Pt.9

756 89 17
                                    

Setelah mereka berenam pergi ke sekolah. Minyoo mengemas meja dan mandikan Jisung serta Chenle dan hantar Jaehyun dengan Winwin pergi tadika.

Cikgu tadika mereka iaitu Cikgu Kim tersenyum tengok Winwin dan Jaehyun datang.

"Nanti jangan lupa ambil kitaorang tau? " Ujar Winwin sambil berpegangan tangan dengan Jaehyun.

"Yoon Oh, Su Cheong. Masuk dulu sebab pelajaran dah nak mula" Cikgu Kim mendekati dan bawa masuk kedalam tadika sebelum berborak dengan Minyoo diluar pagar.

"Puan ni pengasuh baru mereka ke? Tak pernah saya nampak Puan kat sini. Selalunya mak atau ayah mereka yang hantar." Tanya Cikgu Kim yang ingin tahu.

Minyoo tersenyum malu sebelum membalas pertanyaan Cikgu Kim.

"Takdelah, saya pun mak diorang. Diorang pun anak saya juga"

Cikgu Kim terkejut sampai terbuka mulut dengan besar.

"Maksudnya Puan ni bermadu dengan mak mereka? Fuh, saya tak pernah nampak isteri yang baik hati terima madu macam Puan ni, terima anak-anak dia. "

"Saya isteri pertama dan mak mereka isteri kedua. Kami berdua hidup baik-baik. Kalau tanya macamana tidur dengan suami, kami tidur bergilir setiap hari. Tapi saya baru bersalin anak ke tujuh dan adik keempat belas diorang. Suami saya selalu tidur kat bilik lain sebab anak saya tak berapa suka dengan ayah dia. Baru kebelakangan ni anak bongsu yang nama Jisung tu baru nak dekat dengan ayah dia" Balas Minyoo dengan panjang lebar. Cikgu Kim mengganguk tanpa henti.

"Saya kagum dengan puan ni sebab bukan semua orang boleh terima lelaki mereka kahwin lain. Apapun terima kasih lah sebab sudi berborak dengan saya ni. Saya kena masuk sebab nak mengajar ni"

Minyoo terus balik selepas bersalaman dengan Cikgu Kim.

++++

Chenle bangun dari katil kerana kerana terdengar bunyi telefon berdering. Dia keluar dari bilik dan pergi ke arah Minyoo yang sedang kemas rumah.

Minyoo yang perasan kehadiran Chenle terus berhenti.

"Lele nak apa? Nak susu ke? Nanti mommy buatkan lepas habis bersihkan ni"

Chenle menggeleng kepala.

"Habistu? "

Chenle menunjukkan telefon rumah yang asyik berbunyi.

Minyoo mengangkat gagang telefon tersebut.

"Hello, diorang masuk wad? Tingkat berapa? Oh okay. Nanti akak datang" Minyoo meletakkan gagang semula. Dia pandang Chenle yang masih berdiri di tempat sama.

"Momi, ape yang be yatu? (Mommy, apa yang berlaku?)" Tanya Chenle yang agak keliru.

"Hyung dengan noona awak masuk hospital sebab demam. Lele tak boleh ikut nanti sebab nanti kalau terjangkit susahlah orang nanti"

"Yeye ena inggal ngan hiyong? (Lele kena tinggal dengan hyung?)"

"Betul, bila hyung balik sekolah nanti baru mommy pergi hospital. Kesian noona dengan hyung demam. Lele kesian tak dekat diorang? Diorang sakit tu"

"Yeye inyangtan noona ngan hiyong (Lele kesiankan noona dengan hyung)"

"Lele nak minum susu? "

"Nak nak! "

Minyoo mengangkat Chenle masuk dapur.

++++

"Bila boleh balik ni daddy? Nono dah tak tahanlah duduk kat sini. Jarum kat tangan ni sakit" Jeno buat muka kesian dekat Sooman.
"Baru masuk hari ni kan? Noona dgn adik kamu boleh je tahan. Takdenya nak merungut macam kamu, kalau sakit tidur jelah macam diorang" Sooman buka penutup botol air dan bagi kepada Saera.

"Tadi dia yang minta satu katil sama-sama. Kenapa merungut pulak? " Saera mencekak pinggang dan selimutkan badan Renjun yang terdedah sebab tidur ganas sangat.

"Nono taknak berpisah dengan kembar Nono. Nono cuma nak balik je sebab kat sini tak selesa" Jeno menarik muka dan baring sebelah Haechan yang masih tidur.

"Mama.. Noona sepak adik" Haechan terbangun serta merengek.

"Noona tak sengaja tu, tidur balik. Kesian anak mama demam" Saera mengusap kepala Haechan dengan perlahan-lahan.
"Saera, awak dari tadi pagi tak tidur sebab jaga budak-budak. Biar saya ganti awak pula jaga mereka pula. Kalau awak demam juga, susahlah saya" Sooman tarik tangan dan suruh dia duduk sementara Sooman bergilir-gilir jaga Jeno, Renjun & Haechan.

"Hello, nak masuk boleh? "

"Akak. Macamana dengan budak-budak kat rumah? Okay tak masa saya takde kat rumah? " Saera ambil beg tangan Minyoo dan letak atas meja.

"Mommy! " Renjun bangun dari katil dan peluk Minyoo.

Minyoo membalas pelukan Renjun dan membelai rambut panjangnya.

"Renjun okay tak sekarang? Tadi pagi muntah-muntah. Takut mommy tengok korang semua"

"Injun kuat! Nono dengan Chanchan tidur. Tengok tu" Renjun tunjuk ke arah katil bersaiz king yang menempatkan mereka bertiga.

"Biarlah diorang tidur dulu" Minyoo duduk di sofa yang disediakan. Wad VVIP lah orang katakan.

Renjun tarik baju Minyoo dengan kuat. Minyoo mendekatkan diri dengan Renjun.

"Lele mana? Injun rindu dengan dia lagi-lagi baby Jisung"

"Diorang--"

"Diorang tak ikut sebab kat sini hospital. Nanti kalau terjangkit dengan penyakit macamana?  Budak kecil lambat sembuh tau" Saera memotong kata-kata Minyoo.

"TAPI KENAPA? "

"Jangan melawan cakap orang tua-tua" Sooman gerakkan jari telunjuk kepada Renjun.

Renjun baring duduk semula dikatil dengan muka cemberut.

"MOMMY?!"

"Haechan, Jeno! " Minyoo melambai kepada mereka berdua.

Jeno dan Haechan peluk Minyoo dengan erat.

"Kami rindu mommy"

"Mommy pun rindu korang. Jangan makan lupa makan ubat, dengar cakap doktor dengan nurse tau"

Haechan serta Jeno mengganguk.
"Mommy, tangan Nono sakit doktor cucuk" Jeno tunjukkan infus di tangan kanannya.

"Tangan Chanchan pun sama. Nurse buat sakit! " Haechan pun taknak kalah dengan Jeno.

"Yelah" Minyoo hanya menganggukkan.

Dia dah banyak kali kena. Sakit macam kena gigit semut je orang kata.

-TBC.

aku buat part ni sambil makan ayam adik aku 😂 nikmat sungguh




















































[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now