Tips Kurus

1.3K 63 6
                                    

[Song: Girl Generation - Lil' Touch]

Anyeonghaseyo chingu 🙋
Hari ni Dila nak share Tips Kurus Cepat sesuai untuk mereka yang berusaha nak kurus. Jangan putus asa tau! Tanamkan perkataan dalam minda awak Nak Kurus! Ulang banyak kali supaya awak bersemangat nak kurus. Fighting!

***

Rasa give up kan bila sudah mencuba pelbagai produk pelangsingan dan workout setiap hari, tetapi tidak banyak perubahan yang berlaku ke atas pengurangan berat dan saiz fizikal badan. Oleh itu, kami ingin kongsikan 14 cara berdiet untuk kurus dengan cepat dan berkesan tanpa memerlukan pengambilan ubat-ubatan atau produk pelangsingan badan.

💜Jangan Berlapar

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

💜Minum Banyak Air Putih

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

💜Elakkan Minuman Bergas

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

💜Ambil Sarapan Pagi

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

💜Kunyah Hingga Lumat

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

💜Kekerapan Makan

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

💜Snek Ringan

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

💜Minum Air Limau Nipis

Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

💜Amalkan Pengambilan Buahan-buahan dan Sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

💜Pengambilan Makanan Berempah

Sesetengah rempah seperti cili dan kari didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

💜Bijirin dan Kekacang

Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

💜Fokus

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan

💜Biasakan Berjalan

Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

💜Kurangkan Pengambilan Gula

Pengambilan gula perlu dikurangkan kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilo kalori.

***

Sumber dari Aijuice Dossier HQ (Facebook) Selamat mencuba guys! Bye-bye! 💖

Beauty Geek Where stories live. Discover now