S2 54

402 51 33
                                    

Yuta telah dibenarkan keluar dari hospital tapi Alessia masih belum dibenarkan dia masih dalam pemerhatian dan perlu penjagaan rapi.

Setiap hari, Yuta akan datang ke hospital untuk melawat anak perempuannya selepas habis kerja.

"Tengok apa yang Makcik Renjun bagi, sepasang baju dengan stoking kaki warna merah jambu!" Yuta tengok set kotak yang diterima tadi. Orang banyak tengok tapi dia tidak peduli dan berborak dengan Alessia.

Alessia bergerak bila namanya dipanggil. Yuta senyum melihat dia makin sihat dan berat badan Yuta makin naik kerana selera makan telah datang.

"Anak papa tengah berlatih nak  menari ke tu? " Soal Yuta kerana Alessia banyak bergerak sedangkan bayi pramatang seperti dia tidak banyak bergerak.

Merasakan terlalu lama, Yuta keluar dari hospital kerana perlu balik.

Setelah lama ditahan, akhirnya Alessia keluar dari hospital kerana semakin sihat. Doktor berikan kepada Yuta untuk didukung tetapi dia menolak kerana takut.

"Dia kan anak kamu, kenapa tak mahu pegang dia? " Tanya Sooman dan Yuta menggeleng kepala kerana takut.

"Badan dia kecil, takut akan sakitkan dia bila Yuta pegang" Balasnya dan buat mereka tepuk dahi.

"Doktor, bagi dia kepada saya. Biar saya dukung cucu saya" Ujar Minyoo lalu mendukung Alessia dengan penuh berhati-hati.

Yuta pegang mukanya tapi tidak berani untuk angkat. Minyoo dan Sooman faham yang Yuta masih lagi takut dan trauma dengan apa yang berlaku.

"Oh oh, dia menguap" Minyoo letakkan tangan di mulutnya. Sooman ambil pula dan mencium dahinya.

"Cantiknya cucu anak atok ni. Yuta, dukunglah dia" Ujar Sooman dan Yuta tetap menggeleng kepala tidak mahu.

Mereka sampai di rumah dan pintu dibuka. Penghuni rumah keluar dari bilik masing-masing kerana telah lama menunggu.

"Alessia Lee Yoonra! " Taeyong datang dengan Yesung yang dukung Taehyeong manakala Yong dibiarkan jalan sendiri kerana dia yang tak mahu dipegang tangan.

"Apalah Yuta ni, tak berani dukung anak sendiri" Ujar Sooman lalu pandang Yuta yang berada di sebelah.

"Tak berani, takut" Balas Yuta dengan perlahan.

"Apa yang takut sangat? See, aku boleh je dukung" Ujar Taeyong yang mengambil Alessia dari tangan Minyoo.

"Letakkan Alessia kat dalam bilik. Nanti mommy datang tolong apa yang patut" Ujar Minyoo dan Taeyong mengganguk faham.

Yuta masuk bilik dan letakkan beg berisi barang keperluan Alessia. Taeyong letakkan Alessia di tilam kecil yang telah dihamparkan.

"Nanti bancuh susu untuk dia tahu?" Ujar Taeyong setelah menepuk badannya.

"Aku tahu, kau keluar lah bilik aku" Yuta mengganguk faham dan halau Taeyong keluar. Tapi tak kemudian..

"Tae, dia tidur ke?"

"John, kenapa dia tak gerak? "

"Dong, suara aku kuat sangat ke?"

"Il, aku takut"

"Dia menguap! "

"Weh! Dia mengeliat! "

"Hoho dia bergerak lah"

Yuta cucuk badan Alessia berkali-kali, dan dia bergerak. Yuta menarik nafas lega.

"DIA GERAK! " Yuta tidak sengaja terjerit dan buat Alessia menangis.

Doyoung serabutkan kepala dengan Yuta yang tak pandai pujuk daripada menangis berterusan.

"Kau sepatutnya dukung dia! " Johnny rasa macam nak bagi penyepak Neymar kepada Yuta. Mereka semua tinggalkan isteri masing-masing untuk menolong kerana dia ada masalah untuk uruskan anak.

