Rutin Penjagaan Muka Pada Waktu Malam

995 24 4
                                    

[Song: (G) I-DLE - Uh Oh]

Assalamualaikum. Hai guys, I am finally back with another beauty tips just for you all. Apa khabar semua warga wattpad? Semoga sihat walafiat hendaknya. Dah lama sangat menyepi dari dunia oren ni. Wattpad dah berwajah baru. Dila suka sebab nampak lagi kemas dan cantik. Hihi!

Rasanya dah banyak tergendala penulisan tentang perkongsian dan tips kecantikan. Sibuk sangat sekarang ni sampai tiada masa nak update Beauty Geek. Nak kongsi berita gembira pada awak semua, Dila dapat sambung ijazah di UPM.

Alhamdulillah tapi sampai sekarang masih lagi berfikir nak sambung atau tidak. Kalau sambung, banyak duit nak guna dan umur dah 26 tahun bila habis nanti. Tak sangka dah berumur sis. Haha! Kalau tak sambung pula tiada hutang dan duit pun ada. Dilema...

Should I go or shouldn't?

Terima kasih kepada adik HaSeok_ tentang soalan awak ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terima kasih kepada adik HaSeok_ tentang soalan awak ini. Sekarang ni Dila dah ada masa sikit nak godek Wattpad jadi di update kali ini nak kongsi penjagaan muka yang biasa Dila lakukan pada malam untuk pembaca Beauty Geek. Harap membantu!

Sebelum itu, ini adalah gambar skincare rutin Dila untuk pagi dan malam. Ini yang biasa Dila guna tapi buat masa sekarang ini sahaja dulu. #flatlaybydila

 #flatlaybydila

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

1. Cleanser:
Nama: Acne Cleansing Gel
Jenama: The Beauty Hacks
Net: 100ml
Harga: RM45

2. Toner:
Nama: Soothing Facial Toner
Jenama: Simple
Net: 200ml
Harga: RM15.95

3. Moisturiser:
Nama: Face Mask Honey
Jenama: The Beauty Hacks
Net: 25g
Harga: RM45

4. Sunscreen:
Nama: UV Perfect Block Milk Moisture
Jenama: Biore
Net: 25ml
Harga: RM16.20

5. Spot Treatment:
Nama: Acne Pimple Medication
Jenama: Oxy
Net: 25g
Harga: RM17.55

6. Makeup Remover
Nama: Micellar Cleansing Water
Jenama: Garnier
Net: 125ml
Harga: RM12.31

Serum sahaja yang Dila tak guna lagi. Nanti lah bila bajet dah cukup nak cuba serum dari The Beauty Hacks. The Beauty Hacks adalah produk dari Malaysia yang Dila suka sangat dan sesuai dengan kulit. Kali pertama produk buatan anak melayu yang Dila suka. Packaging The Beauty Hacks pun dah berwajah baru lagi jatuh cinta.  Hihi!

Adik HaSeok_ nak tahu rutin Kak Dila pada waktu malam kan? Let's go!

Okay waktu malam sama sahaja yang Dila guna cuma sunscreen sahaja tak guna. Mula-mula Dila guna makeup remover dari garnier warna pink. Sebelum ini warna biru tapi kali ini nak cuba warna pink pula. Okay je warna pink ni fungsi dia sama sahaja untuk menghapuskan makeup, membersihkan dan menyegarkan tanpa bilas dengan air. Dila syorkan pada mereka yang kulit sensitif sebab tak irritate pada kulit. Tak rasa sakit atau pedih pun.

Kemudian, cuci wajah dengan cleanser dari The Beauty Hacks. TBH ada dua jenis gel cleanser iaitu Acne Cleansing Gel dan Moisture Cleansing Gel. Dila guna Acne Cleansing Gel kerana kulit muka Dila mudah tumbuh jerawat. Setiap kali haid, mesti tumbuh. So kiranya sebulan sekali mesti ada berketul-ketul jerawat. Geramnya! Apa yang Dila suka dengan cleanser TBH kerana sangat sesuai untuk kulit sensitif dan juga ianya low pH level antara 4.5 hingga 5.5 sahaja. Dah setahun setengah guna cleanser TBH dan alhamdulillah kulit muka terasa lebih bersih, lembut dan kurang berminyak.

