Pt. 32

498 62 71
                                    

Mereka semua berdiri diluar rumah menunggu kepulangan Yeri dan Doyoung dari hospital. Dan mestilah tunggu ahli keluarga baru, semuanya teruja bila diberitahu kembar sepasang.
"Noona, Jisung tak sabar nak dukung Donghyeon" Jisung pegang tangan Renjun.

Renjun senyum dan rambut Jisung digosok perlahan.

"Jaemin nak hyung dukung kat belakang" Jaemin tarik bajunya dan Yuta dukung di belakang badan.

"Diorang dah sampai!" Taeyong tunjuk kereta yang masuk perkarangan rumah.

Doyoung buka pintu kereta dan membuka pintu untuk Yeri. Dia ambil Donghyeon darinya kerana Yeri tidak boleh dukung dua orang.

"Cucu-cucu nanny" Minyoo datang ke Doyoung dan mencium Donghyeon. Doyeon yang didukung Yeri juga dicium.

"Meh sini dengan atok" Sooman ambilnya dari Doyoung. Semuanya berkerumun dan berebut-berebut nak tengok.

"Eh. Bawa masuk dalam dulu. Doyoung nak angkat barang, siapa-siapa boleh tolong tak? "

Yuta dan Winwin tolong Doyoung bawa barang-barang masuk dalam rumah.

"Doyeon-ah. Ini Makcik Renjun~ ingat makcik kamu yang cantik ni tau? " Ubun-ubunnya diusap dengan perlahan.

"Muka Donghyeon macam Doyoung hyung lah! Hansol betul tak tipu ni" Hansol duduk di sebelah kiri Yeri. Tangan anak buahnya digenggam.

"Dah anak dia. Memanglah muka dia ikut appa dia." Yeri membetulkan kedudukan baring anak-anaknya.

"Hello Donghyeon and Doyeon!  Ingat ini Pakcik Ten tau? Pakcik yang kena mabuk mengandung masa korang dalam perut mak korang" Ten pangku Hansol supaya dia dapat tengok dengan dekat.

Taeil membelai rambut mereka berdua setelah Doyoung beri izin. Di hatinya, dia pun teringin nak berkeluarga seperti adiknya.

Jeno dan Haechan pula main tepuk amai-amai padahal anak buah mereka bukannya faham pun. Umur pun baru seminggu .

"Korang ni pun kembar juga. Sama juga dengan Pakcik Jaehyun dan Pakcik Winwin kau ni" Ujar Jaehyun yang tersenyum tengok Donghyeon menguap.

Johnny mengusap-usap rambut Doyeon serta mencium dahinya.

Doyoung dan Yeri senyum melihat mereka semua amat menyayangi Donghyeon dan Doyeon.

"Kenapa bagi nama Daniel Lee Donghyeon dan Alaska Lee Doyeon? Boleh tak ceritakan apa sebabnya? " Johnny memulakan sesi temuramah.

Doyoung selak rambut ke belakang.

"Yeri minat dengan Kang Daniel. Sebab tu bagi nama si abang Daniel, Donghyeon pula nama pilihan aku. Alaska tu nama tempat yang Yeri paling teringin nak pergi. Doyeon pula sebab dia minat Weki Meki" Balas Doyoung. Johnny dan yang lain mengganguk kepala.

"Kalau macamtu Jaehyun nak bagi anak California Lee lah! "

"Mark nak bagi Kanada Lee lah! "
"Haechan nak beri nama Lee Jeju! "

"Aku pula Chicago Lee! "

"Bangkok Lee!"

"Osaka Lee! "

"Lee Jilin! "

"Stop, stop. Berhenti menganjing semuanya" Sooman terpaksa hentikan anak-anaknya.

Bab memerli ni Adik-Beradik Lee paling pandai.

"Aish. Korang semua ni, ikut perangai siapa lah menganjing ni" Saera menggeleng kepala. Jisung dan Hansol ketawa terbahak-bahak sambil tepuk tangan.

++++

5 tahun kemudian..

Renjun pakai subang dengan bantuan Saera. Jungwoo pakai gaun putih kain kembang.

Jeno dan Haechan saling tolong ikat tali leher. Begitu juga dengan Jaehyun dan Winwin.

Jisung, Hansol, Yangyang,Xiaojun Hendery dan Kun betulkan sut hitam masing-masing.

Yang lain-lain membuat persiapan majlis. Majlis perkahwinan untuk Johnny, Taeyong dan Taeil.

Mark, Chenle dan Lucas jadi flowerboy. Yang tabur bunga sepanjang jalan.

"Appa. Hari ni ada apa? Kenapa semuanya lain macam? Kita nak pergi mana? " Soal Doyeon sambil menjilat lolipop.

"Hari ni pakcik-pakcik kamu akan berkahwin. Kemudian kamu berdua akan dapat sepupu" Doyoung mengusap kepala anak daranya.

Kasut hitam dibaling tepat ke kepala Doyoung.

"APA MAKSUD KAU 'SEPUPU' DIORANG!? AKU BARU NAK KAHWIN HARI NI! SABAR BOLEH TAK?! BUKANNYA HARI NI KAHWIN ESOK TERUS BERANAK! " Johnny buka kasut sebelah lagi dan baling ke Doyoung.

"Sabar John. Nanti dapat serangan jantung kesian awek kau tak sempat kahwin dengan kau" Taeyong menahan Johnny dan usap belakang badan.

"Lepas kahwin terus dapat baby ke? Macamana baby boleh ada?" Soal Donghyeon.

Yang lain tergaru-garu kepala. Taeil dukung anak saudaranya.

"Lepas kahwin, tak semua rezeki orang sama. Ada yang lambat, ada yang awal. Pasal macamana baby boleh ada tu pula. Donghyeon kena tunggu dah besar baru tahu" Taeil mengusap rambutnya.

"Kenapa kena tunggu dah besar baru boleh tahu? Sekarang kan boleh? "

"Sebab dia sesuatu.. Yang tak boleh dicakap sewenang-wenangnya"

"Kenapa? " Donghyeon menjadi bingung.

"Donghyeon. Dengar cakap Pakcik Taeil.  Oppa, pergi bersiap-sedia sekarang. " Yeri tarik tangannya dan Taeil hanya menangguk faham.

-TBC

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now