S2 5

471 46 61
                                    

Doyoung membuka matanya, dia pasti dia bukan berada di rumah kerana dia terbau ubat-ubatan.

"Auch. " Dia pegang perutnya kerana rasa sakit yang amat. Doyoung melihat IV bag yang telah bersambung dengan infus yang telah dipasang di tangan kanan. Dia cuba untuk bangun dari katil tetapi tidak berjaya.

"Hyung dah sedar!" Jaehyun buka pintu wad dan duduk disamping Doyoung.

"Aku kat mana? Anak-anak dengan bini aku? " Doyoung cuba untuk bangun sekali lagi tetapi dihalang oleh Jaehyun.

"Diorang tengah makan kat kantin hospital. Hyung kena berehat dan tak boleh gerak banyak sangat. Nanti luka bedah tu terkoyak pula"

Doyoung terus buka baju dan memang ada luka pembedahan yang ditutup dengan kain kasa.

"Hyung baru lepas selesai pembedahan buang apendiks. Doktor cakap dah bengkak, nasib baik tak meragut nyawa. Doktor cakap hyung pengsan sebab penat sangat" Ujar Jaehyun.

"Aku pengsan tadi? Aku tak ingat apa-apa pun tadi. Apendiks? Aku tak makan benda pedas pun kebelakangan ni" Doyoung mengerutkan dahi menahan sakit kerana kesan bius mula hilang.

Jaehyun menggangguk perlahan menjawab pertanyaan Doyoung.

Penyebab apendiks bukan disebabkan makan pedas, banyak lagi faktor boleh terjadi.

Doyeon dan Donghyeon berlari ke katil ayah mereka.

"Kami takut sangat masa appa pengsan tadi" Ujar Donghyeon.

Doyoung mencium anak-anaknya sebagai permohonan maaf kerana telah buat mereka risau.

Doyeon panjat katil nak duduk dengan ayahnya tetapi dia tidak sengaja tersiku bahagian yang dibedah sehingga jahitan terbuka semula. Muka Doyoung tidak dapat ditaksirkan dengan kata-kata.

"Sayang, perut abang sakit hiks hiks.Tolong abang yang" Doyoung asyik bergerak kerana tidak dapat tahan sakit. Darah mengotorkan baju yang dipakainya.

Jaehyun memanggil doktor masuk ke dalam wad. Doyoung asyik meronta dan meraung kerana lukanya terbuka.

"SAKITT!! " Doyoung menangis lebih kuat. Ekoran dia asyik bergerak, doktor tidak dapat tengok luka.

Dah macam orang gila meronta-ronta, dengan baju putihnya 😂

Lek, aku tahu rasa sakit tu.

Jaehyun dan Yeri pegang tangannya dan doktor suntik ubat penenang. Mereka bertiga keluar supaya doktor dapat menjahit semula luka yang terkoyak.

"Doyeon tak sengaja buat appa menangis, omma. Adik minta maaf sebab buat appa sakit" Doyeon menangis kerana ketakutan. Yeri menenangkan sebab dia tidak sengaja.

Jaehyun mendukungnya supaya dia tidak terlalu rasa bersalah.

Donghyeon juga memujuk adiknya.

Doktor keluar dari bilik kerana telah selesai menjahit luka semula.

Mereka masuk ke dalam semula untuk tengok keadaan Doyoung.

Yeri mengusap-usap rambut suaminya yang terpaksa dipengsankan.

"Kami balik dulu, nanti kami datang semula selepas abang sedar" Ujar Yeri ditelinganya.

Donghyeon dan Doyeon mencium kedua belah pipi Doyoung dan keluar dari bilik.

++++

"Assalamualaikum! " Doyeon menanggalkan kasut dan berlari masuk ke dalam rumah. Yuta tangkap dan peluknya dengan erat.

"Tadi Doyeon tak sengaja terbuat appa sakit, perut dia keluar darah. Doktor cakap luka bedah appa terkoyak balik" Ujar Doyeon.

"Kesian dengan appa, mesti dia meronta-ronta sebab sakit tu. Dah minta maaf dengan appa belum?" Soal Yuta dan Doyeon mengangguk.

"Doyeon cakap dekat telinga appa sebab dia dipengsankan. Harap dia maafkan adik" Ujar Doyeon sambil bermain dengan tocang rambut.

Yuta mengganguk faham dan turunkan anak saudaranya.

"Pakcik, dekat sini"

Yuta menurunkan badan dan Doyeon cium tepat di bibirnya.
Muka Yuta serta-merta berubah kemerah-merahan. Chenle yang ternampak terus bulat mata dan sambung jalan pergi ke dapur.

Alaska Lee Doyeon, kau dah rampas first kiss pakcik kau tahu tak? 

Yuta tersengih-sengih dan masuk bilik. Ten yang cari lagu untuk karoeka pelik dengan muka Yuta yang kemerahan seperti ditampar berjuta-juta kali.

"Apahal dengan kau? Kena sampuk dengan hantu Kak Jemah ke?" Ten mendudukan diri dan Yuta menggeleng kepala.

"Doyeon kiss aku on my lips" Yuta menunjukkan bibirnya yang baru lepas dicium beberapa minit yang lepas.

"PEDOFIL SIA!!  " Ten pukul badannya dengan penyangkut baju.

"Dia yang tiba-tiba cium aku! Cium kasih sayang lah bukannya yang bernafsu tu! " Yuta rampas penyangkut baju dan pukul Ten sehingga badannya berbirat.

"AH AH SAKITLAH! "

Taeil terdengar bunyi bising di tingkat atas tapi dia cuma menghiraukan dan beri susu khas untuk ibu mengandung yang telah dibancuh kepada Junghee.

"Terima kasih sayang" Junghee ambil dan minum sambil membaca majalah di ruang tamu.

"Anak appa buat appa hari ni? " Taeil meletakkan kepala di perut Junghee.

"Main dalam perut eomma" Junghee membuat suara budak.

"Appa tak sabar nak tengok anak appa keluar. Bolehlah main dengan sepupu-sepupu kamu. Eh, dia tendanglah! " Taeil mengusap-mengusap perut isterinya dan cium dengan lama.

"Membesar dengan sihat" Taeil mengangkat kepala dan tendangan dalam perut Junghee semakin menjadi selepas dia alihkan badan.

"Baby marah dengan appa lah, letak tangan dekat perut balik" Ujar Junghee dan Taeil letak semula rasakan tendangan anaknya.

"Kita patut bagi nama dia apa? Sepatutnya kita dah ada nama untuk diberi" Soal Junghee dengan bimbang.

" Lee Taehan"

"Baby, mulai sekarang nama kamu Taehan" Junghee suka dengan nama dan tiada lagi tendangan dalam perut.

-TBC

AAHHH SIAPA KAT SINI SUKA TENGOK BABY!?





[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now