S2 20

426 55 105
                                    

Yuta masuk kerja lambat walaupun dia satu rumah dengan bosnya. Bapa dia lah, Yuta langgar sesiapa dan sempat masuk dengan tepat waktu.

Yuta duduk di tempat sendiri dan mula melakukan kerja. Dia menaip komputer dengan laju, membuat kertas laporan untuk dihantar kepada ketua.

Walaupun dia adalah anak kepada pemilik syarikat. Sooman tak mahu manjakan anak-anak dan mereka harus bermula dari bawah.

Sebenarnya Sooman adalah pemilik syarikat Sos Cili SM. Cicah sekali pasti mahu lagi!

Sebenarnya semua anak-anak dia bekerja dekat syarikat yang sama. Tapi ini bukanlah drama pukul 7.

Jaehyun, Yuta, Winwin di bahagian pemasaran.

Pangkat Taeyong, Taeil dan Johnny lebih tinggi dan selalu ikut Sooman pergi mesyuarat dan ikut pergi luar negara.

Hmmm, untung tiga ekor ni.

Yuta bangun dari kerusi untuk fotostat kertas, dia pergi ke mesin dan terlanggar seseorang sehingga kertas yang Yuta pegang jatuh berterabur.

"Ah, maafkan saya! " Gadis itu bongkok badan untuk kutip kertas di lantai.

"Shannon? " Yuta baru perasan mukanya.

"Ah, Tuan Yootae. Maafkan saya, saya tak nampak tuan tadi" Shannon menunduk banyak kali kerana takut akan dimarahi.

Dia tak panggil Yuta sebab itu cuma nama panggilan.

"Takpe, saya tak marah. Berhenti tunduk nanti leher awak kebas" Yuta pegang tangannya suruh berhenti.

Dan rakan sekerja mula membawang.

"Maafkan saya Tuan Yootae! Saya memang tak sengaja terlanggar tuan sampai kertas bertaburan" Shannon menunduk lagi dan Yuta menyilangkan tangan.

"Takpe, awak buat kerja awak. Jangan risau pasal saya" Yuta fotostat kertas dan Shannon membuka langkah untuk sambung kerja.

"Shannon Lee! Masuk kedalam bilik saya sekarang" Sooman keluar dari pejabat dan membuatkan jantung Shannon berdegup dengan pantas.

"Kke-kenapa Tuan Sooman panggil saya masuk bilik ni? " Shannon duduk di hadapannya. Sooman membaling semua kerja di hadapan Shannon.

"Macamana awak buat kerja? Sale bulan ni jatuh mendadak! Ramai pelabur tak mahu berlabur dekat syarikat ni lagi!" Sooman letakkan tangan di dahi kerana terlalu pening.

"Ssa-saya dah buat yang terbaik. Mesti ada kesilapan masa hantar dekat Tuan" Shannon membalas dengan terketar-ketar.

"Awak lah yang last check, macamana boleh ada kesilapan?" Sooman menjegilkan mata dan membuatkan Shannon seperti mahu menangis.

"Ssa-saya me-memang dah buat yang terbaik. Tuan janganlah buang saya. Saya ada tanggungan, adik-adik sekolah lagi, mak saya sakit" Shannon mengalirkan airmata kerana terlalu takut.

"Pandai pun awak teka, awak dipecat. Sila kemas barang-barang awak dan berambus dari sini. Saya taknak tengok muka awak lagi! " Sooman letakkan surat dipecat. Shannon menggeleng kepala kerana tidak percaya.

Dia keluar dari bilik dengan perasaan hiba. Kenapa dia selalu diuji ?

Eih, apa aku tulis ni syial.

Shannon pergi dan tangannya ditarik oleh seseorang. Dia menoleh dan ternyata Yuta yang menarik tangannya.

"Tuan Youtae, kenapa tarik tangan saya? Ada sesuatu kerja untuk saya lakukan ke? Saya dah kena buang sebab buat kerja dengan cuai" Shannon mengelap airmata dengan tangan.

Yuta tidak membalas sebalik dia melutut dan keluarkan sebutir cincin berlian 24karat berharga 10,000 dollar.

Perlu ke bubuh harga tu?

"Sudikah awak menjadi peneman hidup saya untuk selama-lamanya? "

Shannon letak tangan mulut kerana terkejut. Yuta masih lagi menunggu jawapan yang bakal diberitahu olehnya.

Ada yang bergosip dan ada yang buat siaran langsung (live) di telefon masing-masing.

"Tuan, kita tak setaraf. Saya orang bawahan manakala Tuan orang kaya anak CEO syarikat terkenal. Kita seperti minyak dan air dan tidak boleh bersama yang tertulis dalam buku sains"

Yuta tersenyum dan cuba untuk menyakinkan dia.

"So, orang kaya dengan miskin tak boleh bersama ke? Kita ni sama-sama manusia takde bezanya. Taraf tu tak boleh bawa sampai mati pun" Yuta tersenyum sekali lagi, dia tak mahu kehilangan gadis cantik yang berada di depannya.

"Saya bukan perempuan materialistik. Saya tak suka membeli-belah, saya tak suka barang kemas, beg mahal, kasut tumit tinggi. Apa yang suka hanyalah makan" Shannon sangat comel bila menangis kerana terlalu takut.

Johnny berlari masuk bangunan dan tekan lif. Bila sampai dia berlari dan beri Yuta sejambak bunga yang ditempah khas dan telah diletakkan ayam goreng kfc, texas, mcd dan marrybrown.
"Sebab itulah saya suka awak, awak bukan perempuan yang seperti itu. Awak tahu apa yang wajib dibeli" Yuta pegang cincin dan sejambak bunga ayam goreng.

Ten datang dan bagi sekotak coklat. Tak lama kemudian Taeil menyusul dan bagi sushi mahal.

"Apa orang akan kata kalau anak usahawan dan CEO syarikat terkenal berkahwin dengan anak petani? " Nafsu Shannon bergelora melihat makanan yang tersusun cantik dan seperti merayu untuk dimakan.

"Saya tak kisah dengan apa yang orang katakan. Sudikah awak terima saya sebagai suami awak dan peneman hidup awak? "

Shannon memandang sekeliling. Jaehyun, Winwin dan Taeil mengganguk supaya terima lamaran itu.

Taeyong dan Johnny membuat isyarat tangan supaya jangan menerima lamaran. Biar Yuta hidup membujang.

Yuta mengharapkan sesuatu yang positif keluar dari mulutnya.

"Saya.. Saya.. "

"YES OR YES? "

"YES, I WILL"

Semuanya bersorak seperti perlawanan bola sepak Malaysia vs Vietnam. Johnny dan Taeyong tarik rambut kerana salah dan kena bagi duit kepada 6000won kepada Jaehyun, Winwin serta Taeil.

Yuta beri sejambak ayam goreng (ayat baru gaiss) dan pakaikan cincin dijari manis di tangan Shannon.

Yuta peluknya dan Shannon membalas. Di tempat lain Sooman hanya menggeleng dan minum kopi cap kapal karam. Tak sia-sia dia merancang dan kenakan Shannon.

Ten peluk Yuta dan mencium seluruh mukanya dan tidak sengaja tercium di bahagian bibir.

"FIRST KISS AKU! "

"SECOND KISS AKU LEPAS DOYEON! "

-TBC

[S1 & S2 ] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now