Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah

2.4K 128 7
                                    

[Song: Seventeen - Clap]

Macam mana nak tahu jenis kulit kita yang mana satu?

First sekali, cuci muka terlebih dahulu supaya hilang dari segala kotoran yang ada kat muka. Jangan terlebih cuci pula sampai pedih kulit muka. Then, biarkan selama 1 jam untuk kulit kembali kepada normal. JANGAN SENTUH muka tu ya. Lepas dah satu jam, letakkan bloating paper atau tisu di bahagian T-Zone, dagu dan pipi. Mostly semua lah untuk pastikan kulit awak jenis yang mana satu. Jangan lap tapi letak disetiap bahagian yang disebut tu.

🌸 Kalau melekat atau menyerap minyak yang banyak tu maksudnya kulit awak berminyak. Biasanya kulit berminyak ni muka akan nampak berkilat. Macam Dila ni kulit berminyak so dari jauh boleh nampak kilat tu dan ada pori-pori yang besar.

🌸Kalau tak melekat atau menyerap sebarang minyak, maybe kulit awak kering. Kulit kering ni mudah mengelupas dan rasa tegang je macam ada plastik kat muka tu. Yang bestnya tentang kulit kering ni, pori-pori kecil so kurang sikit ada blackhead or whitehead.

🌸Kalau melekat kat bahagian T-Zone dan dagu, kulit awak adalah kulit kombinasi. Di bahagian pipi mungkin kering atau normal.

Untuk kulit sensitif pula bila tersalah pilih skincare, allergic ke atau apa-apa yang menyebabkan kulit sensitif akan menyebabkan muka kemerahan, pedih, rasa terbakar, tompok-tompok hitam, naik ruam/jerawat dan sebagainya. Faham-faham jelah kalau dah namanya pun sensitif maka sensitif lah dia.

Kulit normal senang je nak tahu, awak tiada sebarang masalah diatas. Yeah, anda sangat bertuah! Jaga elok-elok bagi mereka yang kulit normal. Ramai yang jeles tau termasuk Dila. Hihi!

Cara yang kedua pula lepas bangun tidur esok pagi, cuba awak sentuh muka guna tangan tapi lebih elok guna tisu. Sentuh atau lap muka tu. Cara macam ni pun boleh tahu awak jenis kulit yang mana. Time pagi memang keadaan kulit kita yang sebenar so awak semua boleh guna cara ni.

Okay, ini sahaja untuk kali ni. Tunggu next update. See you guys next time 🙋

Beauty Geek Where stories live. Discover now