Breakout VS Purging Part 2

329 19 1
                                    

[Song: IU - Blueming]

Guys, IU ada kat Malaysia! 21 Dec 2019 concert IU tapi tak dapat pergi. Pergi Concert IU wishlist dari sekolah menengah tau. Sedihnya... Beli album je lah. Harap ada rezeki lagi nak jumpa IU. Amin...


*****

Assalamualaikum & Salam Jumaat semua. Dah lama Dila tak update Beauty Geek. Sibuk kerja & uruskan bisnes jadi tak sempat nak update. Dila tak update pun ramai juga yang Read, Vote, Comment & Add Reading List. Terima kasih banyak-banyak guys!

Sebelum ni pernah share tentang breakout vs purging kan? Kali ini versi 2 pula.

Jom baca!

Breakout dengan Purging adalah situasi yang sama iaitu bila kulit ditumbuhi JERAWAT. Tapi ada beberapa perkara yang membezakan antara satu sama lain.

Benda ni mudah je nak faham jadi korang takyah gelabah sangat nak sakitkan otak untuk analisis.

BREAKOUT
1. Breakout berlaku atas beberapa faktor antara yang paling biasa:

•keturunan/genetik
•alergik dengan bahan-bahan tertentu yang ada dalam produk skincare/kosmetik
•pori tersumbat
•stress
•pemakanan
•skin barrier terganggu

2. Tempoh breakout bergantung atas peyebabnya. Kalau keturunan biasanya dia takkan hilang dengan mudah & mungkin perlukan campur tangan pakar kulit/doktor.

3. Untuk breakout disebabkan ketakserasian produk, breakout sepatutnya akan pulih sendiri dalam tempoh beberapa minggu selepas berhenti pakai produk tersebut. Dengan bantuan ubat jerawat seperti Benzoyl Peroxide.

4. Yang mengatakan kalau jerawat Breakout tumbuh ditempat baru & jerawat Purging ditempat biasa tu secara umum ja. Dia tak semestinya macam tu.

5. Solusi untuk masalah Breakout bergantung pada penyebabnya. Kalau breakout akibat produk kosmetik, hentikan pemakaian produk tersebut & gunakan produk untuk mematikan jerawat seperti Benzoyl Peroxide atau/dan Salicylic Acid.

6. Kalau disebabkan genetik atau hormon tak stabil, sila rujuk doktor. Mungkin dia akan bagi ubat tertentu contohnya Accutane atau suplemen Zinc.

PURGING
1. Purging berlaku bila seseorang itu ada menggunakan produk yang mengandungi bahan-bahan yang boleh mempercepatkan peralihan sel-sel kulit.

Jerawat-jerawat yang ada bawah permukaan kulit, akan beransur-ansur muncul ke permukaan kulit dengan penggunaan bahan-bahan seperti di bawah.

2. Antara bahan-bahan terkenal yang boleh cetuskan Purging termasuklah:
•Hydroxy Acids (Glycolic Acid, Lactic Acid, Salicylic Acid etc)
•Vitamin A (Retinoids)
•Vitamin C
•Azelaic Acid

Bahan-bahan aktif lain seperti Niacinamide atau Alpha Arbutin tak sepatutnya cetuskan Purging ya.

3. Berbeza dengan Breakout, Purging tak akan senang-senang berlaku ke atas semua orang. Ianya bukan petanda yang buruk malah boleh jadi petanda yang bahan tersebut berfungsi seperti yang sepatutnya.

4. Purging ni korang takyah gelabah, sebab ia akan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa hari atau minggu.

Kesimpulannya, breakout is bad purging is good. Breakout akan merosakkan kulit & korang harus merawatnya dan Purging kalau tak serius, biarkan ja jerawat tu surut sendiri. Teruskan penggunaan produk macam biasa.

Harap info ni berguna. Credits to The Beauty Hacks. Jumpa lagi! BYE!

Pst, IU kat Malaysia guys! OMG!
IG: dlwlrma

Pst, IU kat Malaysia guys! OMG! IG: dlwlrma

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

Follow me on IG: adilaadriana_IG Business: @junnibeauty_melaka

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

Follow me on IG: adilaadriana_
IG Business: @junnibeauty_melaka

Beauty Geek जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें