak sangka salah seorang anak dia akan terkena" Minyoo menenangkan dan Saera letakkan kepala di bahu Minyoo.

"Saya tak salahkan Sooman, ini ujian terhadap saya"

++++

Doyeon termenung memandang dinding kosong. Dia pandang buku sekolahnya dan pensil dicapai.

Dia selesaikan kerja sekolah bahasa mandarin dan english dengan airmata bercucuran. Winwin dan Jaehyun selalu tolong dia jika ada masalah tapi sekarang mereka berdua di hospital.

Doyoung masuk bilik anak daranya dan duduk di katil.

"Kenapa anak appa menangis? Abang ada buat adik menangis ke? " Doyoung dukung dan letakkan dia di peha.

Doyeon menggeleng dan Doyoung melihat buku bahasa mandarin dan english di meja. Dia baru faham kenapa Doyeon menangis.

"Adik rindu pakcik.. " Doyeon benamkan kepala di ketiak ayahnya.

"Appa faham, appa faham"
Doyoung tepuk belakang badannya.

"Bila diorang nak balik? Doyeon rindukan diorang berdua. Eomma tak bagi pergi hospital sebab takut terkena jangkitan dekat sana"

"Appa pun tak tahu sebab diorang pun belum sedar. Tapi diorang akan balik "

Doyeon menarik hingus dan peluk Doyoung dengan erat.

-TBC

takde mood nak menaip, sebab tu cuma pendek je. Tak macam dulu.

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now