Tips dari Founder of Kina DLusion

2.1K 86 7
                                    

[Song: Pentagon - Shine]

Ramai juga lah tanya kina, kina pakai apa kat muka?

Kina rasa dah banyak kali kina explain kan? Siapa yang jenis selalu baca posting kina mesti dah hafal apa yang kina selalu pakai.

Muka kina ni taklah ploless beria nau pun. Kadang-kadang kering je, faktor dah busy sangat sampai lupa nak minum air masak. Dan kina pun ada masalah pori besar faktor dari skincare dulu-dulu.

Kulit kina pernah breakout teruk 3 tahun lepas sampai ke leher naik jerawat. Minyak kat muka tak payah cakaplah kan. Selambak je.

Sekarang ni kina konsisten guna skincare kina sahaja. Tak ada nak campur dengan produk lain sebab kulit kina dah jadi sangat sensitif.

Lagi pun, produk natural ni proses dia slow and steady je. Tiada bantuan bahan kimia yang pelik-pelik supaya kulit kita cepat glowing. Sebab bahan natural ni akan cure kan sehingga ke lapisan kulit paling dalam. Layer kulit pun ada banyak lapis kan.

Tapi, kalau fikir dari sudut positif bagus juga kulit sensitif ni. So, kita akan jaga lebih dari semua segi. Taklah nak pakai produk bebukan sesuka hati, nak makan pun ikut nafsu tekak je.

Selain itu, kina jaga kulit dengan cara,

+ Disiplin jaga makan agak ketat.

+ Muka sangat kurang make up. Make up tang mata dengan molott je. Tang muka, tak pakai foundation dan hanya pakai loose powder homemade kawan kina Ili Afiqah Ismail.

+ Konsisten dengan satu produk sahaja selama bertahun.

+ Setiap hari akan pakai bedak sejuk yang kina buat sendiri.

+ Elak kan ambil makanan berminyak dan bergoreng.

+ Seminggu sekali akan buat smoothie untuk detox

+ Tak minum kopi.

+ Supplemen tak pernah tinggal. Kina ambil produk mamadil iaitu women love dan susu rizqi dah 2 tahun.

+ Bila dah sensitif ni, belacan, segala seafood dan makanan yang menggatalkan kina dah ucapkan selamat tinggal #SalamSayonara.

+ Fast food? Lupa dah last bila kina makan.

+ Tak minum air gas, air sejuk.

+ Buah setiap hari wajib makan. Paling kerap buah orange. Omputih sangat kan. Hehe.

+ Sauna seminggu sekali atau 2x. Kina akan sauna guna essential oil blend. Nyaman je kat minda dan kulit.

+ Seminggu sekali akan buat detox kaki.

Kina ni tak rajin pun nak pergi spa. Dah bertahun kina tak pergi facial muka. Adalah 7-8 tahun kot. Ingat kina rajin sangat ke?

Bagi kina kan, biar kita jaga kulit kita seadanya so kita tak perlu struggle nak menepek itu ini untuk cover jerawat ke, nak nampak seri ke sebab kulit kusam. Kina bukan macam tu.

Kina ni klasik sikit orangnya. Tak kisah nak pakai tudung seploh hengget pun. Janji, kulit kina behave dan kurang problem.

Sebab, kina ni pemalas je sebenarnya. Kina malas nak siap lama-lama kalau keluar rumah. Kina boleh siap 20 minit je kalau nak keluar rumah tau. Siap mandi, scrub bagai lagi.

Tapi, untuk jaga kulit, secara tak sengaja dalaman pun kita kena ambil berat juga. So, ingat senang ke nak jaga semua tu. Bukan pakai seminggu je, terus nak cantik.

Kalau nak kulit kita selesa dan cantik perlukan pengorbanan dan disiplin yang konsisten. Tiada alasan busy ke tak sempat ke.

Kina buat produk 24 item okay. Nak layan whatsapp pm orang semua. Tapi tak bermaksud kina abaikan hal diri kina. Kulit dan badan nak pakai lama kan. Haruslah jaga dari sekarang. Dahlah nak masuk 3 series ni.

Nak tak nak kina terpaksa rajin.

Credit to Nur Sakinah Badron

Hai semua! Bagi Dila tips dari Nur Sakinah Badron sangat berguna. Bukan setakat luaran sahaja kita kena jaga tapi dalaman juga. Nak tahu lebih banyak tips dan info dari Founder Kina Dlusion boleh follow beliau di Facebook. Boleh refer gambar di bawah.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Beauty Geek Where stories live. Discover now