Bagi Pori-Pori Nampak Kecil

249 10 5
                                    

[Song: Witch - Good Girl]

Hai guys! Halaman kedua untuk pori-pori.

Minta maaf banyak-banyak nadnielie_
baru sekarang akak sempat update. Terima kasih untuk soalan awak ni tau dan terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca Beauty Geek yang tak seberapa ini dan add Beauty Geek di reading list awak.

PORI-PORI

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PORI-PORI

Actually dah pernah dah tulis tentang pori-pori ni tapi takpalah Dila tulis sekali lagi untuk lebih jelas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Actually dah pernah dah tulis tentang pori-pori ni tapi takpalah Dila tulis sekali lagi untuk lebih jelas. Semoga dengan maklumat ini dapat memberi manfaat kepada awak semua insha Allah.

Untuk pengetahuan semua pori-pori tidak boleh hilang, tidak boleh kecil dan tidak boleh buka atau tutup cuma kita boleh 'nampakkan' kecil sahaja pori-pori tu. Kalau awak buat treatment yang mahal sekali pun tetap tak boleh menghilangkan pori-pori. Membazir duit sahaja! Apa yang kita boleh buat adalah bagi pori-pori tu 'nampak' kecil.

ATTENTION ‼️
Masih ada lagi yang tak boleh beza kan mana satu sebaceous filament dengan blackhead. Awak boleh tengok gambar untuk tengok perbezaan SF dan Blackhead. Tentang SF ini Dila pernah share di Beauty Geek. Awak boleh baca untuk tambah pengetahuan.

CARA BAGI PORI-PORI NAMPAK KECIL

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CARA BAGI PORI-PORI NAMPAK KECIL

1. GRITTING METHOD
Pastikan pori-pori kita bersih. Bila bersih pori-pori akan nampak kecil dan nampak macam kulit biasa padahal pori-pori tu masih ada cuma dah bersih so memang tak nampak lah ceritanya.

Macam mana nak bersihkan awak boleh cuba gritting method. Siapa yang ada twitter boleh search #teknik155 daripada Sarini Zainal. Beliau ada terangkan bagaimana melakukan gritting method tersebut. Kalau takda twitter boleh search di Google.

Satu lagi awak boleh cuba cara Iman Abdul Rahim. Pun okay juga. Nak terangkan pasal gritting method agak panjang jadi awak boleh baca thread di twitter. Baca elok-elok dan awak akan faham. Senang je gritting method ni tapi tidak boleh buat selalu tau!

Insha Allah lepas awak buat kulit akan rasa lembut dan bersih. Tambahkan gritting method dalam skincare routine awak. Apa-apa pun ini semua bergantung pada kulit masing-masing. Ada yang kulit sensitif, eczema dan sebagainya tidak disarankan untuk lakukan gritting method.

Harap semua faham tentang gritting method sebab dalam gritting method ada pelbagai cara. Teknik 155 adalah salah satu dalam gritting method.

2. DOUBLE CLEANSING METHOD
Sangat membantu juga untuk bagi pori-pori nampak kecil. Tak nak ulas panjang sebab awak semua dah tahu kan pasal double cleansing method.

3. SUNSCREEN
Tak nak cerita panjang juga. Wajib pakai sunscreen kerana UVA merupakan salah satu punca pori-pori semakin besar!

4. HYDRATED SKIN
Pastikan kulit dapatkan kelembapan yang secukupnya. Terutama sekali kulit berminyak tolong guna moisturizer dan cari yang jenis lightweight supaya pori-pori awak tidak tersumbat. Bila tersumbat jadi lagi besar pori-pori tu. Boleh guna hydrating toner, essence, serum dan sebagainya untuk bagi pori-pori tu nampak kecil. Ada faham?

5. NIACINAMIDE
Penggunaan produk yang mengandungi niacinamide boleh menjadikan pori-pori lebih bersih kerana niacinamide mampu mengawal penghasilan minyak. Kulit berminyak sangat sesuai guna produk yang ada niacinamide. Selain itu, niacinamide juga boleh mencerahkan kulit lagi-lagi yang ada parut jerawat boleh pudar dengan menggunakan ingredients ini.

6. ELAKKAN BEADS SCRUB YANG KASAR
Jangan guna scrub yang terlampau kasar di kulit wajah. Kulit muka kita ni dah lah sensitif dan nipis pastu awak guna pula beads yang kasar memang tak sesuai lah ceritanya. So please avoid! Guna kan scrub yang halus je okay.

7. EXFOLIATE
Macam biasa exfoliate untuk buang sel-sel kulit mati supaya pori-pori tidak tersumbat. Boleh guna physical exfoliator atau chemical exfoliator. Kalau nak nampak kesan, elok lah guna chemical exfoliator contohnya BHA di mana sangat sesuai untuk membersihkan dengan lebih dalam pori-pori yang tersumbat itu.

Akhir sekali, jangan risau sangat dengan pori-pori ni ya kawan-kawan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Akhir sekali, jangan risau sangat dengan pori-pori ni ya kawan-kawan. Biasalah semua manusia ada pori-pori tinggal dia punya besar atau kecil je. Kalau awak ada duit lebih buat lah treatment untuk bagi pori-pori 'nampak' kecil. Pori-pori tidak boleh hilang ya kalau hilang habis lah kulit awak tak boleh bernafas!

Okay ini sahaja untuk update kali ini. Kalau ada salah dan silap di mana-mana sila inform Dila dan minta maaf ya kalau ada terkasar bahasa atau buat awak terasa dengan penulisan Dila. Akhir kata sekali lagi terima kasih sangat-sangat kerana sudi membaca Beauty Geek dan juga add Beauty Geek di Reading list awak!

Love you all muahhh 😘

Bye!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 16, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Beauty Geek Where stories live. Discover now