S2 34

393 53 48
                                    

Junghee bermain telefon bimbit dan tengok barang-barangan yang dijual di laman media. Sesekali dia meregangkan badan kerana kebas duduk dengan lama.

Nasib baik Taehan telah tidur, dapat juga Me-Time sekejap.

Dia berminat dengan barang yang dijual. Harganya pula tidak terlalu mahal dan tidak pula murah. Sebenarnya dia nak beli blouse sebab dia teringin.

Taeil boleh beli dan mampu dari itu. Tapi Junghee tak mahu susahkan suaminya.

Dia letakkan telefon dan masuk bilik air. Dia basuh muka dan termuntahkan makanan yang dimakan pagi tadi.

Jangan kata kau mengandung juga.

Taehan terbangun dan pergi ke arah ibunya walaupun banyak kali dah nak terjatuh sebab terlanggar sesuatu.

"Eomma, uwek te? (Muntah ke?)" Taehan berdiri di luar pintu dan masuk kerana risau dengan Junghee.

"Ha'ah, eomma rasa perut banyak angin takpun kenyang sangat sampai perut rasa tak selesa. Taehan jangan risaulah, eomma takde apa-apa" Junghee kumur mulut dan Taehan keluar dari bilik air kerana terdengar bunyi telefon.

Dia panjat katil dengan susah payah kerana ketinggiannya yang pendek. Dia ambil telefon Junghee dan jawab.

"Appa uwat iyo kol!  (Appa buat video call) " Taehan gembira dan Taeil melambai dalam telefon.

"Anak appa dah bangun tidur, mana eomma? Dia takde dalam bilik ke? "

"Eomma uwek " Balas Taehan dengan jujur.

"Hah? Appa tak dengar lah" Taeil pergi ke tempat lain kerana bunyi bising dalam pejabat.

Johnny goncang botol coca-cola dan buka penutup. Air memancut keluar manakala Taeyong naik meja dan pegang senapang mainan. Yuta baling kertas kerja sehingga bertaburan di lantai.

Mereka semua sedang raikan produk baru yang disambut baik oleh masyarakat dan kenaikan gaji.

Sebenarnya Johnny nak beli champagne tapi dia teringat Doyoung dan baunya yang boleh agak tahan 'wangi' sehingga menyusahkan pekerja pembersihan untuk bersihkan.

Junghee muntah di singki tanpa henti manakala Taeil masih cari tempat yang aman dan tenteram tanpa bunyi bising.

"Appa? Appa gi ane? Angan ingal Han tat ni (Appa pergi mana? Jangan tinggalkan Taehan dekat sini)  " Taehan takut kerana muka ayahnya tiada di skrin telefon.

"Ya, appa dengar ni. Kenapa dari tadi appa dengar orang muntah? Eomma ke yang muntah takde tanda nak berhenti tu? " Taeil masuk tandas kerana itulah tempat paling senyap dan tenang.

Jangan risau, ada yang 'teman' tapi tak semua boleh nampak dia.

"Eomma uwek lah, appa. Han atan apat ayik yayu an? (Taehan akan dapat adik baru kan?) "

"Haha, mungkin eomma tak berapa sihat tu. Bukan setiap kali muntah mesti mengandung. Tapi kalau betul lah, syukur lah. Taehan ada geng macam si Yong. Makcik Yesung kan mengandung lagi" Taeil keluar dari tandas kerana bunyi bising telah kurang sedikit.

"Appa tak atut ke ambut ena ayik?  Ulu tok ata tat Han eomma ayik ambut appa mashe lahitan Han (Appa tak takut ke rambut kena tarik? Dulu atok kata kat Taehan, eomma asyik tarik rambut appa masa lahirkan Taehan) " Ujar Taehan dengan pelat dan buat Taeil ketawa kerana percakapannya, mujur dia faham apa yang dikatakan.

"Mana ada eomma tarik rambut appa, dulu kamu lahir secara pembedahan sebab kamu songsang dalam kandungan eomma. Atok sengaja takutkan Taehan lah tu" Taeil ketawa sehingga keluar air mata. Dia takde kerja nak dibuat, itu sebabnya telefon sebab nak lepaskan rindu.

"Adi tok ipu Han lah? Ahatnya tok ni! (Jadi atok tipu Taehan lah? Jahatnya atok ni!) " Taehan mencebik bibir dan Taeil senyum lebar tengok muka marahnya.

Dia pelik juga isterinya lama dalam bilik air tapi sekurang-kurangnya dia ada masa boleh berborak dengan Taehan.

"Appa, Han indu ngan appa. Patlah alik ye? (Taehan rindu dengan appa. Cepatlah balik ya?)"

"Appa pun rindu dekat anak appa, tunggu appa balik rumah dengan pakcik-pakcik kamu ya? Sekarang atok panggil appa. Appa kena tamatkan panggilan ni. Bye bye!" Taeil melambai dan Taehan lambai juga.

"Bye bye appa! Uwat je lok lok (Buat kerja elok-elok)" Taehan dekatkan bibir di skrin dan cium.
Taeil juga lakukan perkara yang sama dan tamatkan perbualan.

Junghee keluar dari bilik air dengan merangkak. Rambut panjang yang terurai dan serabai membuatkan dia seperti hantu jepun yang sedang mencari mangsa untuk ditakutkan-takutkan.

Taehan turun dari katil dan berlari ke ibunya.

"Eomma! Ape ngan eomma? (Kenapa dengan eomma) " Taehan cuba papah Junghee tapi tak boleh kerana saiz badannya.

"Eomma cuba pening dengan muntah-muntah je. Nanti makan ubat kurang lah" Junghee batuk dan jatuh pengsan dengan penuh dramatik.

"Eomma, angan ati! (Jangan mati) " Taehan gerakkan badan Junghee tapi tiada balasan.

Dia keluar dari bilik dan bingung mahu cari siapa kerana terlalu banyak bilik. Nasib baik Winwin keluar bilik sebab mahu minum di dapur.

"Acik Win! Olong Han! " Dia berlari ke arah Winwin dengan terkedek-kedek.

"Kenapa ni? Kenapa terlalu cemas sangat ni? " Winwin rendahkan badan untuk bagi peluang dia cakap.

"Eomma tak angun! Han insau! (Eomma tak bangun, Han risau)"

Winwin terus masuk bilik dan lihat Junghee pengsan. Dia bungkuk dan tampar pipinya dengan perlahan.

"Noona, bangun" Winwin cuba kejutkan tapi dia langsung tiada tanda mahu sedar.

Winwin mengigit bibir dan keluar dari bilik. Taehan ikut dari belakang.

Dia tendang pintu bilik dan tiga penghuni didalam terkejut sehingga kalah dalam permainan.

"Junghee noona pengsan! Sesiapa tolong papah dan bawa dia pergi hospital! " Ujar Winwin dengan tegas. Jeno dan Haechan buka headphone di kepala.

Jaehyun dan Winwin hanya tolong tengok kerana masih belum sembuh.

Taehan masuk dalam kereta dan pegang tangan ibunya. Haechan pujuknya supaya jangan menangis dan beritahu tiada apa-apa akan berlaku.

Jeno hidupkan enjin kereta dan masuk gear 2. Dia bawa kereta dengan tak berhemah dan mengundang sumpah seranah pemandu lain.

Tapi setiap kali dia keluarkan tangan dari tingkap sebagai permohonan maaf. Nescaya lembut hati pemandu-pemandu kereta tu semua.

-TBC

Berapa kali aku nak letak sesuatu yang suspen ni? Hahaha, confirm ada yang tak suka ni.

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now