Fakta Vs Mitos Dalam Penjagaan Muka

2.1K 100 10
                                    

[Song: Ed Sheren - Happier]

1) Pencuci muka

Dont: Letak pencuci direct pada muka, gosok sikit-sikit kemudian bilas.

Do: Buihkan pencuci pada tapak tangan. Gunakan buih dan urut muka secara perlahan-lahan selama 1 minit untuk tanggalkan kotoran yang ada pada kulit.

Perhatian! Jangan gosok lebih dari 1 minit. Nanti buih-buih akan menyerap masuk ke dalam pori dan kulit. Masalah lain pula yang timbul seperti jerawat, iritasi atau keradangan.

Mitos: Rasa tegang tanda muka bersih.

Fakta: Itu tandanya pencuci sangat kuat dan lembapan kulit hilang. Maka kulit akan mengeluarkan lebih banyak minyak untuk menggantikan lembapan yang hilang. So, kulit akan jadi lebih berminyak dari kebiasaan.

Disarankan untuk mencuci muka 2 kali sehari sahaja.

2) Toner

Mitos: Orang kata toner itu wajib pakai. Namun ada pakar yang kata tak pun. Orang kata toner yang sejuk dan tegang itu tandanya bagus.

Fakta: Toner bukan satu benda yang wajib tapi keperluan kalau nak tanggalkan lebihan kotoran yang susah tanggal. Toner sejuk dan tegang tandanya ada kandungan alkohol. Lagi sejuk dan tegang, lagi banyak kandungan alkohol. Alkohol menghilangkan kuman dan dapat mengeringkan kulit.

3) Pelembap

Mitos: Lagi banyak sapu pelembap lagi bagus. Dan kulit berminyak tak perlu pakai pelembap.

Fakta: Kulit ada had untuk menyerap lembapan. Pakai sekadar yang diperlukan. Jangan sampai kulit jadi over basah, lembap dan berminyak. Selepas sapu pelembap tolong tepuk-tepuk secara lembut pada kulit untuk mempercepatkan proses penyerapan. Dan kulit berminyak kena pakai pelembap juga. Tetapi yang khusus untuk kulit berminyak.

4) Pelindung UV

Mitos: Yang penting ada pelindung UV dan boleh lindung semua.

Fakta: Cari produk pelindung UV yang melindungi kulit dari UVA dan UVB sekaligus sebab kedua-dua UV adalah berbeza.

Tahap perlindungan pun kena ambil kira juga.
Contohnya, SPF15 hanya boleh bertahan beberapa jam sahaja. Selepas itu kulit tak akan dilindungi lagi.

Paling bagus pakai pelembab yang ada pelindungan UV, pakai fondation yang ada pelindungan UV dan compact powder yang ada pelindungan UV.

Selepas dilapis dengan pelindung-pelindung ini semua, SPF akan jadi lebih tinggi dan bertahan lama.

5) Scrub

Mitos: Makin kasar butiran scrub, makin bagus untuk menanggalkan kotoran. Scrub boleh dipakai setiap hari.

Fakta: Scrub yang kasar sebaiknya hanya digunakan seminggu sekali atau dua kali sahaja. Scrub yang terlalu kasar akan menyebabkan berlakunya iritasi seperti cela, pedih, kering dan tegang.

Seperti yang kita tahu, scrub tak boleh dipakai setiap hari. Risau nanti akan timbul masalah-masalah kulit muka yang lain. Paling bagus guna scrub yang lembut dan ada jenis scrub lembut boleh guna setiap hari.

6) Night Cream

Mitos: Night Cream sama macam Day Cream.

Fakta: Night Cream lebih pekat dan ada kandungan tertentu untuk merawat kulit. So, Night Cream berlainan dengan Day Cream.

7) Masker

Don't : Jangan pakai masker sambil membaca, menonton tv dan buat kerja-kerja rumah. Dan orang kata pakai lama-lama akan lebih berkesan.

Do: Pakai sambi pejamkan mata. Rehatkan diri. Set alarm supaya tak pakai lebih dari waktu yang disarankan. Pergerakkan otot walaupun sedikit akan menimbulkan garisan halus dan kedut.

Jadi jangan membaca ke atau buat apa-apa aktiviti. Dan jangan pakai lebih dari waktu yang disarankan nanti kulit akan mengalami iritasi.

8. Krim Mata

Mitos: Pakai lebih banyak lagi bagus.

Fakta: Kulit pada kawasan mata sangat nipis dan ada had untuk menyerap lembapan. Jika dipakai secara berlebihan akan timbul masalah milia dan mata akan berair.

9) Campur Produk

Mitos: Campur produk dari banyak jenama tak mengapa. Produk mahal lagi bagus.

Fakta: Sesetengah orang memang tiada masalah kalau mix jenama produk. Contohnya, pencuci jenama lain, toner jenama lain, serum jenama lain etc.

Tapi korang tahu tak yang paling elok adalah memakai satu jenama yang sama untuk kesemua produk? Sebab setiap satu produk dari jenama yang sama dicipta untuk menyokong antara satu sama lain.

Contohnya, pencuci muka ada bahan A, toner pula ada bahan B yang mana bila dipakai kedua-duanya akan bergabung dan memberi kesan yang bagus.

Beauty Geek Where stories live. Discover now