Betulkan Mindset Tentang Pemilihan Cleanser

295 18 0
                                    

[Song: Red Velvet - Psycho]

Credits to Facebook Syahira Aziz

PERNAH ADA MINDSET SEBEGINI TENTANG PEMILIHAN CLEANSER?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PERNAH ADA MINDSET SEBEGINI TENTANG PEMILIHAN CLEANSER?

1. Boleh je apply mana-mana jenis cleanser yang ada di muka bumi ni sebab dah set dalam kepala 'cleanser hanya mencuci kotoran' .

2. Terlalu fokus pada ingredients sehingga lupa pada texture. Vice versa.

3. Penggunaan cleanser sahaja dah cukup untuk menyelesaikan masalah kulit tanpa memerlukan produk tambahan.

4. Cleanser yang mengeringkan bermakna segala kotoran dan minyak dicuci dengan baik.

5. Sering bertukar cleanser tak akan ada masalah pada kulit.

First sekali, ketahuilah bahawa mindset sebegitu adalah SALAH sama sekali.

CikScha nak ingatkan bahawa cleanser tidak berfungsi sebagai 'penyelesai masalah kulit'. Namun, pemilihan cleanser yang salah akan mendatangkan masalah yang lebih besar kepada kulit.

Bahan dalam cleanser sebenarnya mampu memberi kesan kepada skin barrier. Sebagai contoh, kulit jenis kering simply guna cleanser yang ada SLS. Ya, memang cuci muka cuma 2-3 minit. Tapi kita tak tau, kesilapan 2-3 minit ni akan menyebabkan kulit yang kering menjadi semakin kering.

Terlalu fokus pada tekstur sehingga lupa pada ingredients dan sebaliknya. Contohnya, kita assume cleanser yang jenis gel di pasaran adalah baik untuk kulit kering tanpa melihat lanjut kepada ingredient. At the end, dalam cleanser tu ada bahan yang alcohol. Macam mana?

Ada juga yang menganggap cleanser boleh selesaikan masalah kulit tanpa memerlukan produk lain kerana perkataan 'melembapkan' 'mencegah jerawat' dan 'mencerahkan'. Cleanser memang membantu, tapi bukan secara keseluruhannya. Hanya 10-20% sahaja. Macam mana nak expect cleanser boleh buat kerja moisturiser atau serum dalam masa 2-3 minit?

Sebagai pengguna yang bijak, kita kena faham maksud yang disampaikan di sebalik 'melembapkan' dan 'mencegah jerawat'. Melembapkan bagi cleanser lebih kepada mengawal kadar kehilangan hydration sewaktu mencuci muka which is dengan bantuan bahan-bahan tertentu yang bersifat humectant iaitu mengunci kelembapan. Mencegah jerawat bagi cleanser pula boleh rujuk kepada bahan-bahan yang boleh meredakan jerawat 'sewaktu mencuci muka' bukan sepanjang hari. Kalau nak sepanjang hari kena apply item yang lain seperti moisturiser, cream jerawat dan serum.

Pemilihan cleanser yang salah yang menyebabkan kulit menjadi kering akan menyebabkan kulit menghasilkan minyak yang lebih banyak dari sebelum-sebelum ni untuk menampung kering akibat daripada cleanser tadi.

Last sekali, sering bertukar cleanser bukanlah satu habit yang baik. Mungkin kita fikir takpe kerana formula hampir sama, ingredient yang tak sesuai dengan kulit atau tekstur yang berbeza. At the end, kulit tak dapat nak 'adapt' dan akan menyebabkan breakout.

Jom sama-sama kita betulkan mindset yang salah tentang pemilihan cleanser, ok? 😉

Sekian untuk hari ini. Selamat bercuti pada adik-adik yang bersekolah tu dan Happy Chinese New Year to all my Chinese friends.

GONG XI FA CAI! Zai jian!

Beauty Geek Where stories live. Discover now