Double Cleansing Method

347 16 9
                                    

[Song: Gaho - Start Over Itaewon Class OST]

Assalamualaikum warga Wattpad! Macam mana hari raya korang tahun ni? Best ke idok? Dila hari raya pertama pakai baju untuk ootd je pastu aku tidur. Mesti korang pun macam ni kan? Haha!

Kali ni Dila nak share tentang double cleansing method. To be honest, Dila takut nak cuba cleansing oil. Sebelum ni Dila hanya pakai Micellar Water tapi lepas kulit breakout, Dila research tentang skincare dan pasal double cleansing method then terus decide nak pakai cleansing oil.

Disclaimer: Makan masa 2 hari nak kongsi tentang double cleansing method selepas baca dan kaji selidik. Kalau salah tolong betulkan ya kawan-kawan. Update kali ini panjang.

Siapa yang tak tahu apa itu double cleansing method, meh sini Dila nak cerita sikit.

Jom!

APA ITU DOUBLE CLEANSING?
Kalau awak ada masalah liang pori tersumbat atau pori-pori besar, jerawat, blackhead, kulit berminyak, kulit kering, double cleansing akan bagi banyak benefit untuk korang!

Double cleansing merupakan teknik cucian sebanyak dua kali. Teknik ni sangat popular di negara Korea dan Jepun kerana dapat membantu menghilangkan kotoran degil yang boleh menyumbat liang pori dan menyebabkan jerawat di kulit wajah. Pertama pakai oil-based cleanser atau cleansing balm atau cleansing cloth. Kedua pula pakai water-based cleanser macam pencuci muka yang selalu kita guna tu.

Oil based cleanser (Berasaskan minyak)
Mencuci muka dari segala oil-based impurities seperti makeup, sunscreen dan minyak yang berlebihan di kulit muka.

Water based cleanser (Berasaskan air)
Mencuci segala water-based impurities seperti peluh dan debu-debu di kulit wajah. Selain itu, membantu mengatasi masalah kulit (skin concern) tertentu yang di hadapi.

Dah faham? Okay jom kita pergi ke bahagian yang seterusnya.

KENAPA DOUBLE CLEANSING METHOD NI PENTING?

Macam yang awak semua tahu, minyak tak akan bercampur dengan air. Pencuci muka yang berasaskan air sahaja tidak boleh mencuci kotoran yang berasaskan minyak seperti sunscreen, makeup dan sebum. Mungkin awak rasa ada setengah water-based cleanser boleh cuci oil-based impurities tapi tak efektif macam oil cleanser. Kesimpulannya, minyak menarik minyak dan air menarik air.

Jadi, double cleansing ni sangat penting untuk mengelakkan kulit kita daripada pori tersumbat. Kalau setakat cuci guna pencuci harian tu, kulit awak tak bersih tau dan liang pori tersumbat maka tumbuh lah segala jenis jerawat, blackhead, whitehead dan sebagainya.

Dah macam cikgu kimia pula. Harap korang faham lah.

Tapi nak buat double cleansing ni pun kena ikut jenis kulit ya. Takut nanti terlebih cuci (over washing) dan terlebih kering (over drying) kulit kita. Kalau buang terlalu banyak natural oil akan menyebabkan kulit kita menghasilkan lebih banyak minyak maka berlaku lah breakout dan iritasi. So kepada mereka yang kulit berminyak, jangan ingat nak buang semua minyak kat kulit tu ya.

Penting kan double cleansing method ni? Of course sangat penting! Let's move on to the next point.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN DOUBLE CLEANSING METHOD

Kelebihan:-
1. Menghapus dan mencairkan waterproof makeup dengan lebih mudah
2. Mencuci pori-pori dengan lebih mendalam
3. Membuang segala minyak yang berlebihan di wajah
4. Takyah guna cotton pad
5. Kulit wajah akan lebih lembut dan bersih.

Beauty Geek Where stories live. Discover now