S2 44

347 46 24
                                    

Haechan dibenarkan keluar dari hospital selepas 2 minggu. Jeno angkat badan Haechan dengan berhati-hati dan letakkan di kerusi roda.

"Hati-hati kaki dia tu, menangis anak mama nanti kalau kaki dia sakit" Ujar Saera dengan kecoh kerana terlalu bimbangkan keadaan Haechan dan takut Jeno akan lakukan kesilapan.

"Mama jangan risau, Haechan tak apa-apa" Haechan pegang tangan Saera supaya jangan terlalu risau.

"Yuta, buka pintu tu" Ujar Saera tapi Yuta tidak dengar kerana asyik balas mesej dengan Shannon.

Saera pandang Haechan lalu buka pintu untuk Haechan yang duduk kerusi roda.

"Biarlah dia, jangan kacau dia" Ujar Saera dan Yuta serta-merta berhenti menghantar mesej lalu telefon dimasukkan kedalam poket seluar.

"Maaf sebab tak dengar apa yang korang cakap tadi, minta kunci kereta dalam beg" Yuta menggaru kepala kerana malu suruh Saera pegangkan kunci kereta.

"Nah, bawa kereta jangan laju-laju. Kamu bawa banyak nyawa" Saera menghulurkan kunci kereta kepadanya dan Haechan serta Jeno cuma menggeleng tengok kerenah Yuta.

"Ma, jarum (infus) kat tangan ni macam mana? Doktor belum masuk lagi nak buka " Soal Haechan dan mereka baru teringat.

Seseorang jururawat masuk sambil pakai topeng muka. Haechan pegang tangan Jeno kerana dia tahu akan sakit bila jarum dikeluarkan dari tangan.

"Adik tahan sikit ya? "

Haechan mengganguk perlahan dan jururawat buka pembalut serta keluarkan jarum dengan cepat. Haechan pegang tangan Jeno dengan kuat kerana tidak tahan sakit, dia gigit bibir melihat jururawat letakkan kapas di tangan kerana darah mula keluar.

"Puan, Donghyuck ada temujanji (appointment) dengan doktor setiap bulan. Kena bawa kad khas setiap kali berjumpa doktor, kalau besi dah dibuka. Dia kena jalani terapi bagi dia berjalan seperti dulu"  Jururawat menjelaskan dengan terperinci dan mereka dengar dengan serius.

Jeno tolak kerusi roda menuju ke lif untuk ke tingkat bawah.

Haechan membetulkan kain yang diletakkan bagi tutup kaki yang terdedah. Dia tidak boleh pakai seluar panjang, hanya seluar pendek paras peha dan dia rasa tak selesa bila orang tengok kaki yang terdedah.

Sampai di tempat letak kereta, Yuta tekan kunci dan masuk kereta untuk panaskan enjin.

Jeno sekali lagi dukung Haechan masuk kedalam kereta, Saera suruh Haechan letakkan kepala pada bahu.

Jeno lipat kerusi roda dan letakkan didalam bonet kereta. Selepas selesai, Jeno duduk di kerusi bahagian depan sebelah pemandu. Sooman belikan kerusi roda bagi senangkan Haechan untuk bergerak.

Yuta membetulkan cermin dan lihat gigi takut ada sesuatu tersekat di antara gigi. Jeno hanya geleng kepala melihat perangai tak senonoh Yuta lalu pandang luar tingkap.

Yuta perasan yang mereka semua pasang muka ketat dan cepat-cepat masuk gear lalu keluar dari kawasan tempat letak kereta.

"Mama, Hyuck nak makan sesuatu. Boleh tak tunaikan hasrat Hyuck?" Haechan membuka mulut dan Saera terus beri perhatian.

"Boleh, sayang nak makan apa? Mama akan tunaikan asalkan takde telur kat dalam tu. " Saera senyum dan menunggu jawapan dari anak lelakinya.

"Nak makam tomyam, taknak beli, nak makan kat rumah" Balas Haechan dan membuatkan Saera mengerutkan dahi.

"Mama tak tahu nak masak tomyam, Ten pandailah sebab dia gila semuanya tentang Thailand. Nak suruh dia masakkan untuk Haechan selepas balik tak? Kita singgah beli barang sekejap" Saera mencubit pipi Haechan.

"Tak payah beli, kat rumah semua ada barang yang nak digunakan" Balas Haechan dan selepas itu hanya diam menyelubungi mereka.

Yuta buka radio dan kuatkan bunyi kerana lagu kegemaran dibuka.

"Weh, lagu SEVENTEEN Thanks weh!! " Yuta kuatkan lagi dan mereka enjoy lagu.

"KENAPA! " Jeno nyanyi lirik misheard (salah dengar).

"No yang GAY! " Yuta turut nyanyi lirik salah dengar.

Lagu tadi telah habis dan mereka nyanyi lagu lain pula.

"I'M SORRY NO! I'M NOT SORRY!" Jeno nyanyi dan buat gerak bibir (lipsync) dengan Yuta.

"My life like a party! So turn it turn it turn it up~"  Yuta berhenti di lampu merah dan sambung karok dengan yang lain. Haechan juga menyanyi kerana ianya adalah lagu kegemaran dia sampai boleh ulang 20 kali.

"Kita telah sampai di destinasi, sila tanggalkan tali pinggang anda dan nikmati keindahan alam di sekeliling anda" Yuta meniru suara juruterbang (pilot)  sehingga membuatkan mereka ketawa.

"Janganlah buat lawak! Sakit perut tahu tak?! " Jeno pegang perut dan buka pintu untuk keluarkan kerusi roda dari bonet.

Yuta dukung Haechan pula kerana Jeno dah dukung ketika keluar hospital tadi. Saera angkat beg berisi baju Haechan.

Jeno menolak kerusi roda Haechan dan tekan loceng sebelum masuk rumah. Donghyeon yang sedang tengok televisyen di ruang tamu terus berlari ke arah Haechan.

-TBC

korang perasan tak, kadang aku letak ( ) dekat satu perkataan. Kan kita guna manglish, campur-campur bahasa. Aku rasa ada orang yang tak tahu perkataan yang aku tulis, so aku cuma senangkan je.

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now