Seterusnya, Dila guna toner dari Simple. Tersangat lah bagus sebab tak rasa pedih pun guna toner ini. 100 peratus free dari alkohol dan juga sesuai untuk kulit sensitif.  Tahan 2 ke 3 bulan. Toner dari Hada Labo pun bagus. Both is so good but as for me, I will choose Simple more. Parut Dila dah berkurangan bila guna toner dari Simple sebab ia ada niacinamide yang bagus untuk putih kan kulit. Alhamdulillah dah tak nampak sangat.

TIPS: GUNAKAN BAHAN YANG MENGANDUNGI BRIGHTENING AGENT SEPERTI VITAMIN C, GLUTATHIONE, ARBUTIN DAN NIACINAMIDE YANG DAPAT MEMBANTU MERAWAT PARUT, TONA TAK SEKATA ATAU DARK SPOT.

Selepas itu, Dila guna spot treatment iaitu acne pimple medication dari Oxy. Ada dua jenis iaitu regular dan maximum. Regular ada 5% benzoyl peroxide (mild pimple) manakala maximum ada 10% benzoyl peroxide (stubborn pimple) . Dila guna sebab nak treat Sebaceous Filaments yang ada kat hidung. Alang-alang guna sekali untuk jerawat. Okay lah not bad. Jerawat kecut bila guna oxy ni tapi untuk Sebaceous Filaments ni macam tiada hasil je. Rasanya kena guna juga Chemical Exfoliator untuk kurangkan SF dan juga bintik-bintik hitam di hidung. Jangan overdose nanti kulit boleh kering. Guna sekali sehari atau 2 ke 3 kali seminggu atau bila jerawat tumbuh sahaja.

Akhir sekali barulah Dila guna moisturiser dari The Beauty Hacks. Face Mask Honey ini sangat sesuai untuk kulit berminyak macam Dila. Jenis gel, tak melekit dan mudah serap di kulit wajah. Bila pakai kulit terasa sejuk je. Ini yang Dila suka sebab feel sejuk tu rasa nyaman. Tapi Dila tak suka dengan net weight moisturiser dari TBH sebab sikit sangat. Sebulan dah habis. Harap TBH dapat tambahkan net weight moisturiser ini.

Oh satu lagi, Dila akan guna Face Mask dan scrub 2 atau 3 kali seminggu. Ini ikut mood sebenarnya. Kalau terasa nak pakai, Dila akan pakai. Kalau malas seminggu tak pakai. Perempuan biasalah mesti ada mood malas dia tu walaupun nak kulit cantik tapi tetap ada malas.

That all for night skincare routine from me. Itulah dia produk yang Dila guna hampir setahun setengah dan alhamdulillah sesuai dengan kulit Dila. Anyone of you yang nak recommend produk lain yang elok boleh komen di sini. Kalau malu boleh private message. Mana tahu ada di antara pembaca Beauty Geek berkenan dengan produk yang awak mention tu. Sharing is caring.

Mungkin lepas ini nak tambah serum dan juga chemical exfoliator. Harap duit dapat membantu seketul gadis yang ingin kan kulit wajah menawan bak telur rebus! Hai lah, duit melayang terbang bersama deruan angin di waktu malam yang gelap lagi kelam. Kah!

Salam sayang dari si penulis Beauty Geek, Adila Adriana. I hope you will have a great day and be happy guys.

Psst, Kang Daniel dan Jihyo Twice dating

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Psst, Kang Daniel dan Jihyo Twice dating. Tahniah semoga bahagia ya korang. Hihihi... Bila BTS nk dating pula ni? 🤔

Beauty Geek Where stories live. Discover now