"Kau kena dukung dia kemudian tepuk peha bagi dia nyenyak" Taeil geram dengan Yuta yang terlalu penakut.

"Aku takut, badan dia kecil sangat. Aku takut akan sakitkan dia" Yuta menggeleng dan mereka semua mahu menjerit.

Taeyong ambil Alessia dan letakkan di peha Yuta.

"Alihkan, alihkan dia" Yuta pandang mereka dengan penuh harapan. Tapi mereka hanya buat tak peduli.

"Angkat badan dia kemudian tepuk supaya tidur. Bertenang, kalau boleh, kau usap kepala dia bagi tenang dan selesa" Doyoung ambil tangan Yuta lalu diletakkan di kepala Alessia.

"Tengok, kau boleh buat" Ujar Johnny. Yuta perlahan-lahan mengusap rambut Alessia dan mencium dahinya.

"Kenapa dia tak menangis kuat macam anak korang? " Soalan Yuta membuatkan mereka sedih.
"Sebab dia lahir pada waktu yang sangat awal. Tapi percayalah cakap aku, dalam beberapa bulan nanti dia dah boleh menangis kuat" Ujar Taeil.

"Aku takut kehilangan dia, aku tak mahu. Anak aku tak menangis" Yuta pandang Alessia yang berada didalam tangan.

"Jangan fikir yang bukan-bukan. " Pujuk Taeyong.

"Sekarang kau dah boleh pegang Alessia. Kau ingat dan tahu tak macamana nak bancuh susu, bersihkan najis dia, pakaikan baju dan mandikan?" Soal Taeil.

Yuta mengganguk faham dan mereka bangun untuk masuk bilik masing-masing.

"Pakcik nak pergi bilik ni, Alessia tidur dengan papa ya? " Taeyong mengusap rambutnya dan keluar diikuti yang lain.

Yuta letakkan Alessia disebelah dan baring. Dia tepuk badannya dan menutup mata sehingga terlelap.

++++

"One two three push! Sayang kena teran! Push push "

"Hang gila kah? Baru dua minggu kot" Ujar Haechan yang perhatikan Jeno asyik berlatih tenangkan orang bersalin.

"Biarlah, aku teruja nak jadi bapa " Balas Jeno dan sambung berlatih. Haechan masuk ke dalam bilik kerana Siyeun tiada didalam.

"Mana isteri kau? Takde pun" Haechan baring disebelah Jeno dan main game.

"Biasalah, berborak dengan kakak ipar kat dapur. Hal-hal perempuan orang katakan. Jom rank" Balas Jeno dan terus buka telefon.

"Boleh je, alang-alang kita boleh membawang sekaligus, dah lama tak macam ni sejak berkahwin. Alang-alang rapatkan silatulrahim" Balas Haechan.

"Apa perasaan kau bila aku bagitahu Siyeun mengandung? " Soal Jeno sambil senyum main telefon.

"Biasa je, sebab aku tak gelojoh macam kau. Muka kau macam kanak-kanak tak sunat ada hati nak jadi bapa orang, nanti keluar dengan anak orang ingat adik dan abang" Haechan geram dan luahkan semuanya tapi Jeno tidak terasa pun.

"Dah rezeki, nak buat macamana kan?" Balas Jeno dan rasa macam nak baling telefon kerana kalah.

"Terpengaruh Johnny hyung lah tu, tapi dah bernyawa dalam rahim isteri kau pun. So aku ucapkan tahniah jelah" Haechan letakkan kepala pada bahu Jeno.

"Woi, gay ke? " Soal Jeno disebelah.

"Takde" Haechan peluk Jeno pula.

"Kau tahu tak? Bini aku ni sejak mengandung, dia kata suka bau kentut aku. Bengong betul pembawakan kali ni" Ujar Jeno dan buat Haechan ketawa terbahak-bahak.

"Okay lah tu dia cuma berperangai pelik sebab mengandung. Si Hyejin tu hari-hari lekat kat ketiak aku sebab katanya wangi, nak kata mengandung tak juga. Setiap kali malam mesti hidu dulu baru nak tidur" Balas Haechan dan bangun dari katil kerana Siyeun telah masuk.

-TBC

hmm, jangan paksa aku jangan endingkan lagi. Peduli apa aku.

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now