6 Jenis Jerawat Anda Perlu Tahu

2.2K 103 14
                                    

1

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

1. Whiteheads
Terbentuk ketika pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum, bakteria dan sel-sel kulit mati menyebabkan paparan putih di permukaan kulit anda.

2. Blackheads
Blackhead atau bintik-bintik hitam terbentuk apabila liang halus pada permukaan kulit terbuka dan memberi ruang kepada udara melaluinya. Kemudian, melanin (penentu warna kulit anda) yang terkandung dalam sebum bertukar menjadi gelap apabila terdedah kepada udara. Melanin yang bertukar menjadi gelap inilah yang anda nampak sebagai blackhead atau bintik-bintik hitam.

3. Jerawat Papula.
Merupakan jenis jerawat radang kulit. Berbentuk benjolan lembut kemerah-merahan. Saiznya agak kecil sahaja iaitu tidak melebihi 5mm pun. Boleh refer gambar dibawah.

4. Cyst
Terjadi disebabkan kombinasi jerawat-jerawat nodule yang bercantum antaa satu sama lain sehingga membentuk cyst yang besar. Jangan sesekali memicit jerawat ni sebab akan lebih banyak merebak dan meninggalkan parut.

5. Nodule
Terdiri daripada benjolan keras dibawah permukaan kulit. Lebih besar dan sangat menyakitkan serta kadang-kadang tidak hilang selama berbulan-bulan. Jerawat ni menyumbang kepada parut berlubang dan luka pada permukaan kulit.

Jika tak dirawat dengan betul, Nodule ni akan terbentuk semula walaupun selepas kecut. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

6. Jerawat Pustula
Bintik merah yang meradang dan muncul sebagai bintil merah dengan pusat putih atau kuning (bernanah).

Beauty Geek Where stories live. Discover now