Pt. 35

499 58 26
                                    

"Appa..? " Donghyeon menggosok-gosok mata.

"Eh. Tidur balik, esok lambat bangun" Doyoung tepuk badan tapi matanya dah celik.

"Jangan risau, abang dah lama maafkan appa. Janganlah takut sangat" Donghyeon mencubit pipi Doyoung.

"Habistu kenapa tak cakap-cakap awal? Kenapa pasang muka marah tuu? "

"Eomma kata bagi pengajaran dekat appa hehe"

"Biasa anak appa ni! Suka takutkan orang macam eomma dia! " Doyoung mengeletik satu badan Donghyeon.

"Abang tak makan dan main yang appa bagi tu"

Doyoung berhenti mengeletik badan anaknya selepas mendengarnya.

"Kenapa? Susah-susah appa pergi jalan kaki pergi kedai pagi-pagi sebab nak pujuk abang"

"Appa mungkin lupa yang abang ada alahan kat kekacang. Dan mainan tu rosak"

"Appa minta maaf sangat-sangat. Appa lupa dan tak periksa mainan tu dulu" Doyoung tepuk dahi banyak kali.

"Takpe, nasib Doyeon boleh makan kacang tu. Atok kata mainan tu boleh diperbaiki. "

"Allah.. Appa ni pelupa betul lah. Oh yeah, kitaorang rancang nak pergi berkelah di pantai sempena abang dah sunat"

"YEAHH! "

Doyoung letakkan jari suruh diam. Orang lain mahu tidur.

Donghyeon mengganguk faham, Doyoung selimutkan badannya dan tidur berpelukan hinggalah pagi.

++++

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba-tiba. Hari berkelah di pantai.

Manda dan Ji Ran akhirnya menampakkan muka. Jarang bebenor makcik berdua ni nak muncul dalam chapter.

Donghyeon dan Doyeon keluar dari bas terlebih dahulu tanpa Doyoung dan Yeri.

Yes, mereka gunakan bas sebab ada 22 anak + 4 menantu + dua cucu + empat isteri campur Sooman = TIGA PULUH TIGA.

Taeil berjalan-jalan di sekitar pantai dengan Junghee tanpa berselipar.

Junghee mengutip cengkerang untuk dijadikan cenderamata.

"Ayang nak buat apa tu? " Soal Taeil sambil berpegangan tangan.

"Nak buat cenderemata. Boleh jadi rantai, gelang takpun loket"
Taeil cuma diam dan berjalan-jalan ke tempat lebih jauh.

Taeyong mahu masuk dalam air tapi Yesung menggeleng tidak mahu masuk kerana dia ada fobia terhadap laut dalam.

"YEOBO TAKNAK MASUK LAUT! NANTI ADA MEGALODON NGAN KRAKEN! BANGKAI KAPAL TITANIC PUN ADA NANTI!!  "

"TAKDENYA! ITU KAT LAUT DALAM! TAKKAN DEKAT PERMUKAAN PUN TAKUT!?" Taeyong cuba sedaya upaya tarik Yesung masuk dalam sehingga ada orang ingatkan nak bunuh bini sendiri kat laut.

Agak-agaklah weh, baru kahwin weh. Inai dijari pun orang kata masih merah.

"YEOBO TAKNAK MASUK! ADA OBOR-OBOR SENGAT NANTI! "

"TAKDE! CHAGI TERINGIN NAK MANDI LAUT DENGAN YEOBO!! "
Johnny pula hanya tengokkan aksi Taeyong tarik tangan isterinya masuk air.

Johnny letakkan tangan bahu isterinya, Haera.

"Tengok awan tu, satu tu macam ayang. Satu tu lagi macam anak kita nanti" Haera terus pukul Johnny disebelah.

"Awak tengok dua pokok pain depan kita ni. Nampak kan" Ujar Haera. Dan Johnny pandang ke tempat yang ditunjuk.

"Yang berbelit tu ke? Macam kita?  Suka bersama taknak renggang? "

"Eh taklah, awak nampak dua pokok yang bersambung kemudian ditebang tu?  Macam tu lah kita kalau tak bersefahaman lagi (bercerai)"

Johnny tutup mulut dengan tangan. Adakah, isteri dia ini adalah Permaisuri Pickupline?

"Awak nampak nenek dan atok tu? Itulah kita bila tua nanti" Johnny pula membalas. Haera pun tidak mahu kalah.

"Awak nampak cengkerang kekal di sini ? Sama juga dengan hati saya dekat awak"

"Awak nampak ombak tu? Mereka sentiasa datang dan pergi tapi saya tetap dengan awak"

"Umang-umang cari rumah baru. Jomlah beli rumah baru"

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak shopping 12.12 shopee hilang duit lah jadinya"

"Dari korang berbalas pickupline dan ayat-ayat kononnya sweet padahal buat orang muntah tu. Baik lah tolong bakarkan ayam ni. " Sooman jentik telinga Johnny.

Johnny tersengih-sengih seperti kerang busuk dan tolong Ten yang dah comot dengan arang bakar.

"Sejak bila kau kerja lombong arang ni?? " Johnny ambil kipas dan tolong kipaskan bara api.

"Sejak kau bercicak-cicak dengan bini kau. Aku dekat sini sorang-sorang bakar makanan, jangan sampai aku bakar orang pula. Dahlah yang lain main-main taknak tolong. Makan nak pula" Ten kipas bara api dengan kuat.

"Janganlah marah, biasalah kan orang baru kahwin. Orang kata mood nak melekat tu sentiasa ada"

Renjun dari tadi berposing tanpa henti dan yang jadi jurugambar adalah Haechan. Dia nak letakkan di instagram supaya dapat cemburukan yang lain.

"Noona! Aku penat pegang ni! " Ujar Jeno sambil pegang apabenda tah tapi dia buat gambar jadi lebih terang. Bukan flashlight.

"Diam! And keep take my picture! " Ujar Renjun yang masih lagi berposing.

Jeno dan Haechan hanya mampu pasrah.

-TBC

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now