Pesanan untuk Anda!

1.5K 77 4
                                    

[Song: Bebe Rexha - I'm A Mess]

1. Pencuci muka ini untuk menambah baik jenis kulit semulajadi kita. Kalau kulit anda bukan putih semulajadi, please jangan guna pencuci muka yang boleh menghakis semata-mata nakkan kulit putih melepak!

2. Analysis dan observe dahulu tentang syarikat, bahan-bahan yang digunakan dan harga. Yang ni memang Dila selalu buat sebelum beli sesuatu produk. Muka ni nak pakai lama. Jadilah pengguna yang bijak!

3. Jerawat semakin melarat kerana kulit meradang akibat terlalu kering ataupun sensitif pada sesuatu bahan. Kulit yang lembap ialah kulit yang terkawal dan optimum pengeluaran sebumnya.

4. Pentingkan kualiti berbanding kuantiti. Murah tidak semestinya tidak bagus dan mahal tidak semestinya bagus. Buat kajian terlebih dahulu tentang customer review untuk produk yang anda berkenan.

5. Elakkan dari mengguna produk yang mengandungi bahan-bahan bahaya dan berhati-hati dengan produk yang menjanjikan kulit licin sepantas kilat!

6. Kulit kita akan berubah maka jenis pencuci muka juga perlu berubah. Kenal pasti setiap masalah kulit anda.

7. Jangan stress dengan pelbagai jenis pencuci muka di pasaran. Apa yang penting ialah rutin penjagaan muka yang ringkas tapi cukup.

8. Jerawat perlu dirawat luar dan dalam. Mungkin anda mempunyai pencuci muka yang bagus tapi dalaman tak bersih, tiada gunanya. Amalkan pemakanan yang sihat dan ambil makanan tambahan seperti Teh Hijau atau Aijuice Dossier sejenis minuman untuk detoks segala toksin di dalam badan.

9. Jangan melambat-lambatkan merawat jerawat. Elakkan parut jerawat berlubang yang lagi susah dan mahal untuk dirawat.

Stay tune for more info and tips.

Beauty Geek Where stories live. Discover now