Punca Jerawat Timbul

1.9K 87 11
                                    

[Song: Anne Marie - 2002]

Ramai yang fikir punca jerawat dari faktor luaran sahaja. Sebenarnya faktor dalaman pun salah satu punca terjadi. Haaa jadi kita kawal dua-dua, luaran dan dalaman baru seimbang. Am I right?

JERAWAT SEKITAR DAHI
•Diet tidak seimbang, permakanan yang tidak sihat atau tidur yang tidak menentu boleh punca berlakunya jerawat.

•Cara mencegahnya perlu amalkan permakanan yang sihat, tidur yang cukup dan amalkan pengambilan antioksidan yang tinggi jangan lupa minum air kosong secukupnya.

JERAWAT SEKITAR MATA
•Punca jerawat sekitar mata belaku akibat kekurangan air pada tubuh badan.

•Cara mencegahnya wajib minum air 8 gelas sehari dan elakan pengambilan caffeine, teh dan kurangkan perisa segera dalam makanan seperti garam, MSG.

JERAWAT SEKITAR PIPI KIRI/KANAN
•Punca dalaman terjadi jerawat di sekitar pipi ialah terlebih amalkan pengambilan ternusu atau allergic dari permakanan atau persekitaran. Untuk punca luaran terjadinya jerawat sekitar pipi akibat pencemaran udara dari asap kenderaan, rokok, masakan dan sebagainya.

•Cara mencegahnya wajib menjaga permakanan yang seimbang dan tahu tahap penerimaan tubuh badan atas makanan yang di makan. Jaga kebersihan tempat tidur dan pakai topeng bila berada di tempat yang penuh dengan asap.

JERAWAT SEKITAR HIDUNG
•Kenapa terjadi jerawat sekitar hidung akibat penghadaman yang kurang baik dan akhirnya akan terjadi aliran darah yang tidak lancar.

•Cara mencegahnya gantikan lemak jahat ke lemak baik dengan amalkan pemakanan omega-3 seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan ikan. Jangan lupa bersihkan alat makeup untuk elakan pengumpulan kotoran pada liang pori.

JERAWAT SEKITAR BIBIR
•Hormon yang tidak stabil boleh menjadi punca jerawat di sekitar bibir.

•Cara mencegahnya pilih makanan yg berhasiat. Elakkan stress, lakukan senaman ringan setiap hari terutama ketika perempuan yang datang bulan.

JERAWAT SEKITAR DAGU
•Pengumpulan toksin yang banyak punca akan terjadi jerawat di sekitar dagu. Makanan yang kurang baik akan bertukar menjadi toksin dalam badan akhirnya toksin terkumpul boleh menyebabkan salah satunya jerawat.

•Cara mencegahnya amalkan detoxs setiap hari dan Vitamin C. Lebihkan serat untuk membantu penghadaman.

P/S: Boleh refer gambar di media.

Terima kasih daun keladi.
Ada masa jumpa lagi.

Credit to Feelta Beauty

Beauty Geek Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora