Tips Kulit Putih

1.2K 32 16
                                    

[Song: Winner - Ah Yeah]

Sebelum kita share topik di atas, Kak Dila nak mohon maaf jikalau terkasar bahasa atau terguris perasaan awak ketika menulis buku Beauty Geek ini. Harap diampunkan dosa-dosa ku. Hihi!

SHRMZB 💜

Kalau awak perhatikan betul-betul, masih ada jerawat kecil dekat dahi dan juga parut di pipi. Walaupun dah pakai foundation. Degil sungguh diorang ni 😑

Kak Dila nak share tips cerahkan kulit tapi bukan putih ya

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

Kak Dila nak share tips cerahkan kulit tapi bukan putih ya. Ni pengalaman dari Kak Dila sendiri. Harap membantu awak - awak yang nak kulit kembali seperti asal maksudnya warna tona kulit sekata.

#kulitputih

Rata-rata perempuan di Malaysia nak kan kulit putih bak artis Korea tapi bagi Kak Dila putih tu tak melambangkan apa-apa pun. Kulit putih bukan bermakna awak akan cantik. Yang penting kulit bebas dari cela dan sihat. Itu yang boleh dikategorikan kulit cantik. Ini pendapat Kak Dila lah.

Putih tak selalu cantik. Hitam belum tentu kotor. Kerana putih kain kafan itu menakutkan sedangkan kelambu kaabah yang hitam menyenangkan. Samalah seperti kulit. Kulit putih tak selalu bebas dari jerawat dan cela-cela. Kulit gelap belum tentu banyak jerawat dan cela-cela. Jadi, jangan nak menghina orang yang berkulit gelap sedangkan kulit awak yang putih banyak cacat cela.

Jom kita baca apa tips cerahkan kulit a.k.a warna tona kulit sekata.

1. Basic Skincare
Rasanya dah banyak kali Kak Dila beritahu dalam buku ni basic skincare kena kukuh.

#KUKUH

Tak kisahlah brand skincare apa awak pakai yang penting basic tu kena ada. Awak boleh baca BASIC SKINCARE ROUTINE & BASIC GUIDE yang Kak Dila dah share sebelum ini. Kat situ dah diterangkan secara jelas setiap jenis fungsi produk kulit.

Bila basic skincare awak dah kukuh automatik kulit awak akan sihat dan sekaligus tona kulit akan sekata. Kulit awak akan nampak cerah tapi bukan putih. Please jangan percaya dengan produk yang menjanjikan kulit putih dalam masa 3 hari. Penipu besar tu!

Untuk mereka yang kulit tiada jerawat tapi nak kulit cerah boleh lah cari produk yang khusus untuk whitening. Untuk mereka yang kulit berjerawat FOKUS kecutkan jerawat dan hilangkan parut dulu. Bila dah reda jerawat dan parut pun dah hilang barulah pakai produk untuk mencerahkan kulit.

Ada faham adik sekalian?

2. Scrub
Kak Dila akan pastikan scrub muka 2 atau 3 kali seminggu. Scrub ni untuk menyingkir daki-daki dan sel kulit mati dan ini akan memudahkan produk lain contohnya, toner, Serum dan sebagainya untuk menyerap masuk dalam kulit wajah kita.

Tapi, jangan scrub setiap hari. Ikutlah saranan yang dah ditetapkan dalam scrub tersebut. Selalunya untuk kulit berminyak/normal pakai 3 kali seminggu. Manakala, kulit kering/kombinasi 2 kali seminggu.

Beauty Geek Kde žijí příběhy. Začni objevovat