Sensitive Skin, Sensitized Skin & Acne Prone Skin

147 11 8
                                    

[Song: Harith Zazman, MFMF, Loca B - Cute (Stop Lah Being So Freaking Cute]

Assalamualaikum and hai guys. Kali ini Dila nak kongsi perkara yang kita biasa dengar tapi selalu disalah erti. This is all credit to Facebook group Skin Issues and written by Syahira Farzana

*****

“Saya ada sensitive skin”

Perkataan ni kita selalu pakai untuk menggambarkan kulit kita sensitif terhadap sesuatu. Tapi sebenarnya ada perbezaan antara SENSITIVE SKIN dan SENSITIZED SKIN

SENSITIVE SKIN
1. Masalah genetik contohnya rosacea, eczema atau psoriasis yang semulajadi menjadikan kulit dia kering, menggelupas, merah dan sebagainya atas faktor masalah kulit.

2. Skin barrier dah rosak contohnya penggunaan produk berbahaya pada masa lampau seperti produk merkuri, atau jenis puteri lilin iaitu kena sahaja matahari sikit terus terbakar dan menggelupas teruk. Tapi kalau berjemur terlalu lama dan kulit kita burn, semua orang akan hadapi masalah seperti itu. Jadi maksud sensitif terhadap matahari ini adalah kulit dia memang akan pedih terus bila kena matahari dan jadi mcm udang terbakar.

SENSITIZED SKIN
1. Kulit 'sensitized' by products yang skin tak boleh tolerate contohnya orang itu kulit dia kering sebab guna cleanser ada sls, jadi dia sensitized terhadap bahan SLS. Bila dia guna cleanser yang tiada SLS, kulit akan kembali pulih.

2. Selepas ini, kita dah boleh guna term sensitized terhadap paraben/sls/fragrance/alcohol/etc. Basically, this category has normal skin type only not sensitive. Once someone said “I have sensitive skin”, means dia ada penyakit kulit.

ACNE PRONE SKIN
Muka yang senang naik jerawat atau jenis banyak jerawat kalau pakai salah produk/jenis.

Semoga bermanfaat. Finally lastly, Selamat Hari Raya Aidiladha semua. Stay safe!

Beauty Geek Where stories live. Discover now