5 Cara Kenal Pasti Kosmetik Beracun

222 13 0
                                    

[Song: Blackpink - How You Like That]

1. Tiada label “ingredients”
Ini paling penting, apa saja produk yang cara penggunaan dia sapu atau makan, kalau takda ingridients memang bahaya. Banyak founder-founder produk kecantikan tidak berani mendedahkan bahan kandungan produknya kerana takut diketahui oleh umum dan pihak berwajib. Produk yang berkualiti mestilah mempunyai bahan kandungan dalam bahasa saintifik.
Ada juga beberapa bahan yang boleh ditulis menggunakan nama non-scientific seperti ekstrak epal, kobis dan sebagainya.

2. Tiada dijual di Pharmacy atau Drugstores
Kebiasaannya produk beracun susah mendapat kebenaran menjual di Farmasi atau Drugstore . Founder produk kecantikan pun memang tak berani nak jual di farmasi mahupun di drugstores kerana peraturan jualannya yang sangat “strict”. Bahan kandungan harus di nyatakan terlebih dahulu sebelum produk nak dijual di pharmacy atau drugstores ini. Jadi, kalau produk beracun ni nak masuk pharmacy, memang awal-awal dah kantoi.

3. Tiada label Syarikat atau Kilang
Produk beracun juga tidak akan berani memaparkan alamat syarikat mahupun kilang kerana apabila produk tersebut “kantoi” dengan badan penguatkuasa seperti KKM, maka mudahlah founder kata “itu produk fake!” dan bukan miliknya .

4. Terlalu overclaim rawat penyakit kulit
Jika benar produk tersebut mampu merawat eczema, resdung, kanser kulit, Urticaria (gegata) dan lain-lain, sudah pasti klinik kulit atau hospital akan menggunakan produk tersebut sebagai kaedah rawatan sakit kulit tersebut dan sudah pasti akan dijual sebagai ubat/krim kulit di Pharmacy atau drugstores.

5. Tiada Lab Test
Paling mudah nak tahu produk tersebut selamat atau tidak, produk tersebut mestilah mempunyai keputusan ujian makmal di SIRIM QAS International Sdn Bhd atau badan R&D yang mempunyai pengiktirafan global.duk tersebut selamat atau tidak, produk tersebut mestilah mempunyai keputusan ujian makmal di SIRIM QAS International Sdn Bhd atau badan R&D yang mempunyai pengiktirafan global.

"KAMI SHARE , ANDA YANG MENILAI"

"JADILAH PENGUNA KOSMETIK YANG BIJAK"

Credit to group Facebook Zon Bebas Kimia

Beauty Geek Where stories live. Discover now