Jenis-Jenis Kulit Wajah

3.9K 158 35
                                    

[Song: Momoland - Bboom Bboom]

Sebelum awak nak beli skincare, kenal pasti dulu apa jenis kulit awak. Jangan pakai beli je sebab nanti tak sesuai dengan kulit muka masing-masing. Mulalah awak salah kan skincare. Jangan begitu ya sayang sekalian.

Okay secara ringkas, tepat dan padat kulit kita ni terbahagi kepada 5 iaitu:

1. Kulit Berminyak (Oily Skin)
2. Kulit Normal (Normal Skin)
3. Kulit Kombinasi (Combination Skin)
4. Kulit Kering (Dry Skin)
5. Kulit Sensitif (Sensitive Skin)

Dibawah ni adalah ciri-ciri pada setiap kulit wajah:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dibawah ni adalah ciri-ciri pada setiap kulit wajah:

1. Kulit berminyak (oily skin)

 Kulit berminyak (oily skin)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ini memang jenis kulit Dila. Pagi okay lagi bila masuk tengah hari Masya Allah dia punya minyak dah boleh buka kilang minyak! Terpaksa redha dan tawakal bagi mereka yang kulit berminyak. Hihi!

Kulit berminyak akan kelihatan berkilat terutama di T-Zone (bahagian dahi dan hidung). Pori-pori lebih besar dan mudah ada blackhead. Yes, memang betul. Kat hidung Dila ni penuh blackhead sampai kawan tegur banyaknya blackhead kau. Aduh malu mak! Jerawat pun senang tumbuh disebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan oleh kelenjar minyak. Boleh lah korang kumpul buat goreng ikan ke ayam ke. Hehe!

Kelebihan orang yang mempunyai oily skin:

💋 Kemunculan garis-garis halus atau kedutan lambat muncul berbanding kulit kering.

💋Kulit berminyak ni awet muda. Bear in mind.

Bersyukur lah siapa yang kulit berminyak tu tapi jangan pula redha sampai tak cuci muka. Sepuk sat lagi baru tahu.

2. Kulit Normal (Normal Skin)

Kulit normal selalunya takda masalah apa-apa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kulit normal selalunya takda masalah apa-apa. Bahagian T-Zone normal. Pori-pori bersaiz sederhana. Tekstur kulit yang licin dan rata serta warna yang sihat. Awak akan rasa kulit awak lembut. Siapa yang normal tu sangat bertuah. Senang nak cari pencuci muka tapi hati-hati jangan tersalah pilih nanti dari normal jadi lain pula.

3. Kulit Kombinasi (Combination Skin)

Kulit jenis ni ada yang normal, berminyak dan kering

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kulit jenis ni ada yang normal, berminyak dan kering. Biasanya kulit berminyak di bahagian T-Zone (dahi & hidung) dan dagu. Normal dan kering di kawasan pipi.

4. Kulit Kering (Dry Skin)

Orang yang jenis kulit kering ni dia akan rasa tegang dan agak keras lepas cuci muka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Orang yang jenis kulit kering ni dia akan rasa tegang dan agak keras lepas cuci muka. Mudah mengelupas dan juga membentuk garis halus di muka. Kalau yang teruk tu kulit rasa sakit ataupun perit. Kulit jenis ni kita boleh nampak yang kulit kita tak berkilat, pori tak nampak sangat. Ada juga kulitnya menjadi kusam disebabkan sel-sel kulit mati terkumpul.

5. Kulit Sensitif - Kering atau berjerawat (Sensitive Skin)

 Kulit Sensitif - Kering atau berjerawat (Sensitive Skin)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dila ada kawan yang kulit dia memang sensitif. Tak boleh sebarangan pakai pencuci muka.

Sensitif terbahagi kepada rasa bahang pada kulit atau muka berjerawat yang aktif/kronik. Awak yang ada kulit macam ni sebab kulit awak lebih nipis. Mudah terkesan oleh cahaya UV matahari atau produk kosmetik tertentu dan menjadikan kulit awak gatal-gatal, rasa terbakar, sakit dan timbul jerawat serta pipi mudah menjadi kemerahan. Kulit sensisitif ni paling susah nak rawat dan banyak ragamnya.

Inilah dia 5 jenis kulit yang ada pada muka masing-masing sekarang. So, korang kulit yang mana? Sebarang soalan atau ada yang tak faham boleh komen.

See you guys next time 🙋

Beauty Geek Where stories live. Discover now