Tips Penjagaan Kulit by Dr. Alina

1K 44 18
                                    

[Song: IU - Through The Night]

Kredit kepada Dr Alina, kebanyakan tips dari dia. Dila tambah ayat sikit untuk korang lebih faham.

1. Fahami kulit anda sendiri
- Jenis dan keadaan kulit sekarang awak macam mana? Apa yang awak rasa selalunya?

- Kemudian, kulit awak sensitif dengan produk yang macam mana? Bahan apa yang awak sensitif? Formulasi pula yang macam mana.

- Adakah awak alergik dengan makanan yang tertentu. Kadang jerawat ni boleh jadi punca untuk naik jerawat. Dila pula makan ayam terus naik jerawat. 

- Ada sejarah ekzema, resdung? Ramai ke pembaca wattpad ni ada resdung? Kalau ada yang diantara awak ada resdung, sebaiknya hilangkan resdung tu dulu kemudian baru awak hilangkan jerawat.

Adik lelaki Dila ada resdung. Bila dia dah buat treatment untuk hilangkan resdung, terus hilang jerawat dia. Alhamdulillah untuk kulit dia. Akak dia ni pula masih lagi bertempur dengan Mr. J!

2. Seimbangkan Kelembapan Kulit (Oil-Water Balance / Moisture Balance)
- Perlu berhenti atau kurangkan penggunaan produk bila dah capai tahap normal. Contohnya, hentikan penggunaan oil-control bila kulit dah tak hasilkan minyak. Kurangkan penggunaan pelembap jika muka terlalu berminyak atau cukup hidrasi.

- Berhenti juga produk untuk berjerawat bila jerawat dah betul-betul hilang. Siapa yang setiap bulan naik jerawat tu it okay. Itu normal disebabkan perubahan hormon.

- Jangan biarkan kulit bertambah kering. Kulit awak kering tolong pakai pelembab. Orang yang kulit kering cari pelembap/moisturizer yang tekstur tebal. Tolong cari moisturizer yang non-comodogenic (Tak sumbatkan pori-pori).

Dila pakai moisturizer yang teksturnya tebal sebab masa tu tak tahu sangat pasal skincare. Main bedal je. Kesudahannya naik jerawat. Hambik kau! Berlagak sangat nak cuba. Sebab itu awak perlu tahu jenis kulit awak. Contoh moisturizer untuk kulit kering, Face Cream by The Beauty Hacks. Semua jenis kulit boleh pakai tapi untuk kulit berminyak, nak pakai juga disarankan pakai pada waktu malam. Itu pun sikit je!

Moisturizer untuk kulit berminyak boleh guna Face Mask Honey by The Beauty Hacks

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Moisturizer untuk kulit berminyak boleh guna Face Mask Honey by The Beauty Hacks. Selain dari kulit berminyak pun boleh pakai juga. Cuma kulit berminyak ni sensitif dengan tekstur yang tebal sebab itu disarankan cari tekstur yang ringan.

- Kita sendiri yang kena monitor kulit kita, kembali kepada point nombor 1, fahami kulit sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- Kita sendiri yang kena monitor kulit kita, kembali kepada point nombor 1, fahami kulit sendiri. Faham?

3. Basuh muka selepas mandi dan gosok gigi.
- Dr Alina dah cuba buat dan dia sendiri mengaku memang berkesan. Dila pun buat macam ni. Ini untuk mengelakkan shampoo atau sabun badan dari terkena kulit muka. Awak tahu tak bila shampoo atau sabun badan kena kulit muka, pori-pori akan terbuka dan senang untuk jerawat tu tumbuh. Jadi, gosok gigi dan mandi dulu barulah awak cuci muka.

Kalau awak tengok youtube korean skincare mesti diorang akan buat perkara yang sama.

4. Basuh muka guna air bersuhu normal. Jangan terlalu sejuk dan jangan terlalu panas.
- Dr. Alina pernah basuh muka guna air suam-suam panas, dan resultnya kulit memerah. Petanda yang tidak bagus.

5. Sunscreen / Sunblock / Sun protection adalah WAJIB
-Bila guna produk pemutih and pencerah (whitening and brightening product).

- Bila guna produk pengelupasan secara kimia (Chemical exfoliant). Contohnya, AHA, BHA, PHA, Asid Askorbik (Ascorbic Acid).

- Bagi sesiapa yang senang berjeragat, terdedah pada matahari dalam tempoh yang lama dan sesiapa yang nak cerah tu. Nak jadi awek korea sangat kan?

Korang guna sunscreen/sunblock apa ya? Sharing is caring guys! *wink*

6. Teruskan guna produk bila dah jumpa yang sesuai.
Jangan selalu tukar-tukar produk. Berhenti bila ada reaksi negatif. Dila tahu nafsu perempuan bila nampak skincare yang cantik, yang bagus mulalah gatal tengkuk nak beli kan?

Mengaku jelah!

Dila pun macam tu. Huhu! Jadi, tahanlah nafsu tu ya. Pakailah produk tu kalau dah serasi dengan kulit. Tolong jangan tukar!

Kata Dr. Alina, "Saya tak berani nak kata 'Setiap kulit perlukan bla bla bla.' sebab setiap kulit berbeza-beza dan unik. Apa yang penting kita faham kenapa kita guna produk itu ini, kenapa kita guna serum, kenapa kita cuci muka, kenapa kena skrub.

Kulit kita boleh sembuh sendiri cuma ambil masa. Jangan pandang rendah terhadap kemampuan kulit anda dengan letak produk entah apa-apa semata-mata nak bagi bersinar dan bercahaya. Jumpa doktor atau dermatologis bila kulit dah terlampau teruk."

Akhir sekali, jauhi tekanan emosi️, jaga makan dan dapatkan tidur yang secukupnya. Sekurang-kurangnya 8 jam. Tak dapat 8 jam, 6 jam pun jadilah. Ikut waktu Islam, 6 jam dah kira cukup dah.

Dila,
Love myself Love yourself

Beauty Geek Where stories live. Discover now