S2 18

423 46 24
                                    

Renjun melangkah masuk ke dalam rumah dengan perlahan-lahan sambil mendukung Areum. Jihoon ambil barang-barang dalam bonet.

"Noona dah balik! " Jisung berlari ke arahnya dan ambil Areum ditangan Renjun.

"Mana semua orang? Keluar ke? Sebab senyap semacam je rumah ni" Renjun pergi ke sofa dan duduk dengan perlahan. Kain batiknya dibetulkan takut terlonggar dan londeh.

"Ada kat belakang, tengah buat berbeku. Kenapa noona tak balik rumah sana? " Jisung menepuk-nepuk badan anak saudaranya supaya tidak terbangun.

"Kat sana noona nanti bertiga je, bapa mentua noona tak balik-balik lagi dari kanada sebab dia ada hal kat sana. Nanti bila Abang Jihoon kau ada kerja, noona berseorangan lagi dengan Areum" Renjun membuka penghawa dingin dan buka TV kerana bosan.

"Ah, patutlah. Kalau noona dah makan yang belakang tu boleh juga. Kitaorang ada bakar salmon tak letak perisa sebab Jaemin dengan Doyeon nak makan" Jisung membalas dan betulkan kain yang membaluti tubuh Areum.

"Kenapa takde yang masuk rumah? Kau je yang noona nampak" Renjun letak kepala di bahu Jihoon yang baru duduk selepas letak barang dalam bilik.

"Nak ambil telefon dalam bilik sebenarnya, kemudian terdengar bunyi kereta kat depan. Jisung dapat agak yang noona datang sebab semua dekat belakang" Jisung letakkan Areum dibawah kerana tangannya lenguh.

"Hmm, kau kalau nak ambil Areum boleh je sebenarnya. Noona nak berehat kat bilik nanti, suami noona kena pergi selesaikan kerja dekat bangunan"
Jisung mengganguk dan mata Areum celik dan dia tersenyum melihat pakciknya.

"Noona, Jisung nak bawa dia masuk dalam bilik boleh? Takpe, Jisung akan bagi dia susu dan tukar lampin kalau dah penuh. Dulu masa Jaemin kecil, Jisung atau daddy yang buat kalau mommy tak larat bangun" Jisung meregangkan leher kerana kebas.

"Abang kena pergi sekarang ni, jaga diri baik-baik dengan Areum. Bagitahu mereka kalau awak perlukan sesuatu" Jihoon mencium dahi Renjun.

"Awak pun jaga diri baik-baik dekat sana" Renjun salam tangannya dan Jihoon tersenyum sebelum keluar meninggalkan Renjun.

Entah kenapa tiba-tiba Renjun takut Jihoon keluar. Mungkin dia terlalu fikir yang bukan-bukan.

"Renjun, kamu sihat hari ni? Areum bagaimana?" Sooman datang dan cium pipi Renjun.

"Sihat je ni, Areum pun sama. Jihoon kena pergi kerja sebab ada orang hubungi dia" Renjun tiba-tiba mengerutkan dahi kerana rasa sakit di perut dan tak lama kemudian. Perutnya berbunyi dengan kuat.

"Anak daddy tak makan lagi ke? " Ujar Sooman yang risau dengan keadaan anak perempuannya.

"Dah makan sandwich tadi sebelum balik. Sekarang berbunyi pula" Renjun membetulkan kedudukan.

"Kamu makan sebab untuk alas perut. Kamu tak makan dengan kenyang, kamu kena makan banyak untuk tenaga dan susukan anak lagi-lagi selepas bersalin ni" Sooman bangun untuk ambil makanan tapi mereka semua telah masuk dan letak makanan yang dibakar di ruang tamu gara-gara malas dan nak makan sambil tengok tv.

"Comelnya anak saudara pakcik ni, Areum nak main dengan Pakcik Haechan?" Haechan duduk disebelah Jisung dan letakkan Areum di badannya.

"Noona,makan salmon bakar ni" Jeno suap Renjun makan.

"Sedapnya, siapa yang buat?" Renjun ambil tisu dan lap mulut yang comot.

"Jaehyun yang bakar, yang sediakan mama dengan mommy" Balas Jaehyun dan main dengan telefon.

Jeno suap Renjun lagi kerana dia sayang kakaknya.

"Jihoon hyung mana noona?  Kenapa dia takde kat sini? " Ujar Chenle sambil mengunyah ayam.
"Dia pergi tempat kerja sebab katanya ada hal kat sana. Noona bagi jelah dia pergi sana, lepas hantar noona dia baru pergi" Renjun mahu bangun untuk ambil air tapi dihalang Taeil dan dia ambilkan serta suap untuk Renjun.

Junghee tersenyum melihat Taeil melayan Renjun. Dia faham perempuan yang baru bersalin perlukan banyak perhatian dan keluarga suaminya sangat memahami.

"Noona, Areum menangis ni. Dia dah minum susu belum? " Haechan dan Jisung cuba untuk hentikan Areum menangis.

"Dia dah minum tadi, kat beg warna hitam tu ada susu dengan termos. Biar noona bangun nak bancuh susu" Renjun baru mengangkat punggung tapi Johnny dah ambil beg yang disebut dan bancuh susu dan beri kepada Haechan untuk susukan Areum.

Renjun terkejut, ahli keluarganya menjaga dia dengan baik dan tidak bagi buat sesuatu berseorangan diri.

"Noona nak Jaemin urutkan kaki? " Jaemin pukul bahunya dengan perlahan tapi Renjun menggeleng perlahan.

"Biarlah adik kamu nak urutkan, kamu kena berurut. Daddy kamu dah tempah urutan dan bertungku untuk kamu esok" Saera membelai rambut Renjun dengan perlahan.

"Renjun taknaklah menyusahkan semua orang. Renjun taknak orang bagi perhatian sangat" Renjun mengerutkan dahi sebab perutnya tiba-tiba sakit.

"Renjun, kau okay ke?" Ujar Ten kerana bimbang.

Renjun menenangkan diri terlebih dahulu dan mengganguk perlahan.

Jeno suap Renjun makan, Chenle dan Jaemin mengurut kaki dan bahunya. Mereka semua bagi perhatian kepada Renjun kerana dialah satu-satunya anak perempuan didalam rumah.

Jungwoo masih lagi kecil, dan bila besar nanti. Mungkin Kun, Lucas, Xiaojun, Hendery dan Yangyang akan jaga dia seperti mereka lakukan terhadap Renjun.

Renjun bangun untuk pergi ke tandas dan Taeyong tolong temankan.

Yeri, Junghee, Haera dan Yesung terasa cemburu melihat mereka layan dan jaga Renjun dengan baik-baik. Mereka semua anak tunggal.

Untung jadi Renjun bukan? 

-TBC

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now